Khamis, 30 Oktober 2008

Citer pasal ikan keli....

Copy paste dari e-mail ..

Keli(tolong baca jika nak selamat)bc bile free

Assalamualaikum wbh
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di
Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis
ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu
dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya
dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula
memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan,
terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi.
Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak
air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk
menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan.
Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu
buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan
perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang
dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua
sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis.
Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya
diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah
kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh
itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli
ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau
tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan
dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari,
ikan duri, semilang dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat
bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita
orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang
larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak
menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam
lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah
sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak,
insyaAllah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan
agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga
tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis
serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi.
Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari
berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai
tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat
tingkatan lima , dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan
Semarak, Kuala Lumpur . Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah
belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal
bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini
terpaksalah berdikari.

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri.
Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di
makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak
saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh
kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan
tengahari dan makan malam.

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan
keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan
ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa
doktor di klinik UTM. Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan
memberikan losyen untuk di sapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak
hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli
dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

Pada 3 Ogos saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil
kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam
campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada
anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam
ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan
khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak
ruam yang keluar. Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di
bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia
menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya
hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam.
Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga
ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan
oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak
saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak
saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan
malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk
menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah
dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli.
Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras
Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru
saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam
akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena
mandi air rebusan daun-daun tertentu.

Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar
anak saya ini untuk mandi ubat dirumah isteri arwah guru saya pada 24 dan
25 Ogos 2007. Sepanjang tempuh menunggu mandi ubat ini, ruam pada badan
anak saya ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya
dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas
mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan
mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena
datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun
ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan
anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang
telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak
saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat
lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama
kira-kira sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada
badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan
alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout
dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat
lainnya.



Salam.. Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan utk berbincang
ttg projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan
bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.

Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat keatas keli ternak dan
didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu
berpunca dari palet makanan.

Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga
terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yg dah
berhenti makan ayam, keli apatah lagi..

Saya tak jadi ternak keli.... kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam
makan lagi, tak tahu apa nak makan...beli ikan pula ada unsur pengawet
mayat..

Tapi ada hujjah dari sahabat yg mengatakan umat islam makan babi haram,
tapi ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum...kira halal lah. Tapi bila
ada DNA babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2...

Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC , Ayamas yang di kata haram....isk
tak reti lah....

elakkan makan ayam secara kerap.

Sekian untuk kali ini, wassalam wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan