Ahad, 6 Disember 2009

HUBUNGAN KITA DENGAN ISLAM


Kami Memilih Islam sebagai cara hidup

Apabila seseorang menanyakan dirinya tentang pengertian hidup ia sedang memikirkan satu persoalan yang terbesar kerana persoalan itu hanya difikirkan oleh orang-orang yang mendapat hidayah dan orang yang tajam fikirannya. Sebaliknya para anbiya’ dan solihin yang merupakan orang-orang yang bijak sejak sebelum kenabian mereka lagi atau sejak kecil lagi telah memikirkan tentang perkara-perkara ‘alami(universal). Iaitu persoalan tentang; kenapa aku bertaraf hamba dan kenapa Allah itu bertaraf Khaliq (Pencipta)? Kenapa aku cenderung mengkagumkan sesuatu yang hebat? Kenapa aku menaruh harapan kepada sesuatu tatkala dalam kesempitan atau bahaya? Dan sebagainya.


Persoalan-persoalan di atas menunjukkan bahawa memang suatu kepastian Allah itu Pencipta dan kita ialah kejadian-NYA. Dan kita dalam genggaman-NYA serta tertakluk dengan peraturan-NYA. Jika kita akur dengan kenyataan ini bererti kita memilih suatu pendirian yang fitrah(murni). Inilah titik tolak Islam.

Dengan keadaan demikian kita menjadi orang yang telah Istislam yakni menyerah kepada ketetapan. Pendirian ini menyelesaikan banyak pertanyaan pokok yang lain seperti benarkah Islam ini? Benarkah Muhammad itu dipilih sebagai jurucakap Allah? Benarkah kita akan dibangkitkan setelah hancur luluh? Benarkah hukum Quran ini? Benarkah akhirat itu berkekalan? Benarkah janji Allah akan menolong hamba-NYA?

Benarlah bahawa ungkapan ‘Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai deen, dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul’ yang mengambarkan tentang keyakinan dan pendirian pengucap yang telah berfikir mendalam tentang fenomena kehidupan serta memerhatikan alam raya (cosmos); bahawa wujud di sana kuasa tunggal manakala kita tertakluk dengan kehendak-NYA; dan kita telah diberi tugas serta tanggungjawab; kita juga telah dinasihati oleh-NYA menerusi manusia pilihan-NYA yang menerima Kalam-NYA (al-Quran) sebagai pedoman.

Kita tidak akan menjadi muslim yang salimah(sejahtera) dan iltizam (komited) jika tanpa melalui proses berfikir dan membuat keputusan ini. Kita mungkin menjadi muslim yang berkebetulan (accidental). Umpama orang yang tersilap membeli tiket bas sudah tentu tidak akan menghayati perjalanan itu walaupun di kiri-kanan penuh dengan pemandangan menarik dan walaupun dalam bas itu ceria dengan kawan yang sehaluan.

Orang yang tidak membuat keputusan tentang persoalan-persoalan utama dalam hidup ini tidak mengenali dan mengiktiraf dirinya sebagai hamba merasa serba salah dengan peraturan Islam. Sedangkan orang beriman merasa sepadan dan selesa dengan hukum Islam. Orang yang beriman dan yang telah membuat keputusan bahawa dirinya tak seumpama dan tak wujud tanpa kehendak Rabbnya, dirinya ialah hamba dan tawanan Allah, manakala Allah ialah Penguasa (Rabb) mutlak, dan bahawa dirinya wajar tunduk menurut kehendak peraturan Rabbnya.


Hubungan yang tepat dengan Allah

Hubungan kita dengan Islam ialah hubungan yang benar dan tepat antara kita dengan Allah. Seandainya sudah diakur hakikat diri ini ialah hamba dalam pengembaraan menuju kehidupan benar dan kekal maka kita sudah Istislam, dan Islamlah cara hidup kita dan pilihan kita.

Hubungan Kesetiaan

Hubungan kita dengan Islam ialah hubungan kesetiaan yakni kita setia dengan peraturan dan hukumnya walaupun berat pada perasaan dan nafsu. Orang beriman tidak berkata bagi setiap pendiriannya, ‘pada pendapat saya …’ tetapi menyatakan ‘pada pendapat Islam …’ atau ‘dari segi syarak…’.

Firman Allah,


“Wahai orang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul, dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” (Hujurat:1)

Syed Qutb menjelaskan dalam realiti zaman ini dalam bidang apakah lagi manusia tidak mendahului Allah dan Rasul? Tatkala manusia membelakangi Allah dan Rasul mereka tidak sedikitpun merasa cemas tentang kemurkaan Allah.

Maulana Iqbal pernah menukilkan ; ‘Pejuangkan keimanan di tengah-tengah kemerosotan zaman itu memaksa kamu menyalahi iman persingkirkannya (zaman itu)’. Hari ini kita mudah untuk bertolak ansur dengan kehendak Islam demi menurut kehendak zaman. Sepatutnya kita ubahsuaikan kehendak zaman supaya tunduk kepada Islam.

Kita hanya setia kepada sebahagian dari perintah Islam menurut yang kita rasai ringan. Kita melayani Islam bagaikan pakaian, dipakai dan ditanggal sesuka hati. Lebih-lebih pula kita akan rujuk kepada Islam apabila dihimpit masalah. Dalam menyusun kehidupan masyarakat kita mengambil teori manusia tetapi apabila timbul kegawatan kita minta ulama selesaikan. S.Qutb menerangkan, jika ingin menyuruh Islam selesaikan masalah masyarakat hendaklah diserahkan masyarakat itu kepada Islam dari awal lagi yakni dari proses pembentukan masyarakat.



Hubungan yang memuliakan kita


Hubungan kita dengan Islam ialah hubungan kemuliaan, dan kesejahteraan. S. Umar pernah menyebut bahawa ‘Hai sekelian, kamu telah dimuliakan dengan Islam sejurus sahaja kamu meninggalkan Islam kamu akan kembali hina seperti masa jahiliyah’.

Jahiliyah ialah keadaan dan perlakuan yang menurut hawa nafsu. Tiap suatu yang dilarang oleh Allah ialah jahiliyah. Jahiliyah tidak terikat pada sesuatu zaman tetapi berada pada setiap kesempatan apabila sahaja orang mengabaikan petunjuk Islam. Islam dan jahiliyah dua penjuru yang berlawanan. Jahiliyah mengajak supaya ingkar terhadap Allah manakala Islam sentiasa mengekalkan ‘ubudiyah kepada Allah. Islam ialah jalan mudah untuk hidup manakala jahiliyah tiada janji lain melainkan kesengsaraan.

Al-Maududi menyebut; Orang-orang jahiliyah memuliakan harta dan para hartawan’ Betapa ramai manusia menyangka bahawa kemulian dan kesejahteraan ialah menerusi kekayaan dan kebendaan tetapi akhirnya kebendaan menghinanya. Berkata S. Ali; ‘Ilmu akan menjaga kamu tetapi tidak pada harta, kamulah yang kena menjaga harta’.

Islam sahaja yang mengekalkan kita sebagai manusia dengan tabiat insan. Martabat manusia ialah pada hati, tingkah laku dan cara hidupnya bukan pada rupa parasnya.

‘Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa parasmu tetapi Allah memandang kepada hati dan tindakanmu’ (al-hadith)

Menerusi Islam sahaja kita dapat mencari perlindungan samada di atas bumi mahupun dalam perut bumi dan di akhirat. Berkata Syeikh Abdul Qadir Ghilani tentang hadith, “Sesungguhnya dunia diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk akhirat”; dengan katanya: … dunia ini menyangjung mereka yang menanti pada pintu Allah tetapi menghina mereka yang menanti dihadapannya…’

Hubungan Keyakinan

Hubungan kita dengan Islam ialah hubungan keyakinan. Islam yang bersifat rabbaniyy (dari Tuhan) mestilah diyakini. S. Qutb menjelaskan kita hendaklah melalui proses kefahaman, kesedaran dan keyakinan terhadap Islam.

Orang yang tidak faham tentang Islam akan bertindak berlawanan dengan pengakuannya sebagai seorang Islam. Inilah punca ghurbah Islam iaitu ketidakfahaman atau kekeliruan tentang Islam. Betapa ramai muslim yang menyangka bahawa Islam menyekat kebebasannya dan menyekat hajat dan selera dirinya. Alangkah takjubnya jika kita mengetahui bahawa Islamlah yang membebaskan manusia dalam sepanjang sejarah dari belenggu penindasan dan kejahilan. Islamlah yang telah mengiktiraf darjat wanita dan hak mereka, dan Islamlah yang memberi kebebasan bersuara hingga boleh menegur pemimpin yang menyeleweng.
Tidakkah kita ketahui bahawa asal semua hukum dalam Islam ialah mubah yakni diharuskan, kemudian di larang sebahagian kecil untuk mengelak kemudharatan demi kesejahteraan manusia.

Tindakan ramai muslim yang tidak melambangkan Islam telah menyekat orang lain dari menerima Islam.

Begitu juga ramai orang faham tentang Islam sebagai satu cara hidup dan faham hukum hakam tetapi tidak cukup kesedaran hingga matlamat dan jalan hidup tidak menepati matlamat dan jalan hidup Islam. Mereka telah banyak mengelirukan masyarakat dengan gelaran dan kedudukan mereka.

Kesedaran dapat dilihat pada tindakan. Orang yang sedar akan berusaha gigih untuk mengubah hatinya kepada beriman dengan sebenar-benarnya, dan mengubah tindakannya kepada tindakan yang masyru’(menurut syara’) dan meninggalkan tindakan yang mungkar dan sia-sia. Ia sedar ia bertanggungjawab memelihara nama Islam di mana-mana. Ia wajib mempamerkan syakhssiyyah Islamiyyah di hadapan manusia.

Apabila faham tetapi tidak sedar akan menimbulkan malapetaka yang lebih besar. Berkata Ustaz Said Hawa: ‘Kelalaian daei terhadap dirinya sendiri lebih berbahaya dari kelalaiannya terhadap masyarakat.

Jalan mendapat keyakinan

Sedangkan para sahabat Rasulullah telah menawan hati ramai manusia untuk kembali kepada Islam menerusi tindakan mereka yang menepati percakapan dan laungan mereka. Ini ialah kerana para sahabat telah melalui proses kefahaman, kesedaran dan keyakinan. Keyakinan yang mereka capai ialah hasil dari pengorbanan masa, harta, dan diri mereka . Tidak ada jalan keimanan dan keyakinan tanpa pengorbanan. Berkata Imam Syafie: ‘Tidak ada kebaikan yang boleh diharapkan dari orang yang bakhil sepertimana tidak dapat diharapkan setitis airpun dalam api yang merebak’.

Untuk mencapai tahap keyakinan kepada Islam perlu kepada masa dan istiqamah serta berdoa kepada Allah. Hanya mereka yang meyakini Islam mendapat kebahagiaan sejati di dunia dan akhirat kerana mereka sentiasa bercakap dan menunjukkan Islam kepada manusia menerusi tindakan mereka. ALLAHU AKBAR …….

‘Ya Allah ya Tuhanku,jadikanlah aku orang yang Sabar dan bimbinglah aku dengan hidayah-MU dalam meniti liku-liku hidup yang penuh ranjau dan duri ini..amin’

Sabtu, 5 Disember 2009

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan…… Setelah ikan itu terlekat di mata kail…… Hendaklah kamu mengambil ikan itu…… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja……. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya…… Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga…… Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang …… Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu…… Hendaklah kamu MENJAGA hatinya…… Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja…… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu…… dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada…… Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh…… Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja…… Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula…… Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga…… Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya…… Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…… Anggaplah dia manusia biasa…… Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi…… Yang kamu pasti baik untuk diri kamu…… Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT …… Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain…… Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN …… Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…… Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga…… Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN …… Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu…… MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU …. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain…… Terlalu mengejar KESEMPURNAAN …… Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…… Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA ! “Begitu hidup ini tiada yang abadi... yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

"Buta,Tuli dan Bisu..."

Cerita ini saya copy from e-mail kawan ajer .. semoga ada manfaat bersama.

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata).
Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".
Isteri jiranku : Alhamdulillah..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih kelihatan cantik ??
Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?
Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...
Annisa : Apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..
Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...
Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "Buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah
Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
Wassalam...

Sabtu, 31 Oktober 2009

Pandangan Mata Kasar vs Pandangan Mata Hati

KISAH BENAR ..

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,

'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''

''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,

'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.

''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.

''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''



---------------

Sabtu, 10 Oktober 2009

SUDAH TERUJIKAH IMAN KITA?

Marilah kita merenungkan salah satu firman Allah dalam surat Al-‘Ankabut ayat 2 dan 3:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:

“Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa salah satu kesinambungan pernyataan iman kita, adalah kita mesti bersiap menghadapi ujian yang diberikan Allah Subhannahu wa Ta’ala kepada kita, untuk membuktikan sejauh mana kebenaran dan kesungguhan kita dalam menyatakan iman,apakah iman kita itu betul-betul bersumber dari keyakinan dan kemantapan hati, atau sekadar ikut-ikutan serta tidak tahu arah dan tujuan, atau pernyataan iman kita didorong oleh kepentingan seketika, ingin mendapatkan kemenangan dan tidak mahu menghadapi kesulitan seperti yang digambarkan Allah Subhannahu wa Ta’ala dalam surat Al-Ankabut ayat 10:

“Dan di antara manusia ada orang yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”, maka apabila ia disakiti (kerana ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: “Sesungguh-nya kami adalah besertamu.” Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada
dalam dada semua manusia?”


Bila kita sudah menyatakan iman dan kita mengharapkan manisnya buah iman yang kita miliki yaitu Syurga sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhannahu wa Ta’ala :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal shalih, bagi mereka adalah Surga Firdaus menjadi tempat tinggal.” (Al-Kahfi 107).

Maka marilah kita bersiap-siap untuk menghadapi ujian berat yang akan diberikan Allah kepada kita, dan bersabarlah kala ujian itu datang kepada kita. Allah memberikan sindiran kepada kita, yang ingin masuk Syurga tanpa melewati ujian yang berat.

“Apakah kamu semua mengira akan masuk Syurga sedangkan belum datang kepada kalian cubaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu ? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan)

sehingga berkatalah Rasul dan orang orangyang beriman bersama-nya:

“Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguh-nya pertolongan Allah itu amat dekat.”
(Al-Baqarah 214).

Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam mengisahkan betapa beratnya perjuangan orang-orang dulu dalam perjuangan mereka mempertahankan iman mereka, sebagaimana dituturkan kepada sahabat Khabbab Ibnul Arats Radhiallaahu anhu.
“Sungguh telah terjadi kepada orang-orang sebelum kalian, ada yang di sisir dengan sisir besi (sehingga) tergelupas daging dari tulang-tulangnya, akan tetapi itu tidak memalingkannya dari agamanya, dan ada pula yang diletakkan di atas kepalanya gergaji sampai terbelah dua, namun itu tidak memalingkannya dari agamanya.”
(HR. Al-Bukhari, Shahih Al-Bukhari dengan Fathul Bari, cet. Dar Ar-Royyan, Juz 7 hal. 202).

Cubalah kita renungkan, apa yang telah kita lakukan untuk membuktikan keimanan kita? Cubaan apa yang telah kita alami dalam mempertahankan iman kita? Apa yang telah kita korbankan untuk memperjuangkan aqidah dan iman kita? Bila kita memperhatikan perjuangan Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam dan orang-orang terdahulu dalam mempertahankan iman mereka, dan betapa pengorbanan mereka dalam memperjuangkan iman mereka, mereka rela mengorbankan harta mereka, tenaga mereka, fikiran mereka, bahkan nyawapun mereka korbankan untuk itu.

Rasanya iman kita ini belum seberapa atau bahkan tidak ada ertinya bila dibandingkan dengan iman mereka. Apakah kita tidak malu meminta balasan yang besar dari Allah
sedangkan pengorbanan kita sedikit pun belum ada?

Ujian yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah berbeza-beza. Dan ujian dari Allah bermacam-macam bentuknya, setidak-tidaknya ada empat jenis ujian yang telah dialami oleh para Nabi dan umat yang terdahulu dari kita:

Yang pertama: Ujian yang berbentuk perintah untuk dilaksanakan, seperti perintah Allah kepada Nabi Ibrahim A'laihissalam untuk menyembelih putranya yang sangat ia cintai. Ini adalah satu perintah yang betul-betul berat dan mungkin tidak masuk akal, bagaimana seorang bapak harus menyembelih anaknya yang sangat dicintai, padahal anaknya itu tidak melakukan kesalahan apapun. Sungguh ini ujian yang sangat berat sehingga Allah sendiri mengatakan:
“Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.” (Ash-Shaffat 106).

Dan di sini kita melihat bagaimana kualiti iman Nabi Ibrahim Alaihissalam yang benar-benar sudah tahan uji, sehingga dengan segala ketabahan dan kesabarannya perintah yang sangat berat itupun dijalankan. Apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim Shallallaahu alaihi wa salam dan puteranya adalah pelajaran yang sangat berat itupun dijalankannya.

Apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan puteranya adalah pelajaran yang sangat berharga bagi kita, dan sangat perlu kita teladani, kerana sebagaimana kita rasakan dalam kehidupan kita, banyak sekali perintah Allah yang dianggap berat bagi kita, dan dengan berbagai alasan kita berikan untuk tidak melaksanakannya.

Sebagai contoh, Allah telah memerintahkan kepada para wanita Muslimah untuk mengenakan jilbab (pakaian yang menutup seluruh aurat) secara tegas untuk membezakan antara wanita Muslimah dan wanita musyrikah sebagaimana firmanNya:

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin” “Hendaklah mereka melabuhrkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


(Al-Ahzab: 59).
Namun kita lihat sekarang masih banyak wanita Muslimah di dunia Islam khususnya tidak mau memakai jilbab dengan berbagai alasan, ada yang menganggap kekampungan, tidak moden, atau beranggapan bahawa jilbab adalah bahagian dari budaya bangsa Arab. Ini pertanda bahawa iman mereka belum lulus ujian. Padahal Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam memberikan ancaman kepada para wanita yang tidak mau memakai jilbab dalam sabdanya:

“Dua golongan dari ahli Neraka yang belum aku lihat, satu kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi, yang dengan cambuk itu mereka memukul manusia, dan wanita yang memakai baju tetapi telanjang berlenggang-lenggok menarik perhatian, kepala-kepala mereka seperti pundak unta, mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium wanginya”.

(HR. Muslim, Shahih Muslim dengan Syarh An-Nawawi cet. Dar Ar-Rayyan,
juz 14 hal. 109-110).

Yang kedua: Ujian yang berbentuk larangan untuk ditinggalkan seperti halnya yang terjadi pada Nabi Yusuf Alaihissalam yang diuji dengan seorang perempuan cantik, isteri seorang pembesar di Mesir yang mengajaknya berzina, dan kesempatan itu sudah sangat terbuka, ketika keduanya sudah tinggal berdua di rumah dan si perempuan itu telah mengunci seluruh pintu rumah. Namun Nabi Yusuf Alaihissalam membuktikan kualiti imannya, ia berjaya meloloskan diri dari godaan perempuan itu, padahal sebagaimana pemuda, umumnya ia mempunyai hasrat kepada wanita. Ini ertinya ia telah lulus dalam ujian ke atas imannya.

Sikap Nabi Yusuf Alaihissalam ini perlu kita ikuti, terutama oleh para pemuda Muslim di zaman sekarang, di saat pintu-pintu kemaksiatan terbuka lebar, pelacuran merebak di mana-mana, minuman keras dan ubat-ubatan terlarang sudah meresapi berbagai lapisan masyarakat, sehinggakan anak anak yang masih duduk di bangku sekolah rendahpun sudah ada yang ketagihan.

Perzinaaan sudah seakan menjadi perkara biasa bagi para pemuda pemudi, sehingga tak hairan menurut sebuah kajian oleh ahli akademik, mendapati bahawa di bandar-bandar besar ramai remaja perempuan sudah tidak perawan lagi. Akibatnya setiap tahun berapa ramai bayi dibunuh dengan cara pengguguran, atau dibunuh beberapa saat setelah si bayi lahir.

Keadaan ini diparahkan lagi dengan semakin banyaknya media cetak yang berlumba-lumba mempamerkan aurat wanita, juga media elektronik dengan acara-acara yang sengaja dirancang untuk membangkitkan ghairah seksual para remaja. Pada saat seperti inilah sikap Nabi Yusuf Alaihissalam perlu ditanamkan dalam dada para pemuda Muslim.

Para pemuda Muslim harus selalu siap siaga menghadapi godaan demi godaan yang akan menjerumuskan dirinya ke jurang kemaksiatan. Rasulullah Shallallaahu alaihi
wa salam telah menjanjikan kepada siapa saja yang menolak ajakan untuk berbuat maksiat, ia akan diberi perlindungan di hari Kiamat nanti sebagaimana sabdanya :

“Tujuh (orang yang akan dilindungi Allah dalam lindungan-Nya pada hari tidak ada perlindungan selain perlindunganNya, .. dan seorang laki-laki yang diajak oleh seorang perempuan terhormat dan cantik, lalu ia berkata aku takut kepada Allah…”

(HR. Al-Bukhari Muslim, Shahih Al-Bukhari dengan Fathul Bari cet. Daar Ar-Rayyan, juz 3 hal. 344 dan Shahih Muslim dengan Syarh An-Nawawi cet. Dar Ar-Rayaan, juz 7 hal. 120-121).

Yang ketiga: Ujian yang berbentuk musibah seperti terkena penyakit, ditinggalkan orang yang dicintai dan sebagainya.
Sebagai contoh, Nabi Ayyub Alaihissalam yang diuji oleh Allah dengan penyakit yang sangat buruk sehingga tidak ada sebesar lubang jarum pun dalam badannya yang selamat dari penyakit itu selain hatinya, seluruh hartanya telah habis tiada yang tinggal sedikitpun untuk membiayai pengubatan penyakitnya dan untuk nafkah dirinya, seluruh kerabatnya meninggalkannya, tinggal ia dan isterinya yang setia menemaninya dan mencarikan nafkah untuknya.
Musibah ini berjalan selama lapan belas tahun, sampai pada ketika yang sangat sukar sekali baginya ia menanggung sambil berdo’a kepada Allah:

“Dan ingatlah akan hamba Kami Ayuub ketika ia menyeru Tuhan-nya;” Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan.”

(Tafsir Ibnu Katsir, Juz 4 hal. 51).

Dan ketika itu Allah memerintahkan Nabi Ayyub Alaihissalam untuk menghentamkan kakinya ke tanah, kemudian keluarlah mata air dan Allah menyuruhnya untuk meminum dari air itu, maka hilanglah seluruh penyakit yang ada di bagian dalam dan luar tubuhnya.

(Tafsir Ibnu Katsir, Juz 4 hal.52).

Begitulah ujian Allah kepada NabiNya, masa lapan belas tahun ditinggalkan oleh sanak saudara merupakan perjalanan hidup yang sangat berat, namun di sini Nabi Ayub Alaihissalam membuktikan keteguhan imannya, tidak sedikitpun ia merasa derita dan tidak terdetik pada hatinya untuk menanggalkan imannya. Iman seperti ini jelas tidak dimiliki oleh banyak saudara-saudara kita yang sanggup menjual iman dan menukar aqidahnya hanya dengan sekampit beras dan sehelai kain pelikat, kerana tidak tahan menghadapi kesulitan hidup yang mungkin tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang dialami oleh Nabi Ayyub Alaihissalam ini.

Yang keempat: Ujian menangani orang-orang kafir dan orang-orang yang tidak menyenangi Islam. Apa yang dialami oleh Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wa salam dan para sahabatnya terutama ketika masih berada di Mekkah kiranya cukup menjadi pelajaran bagi kita, betapa keimanan itu diuji dengan berbagai ujian berat yang menuntut pengorbanan harta benda bahkan nyawa.
Di antaranya apa yang dialami oleh Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam di akhir tahun ketujuh kenabian, ketika orang-orang Quraisy bersepakat untuk memutuskan hubungan dengan Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam beserta Bani Abdul Muththolib dan Bani Hasyim yang melindunginya, kecuali jika kedua suku itu bersedia menyerahkan Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam untuk dibunuh. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa sallam bersama orang-orang yang membelanya terkurung selama tiga tahun, mereka mengalami kelaparan dan penderitaan yang hebat.
(DR. Akram Dhiya Al-‘Umari, As-Sirah An-Nabawiyyah Ash-Shahihah, Juz 1 hal. 182).

Juga apa yang dialami oleh para sahabat tidak kurang beratnya, seperti apa yang dialami oleh Yasir Radhiyallahu ‘anhu dan isterinya Sumayyah dua orang pertama yang meninggal di jalan dakwah di Mekkah. Juga Bilal Ibnu Rabah Radhiallaahu anhu yang dipaksa memakai baju besi kemudian dijemur di padang pasir di bawah kehangatan matahari, kemudian diarak oleh anakanak kecil mengelilingi kota Mekkah dan Bilal Radhiallaahu anhu hanya mengucapkan “Ahad, Ahad”
(DR. Akram Dhiya Al-Umari, As-Siroh An- Nabawiyyah Ash-Shahihah, Juz 1 hal. 154-155).

Dan masih banyak kisah-kisah lain yang menunjukkan betapa pengorbanan dan penderitaan mereka dalam perjuangan mempertahankan iman mereka. Namun penderitaan itu tidak sedikit pun mengendurkan semangat Rasulullah dan para shahabatnya untuk terus berdakwah dan menyebarkan Islam.

Musibah yang dialami oleh saudara-saudara kita umat Islam di berbagai tempat sekarang, khususnya di Semenanjung Ghaza, di Palestin akibat kezaliman, kejahatan orang-orang kafir Yahudi, adalah ujian dari Allah kepada umat Islam di sana, sekaligus sebagai pelajaran berharga bagi umat Islam di negara-negara lain.

Umat Islam di rantau sini khususnya sedang diuji sejauh mana ketahanan iman mereka menghadapi serangan orangorang yang membenci Islam dan kaum Muslimin hanya kerana mereka mengatakan: ( Laa ilaaha illallaahu ) َtidak jauh berbeza dengan apa yang dikisahkan Allah dalam surat Al-Buruj ayat 4 sampai 8:

“Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit, yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar, ketika mereka duduk di sekitarnya, sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji”.

Peristiwa seperti inipun mungkin akan terulang kembali selama dunia ini masih tegak, selama pertarungan haq dan bathil belum berakhir, sampai pada saat yang telah ditentukan oleh Allah.

Kita berdo’a mudah-mudahan saudara-saudara kita yang gugur dalam mempertahankan aqidah dan iman mereka, dicatat sebagai para syuhada di sisi Allah. Amin. Dan semoga umat Islam yang lain, juga kita semua dapat mengambil pelajaran dari berbagai peristiwa, sehingga mereka tidak lengah menghadapi orang-orang kafir dan selalu berpegang teguh kepada ajaran Allah serta selalu siap sedia untuk berkorban dalam mempertahankan dan meninggikannya, kerana dengan demikianlah pertolongan Allah akan datang kepada kita, firman Allah :

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad: 7).

Sebagai orang-orang yang telah menyatakan iman, kita harus mempersiapkan diri untuk menerima ujian dari Allah, serta kita harus yakin bahawa ujian dari Allah itu adalah satu tanda kecintaan Allah kepada kita, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam :

“Sesungguhnya besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan (ujian), Dan sesungguhnya apabila Allah mencintai satu kaum Ia akan menguji mereka, maka barangsiapa redha baginyalah keredhaan Allah, dan barangsiapa marah baginya hanyalah kemarahan Allah.”

(HR. At-Tirmidzi,dan ia berkata hadits ini hasan gharib dari sanad ini, Sunan At-Timidzy cet. Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, juz 4 hal. 519).

Mudah-mudahan kita semua diberikan ketabahan dan kesabaran oleh Allah dalam menghadapi ujian yang akan diberikan olehNya kepada kita. .Amin
_________________________________________________________________
“inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, mengajak kamu kepada Allah dengan DALIL yang nyata” (Surah Yusof : 108)




Ahad, 27 September 2009

MENDAPAT KEREDHAAN SUAMI

Oleh Cikgu Aliya Yeoh..


“U ni belajar la syukur, asyik tak puas hati je”
“I sebenarnya bersyukur, bukan tak syukur kerana kahwin dengan dia. Cuma… ”
“Pompuan la paling ramai tak masuk syurga”
“Ya, I tau.”
“Kalau suami tak redha pun dah jadi dosa, nak mengucap pun tak boleh masa nak mati tu, tak takut ke? kalau I, tu yang paling I takut jadi isteri. ”
“Memang I takut tapi I tak rasa apa yang I buat tu tak salah.I cuma pertahankan hak I, tu aje.”
“Habis,U nak teruskan juga?”
“Ya, demi masa depan I. Lagipun kalau isteri dah lakukan segalanya ikut hukum syarak, dan suami masih tak redha dengannya itu tak jadi hal. ”
“Siapa kata? Apa-apa hal pun isteri tak boleh buat gitu. Walaupun suami buat salah itu hal dia dgn Allah tapi isteri tetap kena jaga hati suami.”
“Maksud U?”
“Isteri kena patuh dan jaga hati suami supaya suami sentiasa redha dengannya. Jgn ambil mudah hal ni.”
“Tapi I tak nampak apa salah I. Cam yang I kata, I cuma pertahankan hak I sebagai isteri kerana selama ini I rasa dia kurang prihatin tentang hak I.”
“U ni tak faham atau buat-buat tak faham? Kalau dia tak berikan hak U seperti yang U rasa tu…tu antara dia dgn Allah swt. Tak ada kaitan dengan isteri. Isteri tetap kena taat pada suami.”
“Jadi apa isteri boleh buat? Takkan nak diamkan diri saja dan terus dianiaya? ”
“Isteri boleh mengadu kepada Allah dan kepada mahkamah syariah. Tapi kalau dua-dua buat silap dua-dua masuk neraka.”
“Bukankah isteri kena taat pada suami berdasarkan perkara-perkara ikut hukum Islam aje?”
“Betul la, masing-masing ada tanggungjawab”.
“Jadi apa masalah sehingga U tak sokong tindakan I ni? ”
“Isteri kena taat pd suami selagi tak menyalahi hukum agama. Yang hal suami tak taat pada hukum Allah, itu antara dia dgn Allah. Tak ada kaitan dengan isteri. ”
“I cuma luahkan rasa tak puashati I jer.”
“Pada dia .. luahkan perasaan itu bukan salah. Tapi kena betul cara yang U buat tu. Jangan sampai melukakan hatinya dan menyebabkan dia benci. Ingat, keredhaan untuk isteri masuk syurga ada 2…satu dgn Allah, 1 lagi dgn suami. ”
“Jadi apa yang patutnya I lakukan?”
“Cara bagi tau rasa tak puas hati pun kena cara yg betul agar suami U tak kecil hati. Kalau dia terasa hati dengan U, U dah jadi derhaka tau. ”
“Jadi apa harus I buat sekarang? I sayangkan suami I tu, bukan I sengaja nak sakitkan hati dia pula. I pun tau berdosa isteri yang sakitkan hati suami. ”
“Tau tak pe. Ingat, isteri yang suaminya tidur dalam keadaan marah padanya akan dilaknat malaikat sehingga dia memohon ampun pada suaminya, dan menebus kesilapannya tu.”
“I tau tu. ”
“Lagi satu, kalau suami U mati dalam keadaan dia marah pada U, U takkan dapat cium pintu syurga walaupun U buat banyak amal jariah semasa hidup U. ”
“Ishhh.. takkan sampai begitu sekali. ”
“U ingat I main-main ker? Isteri yang berdosa pada suami walaupun sekecil-kecil zarah akan ditolak doanya oleh Allah swt.”
“Tapi I bukan hamba suami I. I isteri dia.”
“I taulah U isteri. Tapi nak dapat gelaran isteri solehah U kena penuhi 2 syarat yang sekarang ni dah semakin kurang di kalangan para isteri. ”
“Apa 2 syarat tu? ”
“Pertama, U kena taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kedua, U kena taat kepada suami.”
“Contoh taat kepada suami? ”
“Perbetulkan niat U tu ketika melakukan setiap perkara. Niat yang sempurna itu tidak lain dari melakukan sesuatu untuk dapatkan keredhaan Allah. ”
“Jadi I kena sentiasa melayan suami dengan baik demi mendapat keredhaan Allah?”
“Rasullah paling kasihkan Khatijah kerana dia yang paling berjasa pada suami. Ingatlah.. berbuat baik kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama.”
“Tapi bagaimana pula dengan hak I sebagai isteri? ”
“U takkan rugi apa-apa kalau U memelihara kewajipan U pada suami. Janji Rasulullah kepada kita, yakni mana-mana perempuan yang taatkan suaminya, patuh dan setia, apabila meninggal dunia dan suami redhainya, maka dia dijamin masuk syurga.”
“Ok, I dah faham. Mekacih kerana menegur I.”
“Sama-sama. Di dalam Islam, suami hanyalah jalan untuk isteri memperoleh redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan rasulNya. Ia berlainan dengan cinta sesama manusia tanpa ketaqwaan pada Allah, yang sering dihebohkan dalam media hari ni.”
“Doakan kebahagiaan rumahtangga I. ”
“InsyaAllah. Sentiasalah hormat dan melayan suami dengan baik. Bila suami kasih, Allah akan redha dengan kita.”

Sabda Rasulullah, “Khatijahlah yang memberi kebahagiaan ketika orang lain mencelakakanku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberi seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya.”(Shahih Bukhari dan Shahih Muslim)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat manfaat di akhirat, Kami akan memberinya tambahan pada manfaat yang dikehendakinya dan sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan ia tidak akan memperoleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”(al-Syura: 30)


Khamis, 24 September 2009

MATAHARI





Sebagai Renungan:

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma...
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia.
Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN:
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah s.a.w.. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s..a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya" (Riwayat Muslim) Rasulullah s.a.w.. bersabda maksudnya: "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah" (Al-Hadith)



Jumaat, 18 September 2009

Salam A'idil Fitri 1430 hijrah



Kepada pengunjung blogku ini samada yang ku kenali mahupun sebaliknya, Salam A'idil Fitri 1430 maaf zahir dan batin .. KULLU ‘AAM WA ANTUM BIKHAIR..

Khamis, 17 September 2009

Kalau Tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

Ini kisah benar..

kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut beruk. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."
rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik,
saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "


End of my story. :-)


Rabu, 9 September 2009

Al Quran Sebagai Hantaran

Kepada mereka2 yg nak menghantar dan menerima hantaran..pikir2kan dan pada yang dah menerima harap dapat membacanya selalu...Jadikan membaca Al Quran sebagai amalan harian...
“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..“Sini pun cantik juga.
Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran.
Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil.
Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.“Oh, baguslah.
Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.Nabil kelihatan serba salah.
Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.Nabil bagai hidup semula.
Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri.
Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd“Apa benda nih” detik hati Nabil.“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya.
Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad.
Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula.
Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.
Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri.
Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah.
Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba.
Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read this.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and hisrelatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man byhis head. When the dead body is shrouded, that man gets in between theshroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelakiitu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yangbetul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki ituberada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar danNakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supayamereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenaiketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata,Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorangdiri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlahtugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati diadimasukkan ke dalam Syurga.'Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a lowvoice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you willhave no grief.' Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Akuadalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suarayang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan.
Jangan bimbang.Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'When the interrogation is over, the handsome man arranges for him fromAl-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripadaAl-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yangdipenuhi bauan kesturiRasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,before Allah, no other Intercessor will have a greater status than theQur'an, neither a Prophet nor an angel.'Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Di hari pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun dari nabi atau malaikat.
'Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......keranaRasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'May Allah bestow this favour on all of us.

Isnin, 31 Ogos 2009


Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

· · Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

· · Orang - orang yang berada di saf bahagian depan di dalam shalat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

· · Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

· · Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)

· · Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

· · Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

· · Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)

· · Orang - orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit' (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

· · Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

· · Orang yang menjenguk orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

· · Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Ahad, 26 Julai 2009

SEINDAH NAMA TERUKIR DIBIBIR

Ya Allah !!!!! ...................

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Ar-Rahman,ayat 29:
"Semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu Dia berada dalam aktivitNya".


Apabila laut bergelombang, ombak bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak: "Ya Allah!"

Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya; dan para kafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru:"Ya Allah!"

Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut "Ya Allah!"

Apabila pintu ditutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru:"Ya Allah!"

Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru:"Ya Allah!"

Telah kukhabarkan kepadaMu segala hal seperti cercaan. Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu.Lalu kupanggil jelas namaMu diwaktu Subuh menanti dan fajar menyinsing selalu terdengar namaMu terucap.

Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang indah, doa yang ikhlas,bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan dan ratapan derita yang membingungkan.

Hanya kepadaNya kedua telapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang Subuh iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertonganNya dan tatapan mata hamba yang penuh harapan dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.

Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya, memohon,mengharap dan memanggil.Dengan menyebutNya dimana hati akan menjadi damai,jiwa akan terasa tenang,perasaan menjadi tenteram,saraf tidak lagi menegang,aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.


Allah Maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; ia memberi rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan Yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.(Asy-Syua'ra:19)

Allah:Sebaik-baik nama,susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus dan kata yang paling bernilai.
Allah:BagiNya segala kekayaan dan keabadian,kekuasaan dan kekuatan,keagungan,kemampuan dan kebijaksanaan.
Allah:BagiNya kebijaksanaan,pertolongan,keringanan,bantuan,cinta dan kebaikan.
Allah: Pemilik segala keagungan,kebesaran,kewibawaan dan keperkasaan.
Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang mengembirakan dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.
Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.
Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam.Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.
Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu; bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.
Ya Allah,lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.
Ya Allah,Hindarkan kami dari segala kesedihan;hilangkan kesengsaraan; dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.
Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan, kecuali hanya takut kepadaMu. Kami berlindung dan tawakkal hanya kepadaMu. Kami berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepadaMu, Kami meminta hanya kepadaMu, memohon pertolongan hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai Pelindung kami kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Sabtu, 18 Julai 2009

UMAT ISLAM WAJIB FAHAMI AL QURAN

Dicatat oleh Abu Muhammad Zubair

MENGHANTAR anak ke kelas pengajian al-Quran sudah menjadi satu amalan turun-temurun di kalangan orang Melayu di negara ini. Sebaik saja umur anak mencecah usia tujuh tahun, maka dapat dilihat ibu bapa mula sibuk mencari guru al-Quran untuk menghantar anak-anak mereka belajar.


Amalan ini bukanlah hanya berlaku di kalangan umat Islam di negara ini, tetapi ia menjadi kebiasaan pada setiap keluarga Muslim di serata dunia.

Memberi pengetahuan al-Quran kepada anak-anak adalah kewajipan utama yang dituntut dalam Islam.Namun persoalannya, apakah pelajaran yang diberikan, hanya berkisar kepada tajwid, nahu dan gaya pembacaannya sahaja, seperti yang biasa diamalkan pada hari ini?


Bagaimana pula dengan kefahaman terhadap mesej yang hendak disampaikan al-Quran yang menjadi asbab utama mengapa kitab tersebut diturunkan? Bukankah memahami apa maksud al-Quran itu juga dituntut oleh Islam?


Dalam situasi hari ini, menghantar anak sekadar untuk tahu membaca al-Quran sahaja, barangkali satu pendekatan agak ketinggalan dan tidak lagi relevan dengan kesesuaian dan perubahan zaman.

Generasi muda hari ini sebenarnya perlu didedahkan dengan terjemahan maknanya (al-Quran) agar mereka lebih memahami apa yang dibaca dan dipelajari.


Apa gunanya mereka pandai membaca al-Quran dengan berlagu serta memenangi banyak pertandingan musabaqah, tetapi langsung tidak memahami dan menghayati apa yang dibaca atau dilagukan itu?Adalah lebih bermanfaat dan tepat dengan kehendak Islam, sekiranya anak-anak dihantar untuk belajar membaca al-Quran bukan sekadar mempelajari sebutan, nahu dan tajwidnya sahaja, tetapi sekali gus diajar untuk memahami terjemahan (bukan tafsir) dari awal ayat sehingga khatam.


Ini memandangkan masalah ketidakfahaman mesej di dalam al-Quran amat jelas ketara di kalangan masyarakat Islam di negara ini.


Kebanyakan umat Islam hari ini hanya mengambil berat dari segi qiraat, nahu, dan tajwidnya saja, tanpa menyedari bahawa memahami isi kandungan al-Quran itu adalah terpenting dan wajib hukumnya.Ada sesetengah golongan yang berpendapat, bahawa al-Quran tidak boleh dibaca sebarangan atau difahami secara sembarangan dan ia perlu berguru. Benarkah begitu susah untuk memahami al-Quran?

Menurut pemikir Islam dan pensyarah di Fakulti Pengajian Islam,Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid, sekiranya untuk memahami dasar konsep yang dibawakan oleh al-Quran, cukup hanya dengan membaca terjemahan atau alih bahasanya sahaja dan tidaklah perlu berguru.‘‘


Cuma sekiranya seseorang itu ingin mendalami ilmu tafsir atau untuk mengkaji ayat-ayat al-Quran dan sebagainya, maka perlulah seseorang individu itu mencari guru yang bertauliah dalam ilmu pentafsiran ayat-ayat al-Quran,” katanya.


Beliau juga berpendapat, bahawa antara punca kelemahan umat Islam khususnya orang Melayu ialah tidak memahami dan menghayati al-Quran.


Jika ada yang memahami pun, ia tidak akan bermanfaat sekiranya umat Islam tidak pula menghayati mesej serta melaksanakan apa yang terkandung di dalam al-Quran itu.


Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti kebangsaan Malaysia (UKM), Sulaiman Ibrahim pula berkata, al-Quran boleh dibaca dan difahami oleh semua golongan manusia, tidak kira pangkat atau kedudukannya.Setiap bangsa, biarpun bukan golongan Arab dan tidak mempunyai pengetahuan bahasa Arab, berupaya memahami al-Quran dengan membaca terjemahannya yang dialih bahasa.


Beliau menarik perhatian dengan membawa contoh peristiwa berlaku terhadap Yvonne Ridley, wartawan Britain yang diculik oleh kumpulan Taliban. Yvonne mendapat hidayah hanya dengan membaca terjemahan al-Quran tanpa berguru dengan mana-mana ulama atau ustaz.


Begitu juga dengan penyanyi pop Britain yang terkenal satu masa dulu, Cat Steven atau kini lebih dikenali sebagai Yusuf Islam.


Beliau juga mendapat hidayah dengan membaca dan memahami isi kandungan al-Quran melalui terjemahannya sahaja. Dan sehingga kini, terbukti beliau lebih menghayati Islam daripada mereka yang asal lahir dari keturunan Islam itu sendiri.


Inilah katanya, yang dimaksudkan dengan kelebihan atau mukjizat dari al-Quran untuk semua manusia.Sementara itu, menurut Syeikh Muhammad al Ghazali dalam bukunya yang berjudul Warisan Pemikiran Islam Menurut Syarak dan Rasional, turut menyentuh tentang sikap umat Islam terhadap sumber wahyu iaitu al-Quran ini.


Orang-orang Islam hari ini menurut beliau, melakukan pengkhianatan yang keji terhadap al-Quran.Umat Islam hari ini tanpa disedari telah menyisihkan al-Quran dalam hidup mereka, kata beliau dalam buku tersebut.


Sedangkan dalam waktu yang sama, mereka berjinak dengan kata-kata yang batil serta tenggelam dalam perdebatan yang jijik.


Lantaran itu, umat Islam tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya adalah golongan yang mempunyai tanggungjawab besar, untuk menyampaikan risalah yang begitu tinggi di daratan atau lautan, bagi kehidupan manusia mahupun jin, jelas beliau

Khamis, 18 Jun 2009

Kekayaan tak bawa bersama kebahagiaan


Oleh Nawawi Subandi


Rumah tangga bahagia boleh dibina dengan sifat sentiasa bersyukur


APABILA berkata mengenai bahagia, sudah pasti semua mengimpikannya. Kebahagiaan adalah perasaan yang sangat sukar diungkapkan dan bersifat subjektif. Bahagia selalunya dicapai apabila seseorang itu merasa kepuasan, gembira, kecukupan serta penuh kesyukuran dan keredaan.



Kebahagiaan adalah milik semua. Bahagia tidak hanya dimiliki mereka yang kaya raya dan berharta kerana boleh saja mereka yang kaya raya berasa tidak bahagia serta runsing memikirkan keselamatan hartanya yang bertimbun.



Tidak kurang juga dengan keadaan manusia yang hari-harinya penuh dengan keletihan disebabkan sibuk mengejar harta dan kerjaya. Tiada lagi masa untuk duduk bersama keluarga, isteri mahupun suami. Sehinggakan hubungan cinta menjadi hambar.

Bahagia juga belum tentu dapat dicapai dengan memiliki sebuah kediaman mewah dan indah. Rumah besar itu boleh menjadi penjara baginya yang penuh dengan kesunyian tanpa hiburan. Ibarat seekor burung terkurung dalam sangkar emas.


Bahagia juga belum tentu dimiliki dengan memiliki pasangan suami atau isteri yang tampan dan cantik rupawan kerana ketampanan serta kecantikan itu akan menghilang ditelan waktu. Antara faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kenikmatan hidup, sekali gus berasa bahagia adalah faktor kesihatan, kecukupan makanan, kasih sayang serta suasana persekitaran. Namun, cukupkah dengan itu saja?



Kebahagiaan belum tentu dapat dicapai hanya dengan berbekalkan harta melimpah ruah, kerja yang lumayan hasilnya, kediaman mewah, serta rupa fizikal yang menawan semata-mata. Bagaimanakah hakikat bahagia yang menjadi idaman manusia?


Jika kembali kepada agama, kebahagiaan itu dapat diraih dan dinikmati oleh mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip agama bagi setiap urusan dilakukan dalam kehidupan mereka. Apabila meletakkan prinsip agama sebagai keutamaan, di sini mereka mengutamakan Allah.


Mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan dengannya mereka bersikap qana'ah atau sentiasa berasa cukup serta berpuas hati. Allah berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa di antara kamu yang berasa aman dirinya, sihat tubuhnya dan cukup persediaan makanan rutinnya pada hari itu, seakan-akan dia sudah diberi semua kenikmatan dunia." (Hadis Riwayat at-Tirmizi) Rasulullah SAW juga turut menjelaskan bahawa kekayaan itu bukanlah dicapai dengan banyaknya harta menimbun, tetapi ia dicapai dengan kayanya hati.


Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Kaya itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya hati." (Hadis riwayat al-Bukhari) Orang yang kaya hatinya, dia sentiasa memiliki sifat qana'ah dengan menerima apa yang Allah berikan. Dia sentiasa reda dan berasa puas di atas usahanya. Tidak memiliki rasa tamak untuk mengejar sesuatu dengan berlebih-lebihan tanpa keperluan, tidak rakus mengejar dunia serta tidak pula meminta-minta.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Benar-benar beruntung orang yang memeluk Islam, mereka diberi kecukupan rezeki dan qana'ah di dalam menerima apa juga pemberian Allah terhadapnya." (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah SAW berpesan supaya sentiasa melihat siapa yang berada di bawah kita dan mereka yang kurang bernasib baik berbanding apa kita miliki, bukannya dengan melihat kekayaan dimiliki orang yang mewah berbanding diri kita.


Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat kekayaan orang yang di atasmu, perkara itu lebih baik sehingga engkau tidak meremehkan nikmat Allah." (Hadis riwayat Muslim) Pesanan Rasulullah SAW itu bertujuan mengajak kita sentiasa bersyukur dengan segala kemampuan dan hasil yang diusahakan serta diperoleh, sekali gus menjauhkan diri daripada berasa kurang bernasib baik dan bersikap tamak.


Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang baik merujuk kepada kehidupan berkeluarga, iaitu dengan memiliki isteri yang baik, anak dan keperluan berkaitan dengannya. Firman Allah yang bermaksud: "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita (isteri), anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." (Surah Ali-Imran, ayat 14)


Dengan itu, bagi sesebuah keluarga, suami dan isteri hendaklah sentiasa berkasih sayang, tolong-menolong dan saling memahami dalam setiap hal ehwal urusan kehidupan. Mereka saling mengerti tugas dan hak masing-masing berdasarkan apa yang digariskan agama. Setiap pihak sentiasa berusaha memberikan kebahagiaan, keceriaan, ketenteraman, dan kehangatan cinta sesama mereka. Rumah tangga bahagia dibina atas landasan agama, akan membawa pasangan suami isteri berkekalan hingga ke syurga yang penuh kenikmatan. Ia dapat diraih apabila mereka menjadikan rumah tangga sebagai medan meraih keredaan dan mengejar cinta Allah.



Dalam persoalan ini, suami selaku ketua keluarga bertanggungjawab mengemudi keluarga dibinanya menuju kebahagiaan. Ia dapat dicapai apabila suami sentiasa bergaul, tahu mengambil hati, melahirkan rasa kemesraan, memupuk rasa mencintai dan memenuhi keperluan mereka dengan baik dan sentiasa berusaha membimbing ahlinya kepada perkara dicintai Allah. Kefahaman agama yang teguh membolehkan keluarga mencapai kebahagiaan kerana berkongsi fokus yang sama, iaitu mencari keredaan Allah. Ia menjauhkan mereka daripada perkara negatif apabila hidup dipenuhi tauhid, kasih sayang, saling mencintai, kesyukuran serta kemesraan.


Antara faktor lain yang mendorong kebahagiaan bagi sesebuah kehidupan adalah seperti digambarkan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: "Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan adalah, isteri salihah, rumah yang luas, jiran tetangga yang baik dan kenderaan selesa. Dan empat perkara yang mendatangkan kesengsaraan adalah isteri buruk akhlaknya, jiran tetangga jahat, kenderaan buruk serta rumah yang sempit." (Hadis riwayat Ibnu Hibban) Dimaksudkan dengan isteri yang salihah, sudah tentu isteri yang memahami persoalan agama dengan baik, mengamalkan ilmunya (taat) dan sangat komited dengan kedudukannya sebagai seorang isteri.


Rumah yang luas adalah rumah sentiasa terisi dengan sifat qana'ah, aktiviti dicintai Allah, suasana yang tenteram dan ceria serta kemudahan yang baik. Kenderaan yang selesa penting bagi tujuan kelancaran pengangkutan dan hal ehwal urusan serta tugas seharian. Jiran tetangga yang baik merujuk kepada soal pergaulan dan kehidupan bermasyarakat di atas etika syariat yang betul. Dengan itu, apa yang sebaliknya adalah merujuk kepada unsur yang mampu mendatangkan keburukan, sekali gus jauh daripada nilai sebuah kebahagiaan.



Sebenar-benar kebahagiaan itu adalah kebahagiaan yang dibina di atas keredaan Allah, sekali gus menjamin kehidupan bahagia yang berkekalan sehingga ke akhirat. Firman Allah yang bermaksud: "Orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik." (Surah ar-Ra'd, ayat 29