Rabu, 29 Oktober 2008

Lelaki Memang Tak Guna...

1. Lelaki memang tidak guna keistimewaan yang diberikan kepada kaum wanita sahaja. Oleh itu, jika dia seorang lelaki, dia akan pastikan solatnya sentiasa 5 waktu sehari semalam melainkan apabila dia mendapat rukhsah solat ketika bermusaffir.

2. Lelaki memang tidak guna perhiasan dari emas dan pakaian yang dibuat daripada sutera kerana kedua-duanya haram. Begitu juga lelaki tidak akan menggunakan sebarang aksesori yang boleh menyerupai kaum wanita. Man tasyabbaha bi-qaumin fa-huwa min-hu {Barangsiapa yg menyerupai sesuatu
kaum maka ia tergolong dari kalangan kaum itu}[Hadis]. Hadis ini adalah hadis yang popular ttg larangan menyerupai kaum wanita bagi lelaki atau sebaliknya.


3. Lelaki memang tidak guna kesempatan yang ada padanya untuk meluahkan kemarahannya. Jika seorang suami, dia tidak menjadikan isteri ketika bersama isteri di rumah untuk memarahi isteri kerana tekanan kerja. Lelaki yang gagah adalah lelaki yang boleh menahan nafsu marahnya. Nabi juga berpesan, bahawa lelaki yang gagah itu bukanlah mereka yang menang gusti tangan, tetapi lelaki yang berupaya menahan marahnya. Dalam al-Quran Allah menitipkan 4 ciri orang yang baik (muhsin), dan salah satunya adalah menahan kemarahan (al-kaazimina al- ghaizhi), seperti yang tercatat dlam ayat 134 surah aali-Imran. Maka sebagai lelaki, jadilah orang yang boleh mengurus tekanan dengan baik.

4 Lelaki memang tidak guna keistimaewaan berpoligami yang diberikan kepadanya jika dia dikurnakan seorang isteri yang sempurna, taat, solehah, dan boleh melahirkan zuriat. Ketahuilah walaupun lelaki diberi kelebihan utk berpoligami, tetapi amat sukar bagi lelaki untuk berlaku adil. Jika dikurniakan seorang isteri yang setia dan amat mempercayai kesetiaan anda sebagai suami, maka jangan sekali-kali mengkhianati keyakinannya. Jika wajib menerima konsep poligami dalam Islam dan untuk mempraktikkannya, terpulanglah pada kemampuan.

5. Lelaki memang tidak guna matanya untuk melihat perkara yang dilarang khususnya aurat wanita. Jika seorang wanita berselisih dengan lelaki, secara adatnya lelaki akan tertarik untuk melihatnya. Wanita dalam bahasa Arab adalah Mar-atun kata terbitan daripada Ro-a yang bermaksud Tempat jatuh pandangan. . Jika arahan supaya wanita menjaga pandangan mata, ayat yang ditujukan khusus oleh Allah untuk lelaki tercatat dalam ayat 30 surah An-Nur. Jika wanita dan lelaki bermuamalat, jangan melihat ke dalam mata wanita (walaupun dlm Kemahiran Komunikasi kita diajar supaya melihat orang yang bercakap dengan kita). Lihatlah seadanya, selagi tidak membangkitkan nafsu sekiranya bercakap atau berurusan dengan wanita yang bukan muhrim dengan anda.

6.Lelaki memang tidak guna sifat EGO untuk menganiaya perempuan. Jika lelaki dan wanita bergaduh, lelaki akan terlebih dahulu meminta maaf daripada wanita walaupun kesalahan itu bukan berpunca dari dirinya. Meminta maaf bukanlah sesuatu yang boleh menurunkan martabat anda sebagai lelaki.

7.lelaki memang tidak guna ROKOK untuk memberitahu orang lain Aku sudah matang atau untuk menghilangkan kerungsingan hatinya. Ada kawan-kawan saya memberitahu saya, Saya merokok sekadar cuba-cuba, kemudian saya mendapati ia berguna untuk menghilangkan kekusutan minda apabila otak saya letih. Alahai, mengapa dipilih rokok yang mengadungi jutaan racun itu? Apakah kita ada Al-Quran utk mencari kedamaian jiwa? dan Kami (Allah) turunkan dari Al-Quran suatu yg menjadi penawar dan Rahmat bagi orang2 yg beriman. Ayat 82 surah al-Israa. Tika berserabut jiwa, bacalah Al-Quran untuk mencari ketenangan, bermunajatlah kpd Allah, tadabburlah ayat2 Al-Quran kerana ia adalah kalam Allah yang suci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan