Jumaat, 31 Oktober 2008

Bacaan Asas 10 Pertama - Amalan Harian selepas solat maghrib

Surah Al-Fatihah ( Dibaca 7 X)














Ayatul Kursi (Wakaf 9)




































Solawat Syifa












Solawat Tafrijiah













Lauanzalna




















Doa Menghindar Syaitan























Doa' Sulaiman

Khamis, 30 Oktober 2008

Kursus Urutan Tradisional Melayu

Kursus ini telah diadakan pada penghujung tahun 2007 dan bertempat di Kolej Komuniti Selayang.Tenaga pengajar terdiri daripada En Roslan Hamzah dan Tuan Syed Mahdi...





En Roslan sedang menunjukkan teknik urut yg betul
menggunakan jari kpd peserta kursus.


Demo urut kaki oleh En Roslan

Demo 1
Demo 2
Sesi Latihan peserta kursus
Kelas teori (bersama sahabatku Mazlan Osman)

Sesi bergambar peserta kursus urut Melayu tradisional
Bersama Tuan Syed Mahdi (Pelakon Cinta Madinah)
Teknik urutan 1

Teknik urutan 2 Teknik urutan 3


Makan secara santai bersama rakan-rakan pejabat- Lokasi : Pantai Dalam

Kenangan yang tak akan dilupakan saat bersama rakan-rakan dahulu.sekarang mungkin tak dapat lagi nak makan bersama dlm kelompok yang besar mcm ini sebab masing-masing dah bawa haluan sendiri dan tak lagi bekerja dibawah satu bumbung. Semoga kalian bahagia dan berjaya ditempat baru..










Citer pasal ikan keli....

Copy paste dari e-mail ..

Keli(tolong baca jika nak selamat)bc bile free

Assalamualaikum wbh
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di
Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis
ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu
dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya
dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula
memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan,
terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi.
Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak
air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk
menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan.
Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu
buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan
perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang
dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua
sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis.
Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya
diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah
kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh
itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli
ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau
tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan
dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari,
ikan duri, semilang dsbnya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat
bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita
orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang
larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak
menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam
lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah
sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak,
insyaAllah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan
agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga
tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis
serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi.
Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari
berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai
tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat
tingkatan lima , dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan
Semarak, Kuala Lumpur . Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah
belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal
bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini
terpaksalah berdikari.

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri.
Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di
makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak
saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh
kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan
tengahari dan makan malam.

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan
keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan
ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa
doktor di klinik UTM. Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan
memberikan losyen untuk di sapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak
hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli
dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

Pada 3 Ogos saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil
kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam
campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada
anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam
ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan
khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak
ruam yang keluar. Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di
bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia
menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya
hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam.
Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga
ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan
oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak
saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak
saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan
malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk
menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah
dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli.
Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras
Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru
saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam
akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena
mandi air rebusan daun-daun tertentu.

Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar
anak saya ini untuk mandi ubat dirumah isteri arwah guru saya pada 24 dan
25 Ogos 2007. Sepanjang tempuh menunggu mandi ubat ini, ruam pada badan
anak saya ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya
dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas
mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan
mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena
datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun
ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan
anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang
telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak
saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat
lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama
kira-kira sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada
badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan
alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout
dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat
lainnya.



Salam.. Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan utk berbincang
ttg projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan
bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.

Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat keatas keli ternak dan
didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu
berpunca dari palet makanan.

Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga
terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yg dah
berhenti makan ayam, keli apatah lagi..

Saya tak jadi ternak keli.... kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam
makan lagi, tak tahu apa nak makan...beli ikan pula ada unsur pengawet
mayat..

Tapi ada hujjah dari sahabat yg mengatakan umat islam makan babi haram,
tapi ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum...kira halal lah. Tapi bila
ada DNA babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2...

Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC , Ayamas yang di kata haram....isk
tak reti lah....

elakkan makan ayam secara kerap.

Sekian untuk kali ini, wassalam wallahualam

Rabu, 29 Oktober 2008

Appreciate orang tua kita selagi mereka ada.....

Selagi mereka hidup, doa mereka tak pernah putus untuk anak2 nya.... tapi bila mak / ayah kita pergi dijemput Illahi, hidup terasa lain sebab tak dapat lagi merasa keberkatan doa mereka.....

Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cita padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia.. tapi sayang ..orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH. ..

Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih. ....sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup.

Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati.. Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya".

Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'

Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

Lelaki Memang Tak Guna...

1. Lelaki memang tidak guna keistimewaan yang diberikan kepada kaum wanita sahaja. Oleh itu, jika dia seorang lelaki, dia akan pastikan solatnya sentiasa 5 waktu sehari semalam melainkan apabila dia mendapat rukhsah solat ketika bermusaffir.

2. Lelaki memang tidak guna perhiasan dari emas dan pakaian yang dibuat daripada sutera kerana kedua-duanya haram. Begitu juga lelaki tidak akan menggunakan sebarang aksesori yang boleh menyerupai kaum wanita. Man tasyabbaha bi-qaumin fa-huwa min-hu {Barangsiapa yg menyerupai sesuatu
kaum maka ia tergolong dari kalangan kaum itu}[Hadis]. Hadis ini adalah hadis yang popular ttg larangan menyerupai kaum wanita bagi lelaki atau sebaliknya.


3. Lelaki memang tidak guna kesempatan yang ada padanya untuk meluahkan kemarahannya. Jika seorang suami, dia tidak menjadikan isteri ketika bersama isteri di rumah untuk memarahi isteri kerana tekanan kerja. Lelaki yang gagah adalah lelaki yang boleh menahan nafsu marahnya. Nabi juga berpesan, bahawa lelaki yang gagah itu bukanlah mereka yang menang gusti tangan, tetapi lelaki yang berupaya menahan marahnya. Dalam al-Quran Allah menitipkan 4 ciri orang yang baik (muhsin), dan salah satunya adalah menahan kemarahan (al-kaazimina al- ghaizhi), seperti yang tercatat dlam ayat 134 surah aali-Imran. Maka sebagai lelaki, jadilah orang yang boleh mengurus tekanan dengan baik.

4 Lelaki memang tidak guna keistimaewaan berpoligami yang diberikan kepadanya jika dia dikurnakan seorang isteri yang sempurna, taat, solehah, dan boleh melahirkan zuriat. Ketahuilah walaupun lelaki diberi kelebihan utk berpoligami, tetapi amat sukar bagi lelaki untuk berlaku adil. Jika dikurniakan seorang isteri yang setia dan amat mempercayai kesetiaan anda sebagai suami, maka jangan sekali-kali mengkhianati keyakinannya. Jika wajib menerima konsep poligami dalam Islam dan untuk mempraktikkannya, terpulanglah pada kemampuan.

5. Lelaki memang tidak guna matanya untuk melihat perkara yang dilarang khususnya aurat wanita. Jika seorang wanita berselisih dengan lelaki, secara adatnya lelaki akan tertarik untuk melihatnya. Wanita dalam bahasa Arab adalah Mar-atun kata terbitan daripada Ro-a yang bermaksud Tempat jatuh pandangan. . Jika arahan supaya wanita menjaga pandangan mata, ayat yang ditujukan khusus oleh Allah untuk lelaki tercatat dalam ayat 30 surah An-Nur. Jika wanita dan lelaki bermuamalat, jangan melihat ke dalam mata wanita (walaupun dlm Kemahiran Komunikasi kita diajar supaya melihat orang yang bercakap dengan kita). Lihatlah seadanya, selagi tidak membangkitkan nafsu sekiranya bercakap atau berurusan dengan wanita yang bukan muhrim dengan anda.

6.Lelaki memang tidak guna sifat EGO untuk menganiaya perempuan. Jika lelaki dan wanita bergaduh, lelaki akan terlebih dahulu meminta maaf daripada wanita walaupun kesalahan itu bukan berpunca dari dirinya. Meminta maaf bukanlah sesuatu yang boleh menurunkan martabat anda sebagai lelaki.

7.lelaki memang tidak guna ROKOK untuk memberitahu orang lain Aku sudah matang atau untuk menghilangkan kerungsingan hatinya. Ada kawan-kawan saya memberitahu saya, Saya merokok sekadar cuba-cuba, kemudian saya mendapati ia berguna untuk menghilangkan kekusutan minda apabila otak saya letih. Alahai, mengapa dipilih rokok yang mengadungi jutaan racun itu? Apakah kita ada Al-Quran utk mencari kedamaian jiwa? dan Kami (Allah) turunkan dari Al-Quran suatu yg menjadi penawar dan Rahmat bagi orang2 yg beriman. Ayat 82 surah al-Israa. Tika berserabut jiwa, bacalah Al-Quran untuk mencari ketenangan, bermunajatlah kpd Allah, tadabburlah ayat2 Al-Quran kerana ia adalah kalam Allah yang suci.

Menilai "KEIKHLASAN" si dia & anda sendiri..

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara
pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-
kawan dankeluarga mereka hadir menyaksikan
dan menikmati hari yang berbahagia tersebut.

Suatu acara yang luar biasa dan sungguh
mengesankan. kedua mempelai begitu anggun
dan gagah dalam persalinan yang indah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju
mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh
saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata
kepada isterinya:

Sayang, abang baru membaca sebuah artikel
dalam majalah tentang bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan
kita", katanya sambil menunjukkan majalah
tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.

Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita
mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan
perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-
hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan
berjanji tidak akan tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik
kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.
Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak
mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya",
kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya.
Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka
surat ....

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal
yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia
memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai
mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua
yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya
dengan manis di atas meja dan berkata dengan
bahagia, "Sekarang giliran sayang pula
membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata,
"Saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertas saya.
Bagi saya abang sudah sempurna, dan
saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang... Abang
adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya..
Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dengan Abang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati
isterinya ..... bahawa isterinya menerima dirinya
seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup
SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?...

Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau
kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang
SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada
yang perlu diperbaiki...

Wallahualam

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita
kerana kelebihan kita dan menerima segala
kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah
sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA
ALLAH."

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.
Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."
Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.
Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.
Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."
Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.
Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"
Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...
***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anakanda Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Petua Orang Lama

Betik
Akar
Air rebusannya diminum untuk mengeluarkan batu karang dalam ginjal
Menghentikan pendarahan rahim
Membunuh cacing dalam usus
Ubat buasir
Peyakit patik
Teh herba akarnya diminum untuk melawas buang air kecil.

Buah
Dimakan utk memulihkan fungsi tubuh
Air rebusan dari buah muda diminum utk merawat darah tinggi .sepotong buah hijau atau sedikit getah digosok pada kurap untuk menghilangkan kurap dgn izin Allah bagi setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.
Kurangkan Kolestrol
1 :: Masak lauk + bawang belah 4 ulas.. bawang merendahkan kadar kolestrol
2 :: Kurangkan makanan berminyak.....

Naikkan berat badan
1 :: makan ayam setiap 2 hari
2 :: makan coklat setiap hari
3 :: makan aiskrim selang sehari...
4 :: minum susu coklat selalu...

Melazatkan Air Suam
1 :: Ketika anda memasak air, letakkan beberapa helai daun pandan
(bergantung kepada isipadu air) ke dalam cerek air yang hendak di masak
....Setelah di masak air tersebut akan lebih wangi dan sedap pabila diminum

Hilangkan bau ketiak
1 :: Gosokkan kulit limau ketika mandi .Lama-kelamaan akan hilang.

Wangian kereta
1 :: Daun pandan : Ambil beberapa helai daun pandan segar, letakkan di bawah
kerusi atau mana2 tpt (yg tidak menyemakkan mata). Bila daun ini sudah
kelihatan kering dan tidak mengeluarkan bau lagi, tukarkan kepada daun baru.
2 :: Sabun Dove : Sabun pembersih muka ini juga boleh dipergunakan sebagai
pewangi kereta. Beli sabun ni (yg dlm bentuk sabun buku, bukan tiub) dan
letakkan di mana2 bahagian dalam kereta... sebaik2nya di ruang terbuka.
Kalau nak kelihatan cantik, letakkan sabun ni dalam net.
Baunya lembut dan tahan lama.

Hilangkan Angin di dalam badan.
Bagi bayi
1 :: letakkan sebiji lada hitam dalam pusat baby tuu .... insya-ALLAH ...
kembung perut tadi akan beransur pulih .
Bagi dewasa
1 :: sapu minyak yg berangin dan pastikan anda berada diluar kawasan ..dikhuatiri akan menderma angin pada orang lain ....

Hilangkan Sakit perut disebabkan makanan dan minuman.
Bagi bayi
1 :: minyak telon, or minyak angin cina (cap yu yee) Bagi dewasa
1 :: tuam pakai towel panas ke, sapu apa apa minyak angin


Ubati Asma
1 :: Makan hati unta
2 :: Makan sup sarang burung
3 :: Kurangkan mkn benda2 sejuk (sayur menjalar dan ais krim)

Elakkan sakit mental
1 :: Positive Thinking
2 :: Selalu membaca Al-Quran

Hilangkan lebam
1 :: Tuamkan dengan air panas . Lama kelamaan bahagian lebam akan menjadi biru dah akhirnya hilang.

Hilangkan bisul
1 :: Ambil daun semalu dan tumbukkan sehingga lumat kemudian sapukan dibahagian bisul tersebut.
Cara untuk jaga mata.
1 :: Setiap kali dengar azan, rendam kepala dlm kolah (kalau ada) dan
tekan kedua ibu jari (tangan) pada kelopak mata.
insyaAllah mata kita terang(kire x rabun @ dpt kurangkan kerabunan) buat
la sampai azan habis

Cara untuk menyejukkan mata.
1 :: Jika Mata terasa letih melihat komputer........ maka hendak merehatkannya dengan mengambil daun 'Aloe Vera' .....ambil cecairnya dan sapu sedikit pada kedua kelopak mate kemudian pejamkan mate ..... dalam
setengah jam.... kemudian cuci kelopak mata .... boleh menyejukkan mata.
Cara untuk awet muda .
1 :: Sentiasa riang & senang hati... jgn suka bermuram.... senyum sokmo
2 :: Lupakan apa yg tlh berlaku ( utk elak dr stress)
3 :: Tidur awal & bangun awal akan membuat anda sihat & segar
4 :: Berat badan yg ideal
5 :: Sentiasa peka & aktif membuat sel-sel otak menjadi sihat
6 :: Sentiasa melakukan apa yg anda suka & jgn berhenti krn ia akan membuat badan anda lemah
7 :: Sentiasa mengawal diri sendiri. jgn biarkan org lain mengawal diri anda
8 :: Terlalu byk pil akan merosakkan badan anda. ambil yg perlu saje
9 :: Bersenam, elak dr merokok dan makanan yg boleh menggemukkan
10 :: Jgn terlalu risau akan kesihatan dan kematian(mati tetap akan tiba)..
teruskan hidup dgn gumbira............
Petua Lagi

untuk muka yang cerah (untuk masa hadapan) makan telur mentah tanpa memasaknya hari-hari dan setiap pagi.untuk dapatkan muka yang cerah masa hadapan insyaallah
menyegarkan kulit wajah gunakan timun yang telah diparut bersama kulitnya, campurkan sedikit tepung jagung dan sedikit air.sapu di kawasan bawah elakan kawasan bawah mata.lakukan pada waktu malam.InsyaAllah
ingin mencantikkan mata setiap kali anda mandi siram air di atas kepala selepas itu buka mata anda dan baca selawat ke atas nabi 3 kali..insyaallah selamat mencuba....amin
melicinkan muka ambil sebiji tomato dibelah dua kemudian sapukan kemuka selama 20 minit biarkan kering.Lepas tu pandai2 la basuh muka ya..selamat mencuba
menghilangkan jerawat dan bintik hitam di muka senang je kekawan mula2 ambil tomato yang masak dipotong 2.dan 1 makan dan yang 1 lagi digosok pada muka hingga kering baru bilas lihatlah kesannya.anda akan berasa kelainan pada wajah anda.saya sendiri mencubanya

Petua Kesihatan
Hilangkan Lemak
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian. ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asam jawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.
Awet muda dan menarik.

Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak. Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.

1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.


Petua sihat cara saintifik nabi kita
Selain fizikal, mental dan rohani juga adalah elemen penting dalam memastikan badan yang sihat, insyallah untuk panjang umur.
"Ajal maut dan jodoh pertemuan memang ditangan tuhan, tetapi usaha dari manusia itu perlu sebelum berserah pada tuhan. "
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah.
Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan
2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)
3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati, kesehatan jiwa, & mental maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dsbnya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki.

Petua utk mengurangkan kadar BP n kencing manis
resipi utk pesakit ... BP, kencing manis.... dah tried out .... alhamdulillah berkesan...

1 biji epal hijau
1 batang saleri
1 biji capsicum hijau
1 biji peria katak (peria yang kecil tuuu)
1 potong bahagian timun - kira-kira sama saiz dengan sebiji epal hijau.

Semua bahan di atas dimesin lalu di minum
buat 2 kali dalam seminggu

cubalah insyaAllah



petua kecantikan.....

1. KULIT PISANG SERIKAN MUKA

Kulit pisang yang masak juga boleh dijadikan perapi muka. Caranya gosoklah sebelah dalam kulit pisang ke muka. Biarkan beberapa minit dan kemudian bilas dengan cermat. Selain daripada itu, air kelapa juga boleh memastikan kulit muka sentiasa lembap.

2. BIBIR PECAH-PECAH

Jika anda dapati bibir anda merah dan pecah kerana alah dengan gincu bibir yang anda pakai, anda boleh mengubatinya dengan minum air kelapa muda, bercampur kuning telur dan campur sedikit madu lebah. Lakukan sekali sehari sehingga sembuh.

3. LEBATKAN BULU KENING

Ambil sebiji buah keras bakar hingga hitam. Ambil minyaknya dan sapukan pada kening anda. Lakukan dua kali sehari. Anda akan dapati bulu kening anda akan tumbuh lebat.

4. MENCANTIKKAN PAYUDARA

Ambil beberapa helai daun turi, ramas dan ambil airnya. Air ini anda sapukan pada buah dada anda setiap kali selepas mandi.

5. BAWANG BOLEH LICINKAN KULIT

Bawang pada umumnya memiliki beberapa manfaat. Bawang putih mencegah rambut gugur. Dengan mengamalkan makan bawang sebagai perencah ia boleh memelihara penglihatan dengan baik dan juga melicinkan kulit anda. Selain itu, bawang putih yang ditambah dalam masakan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.

6. MERAWAT SIKU DAN LUTUT

Gosoklah kulit dengan menggunakan skrub cream, urutlah bahagian kulit yang sudah gelap warnanya dengan belahan limau nipis yang telah diperah. Lakukan seminggu sekali selama 10-15 minit. Duduklah dengan siku diletakkan di atas cawan berisi minyak zaitun yang telah dipanaskan, setelah dikeringkan barulah disapu pada lutut. Hasilnya memang mengagumkan.

7. CAT KUKU YANG SUDAH KERING

Cat kuku yang sudah kering jangan dibuang, tapi letakkan beberapa titis aceton ke dalam botol tersebut dan goncangkan sehingga ia larut dan cair. Maka cat kuku yang sudah kering boleh digunakan kembali. Anda boleh menjimatkan masa dan duit.

8. HILANGKAN NODA HITAM

Sering kita mengalami luka baik dikaki ataupun di tangan sehingga menimbulkan bekas atau noda hitam dikulit. Cara menghilangkannya memang mudah. Sapu noda hitam itu dengan bedak sebelum tidur, lama-kelamaan bekas hitam tersebut akan hilang dengan sendirinya.

9. BENTUK BIBIR YANG INDAH

Sebelum bersolek, bersihkan terlebih dahulu dengan pembersih cleanser dan tonic. Kemudian pakailah pelembab keseluruh wajah termasuklah leher. Setelah memakai pelembab pakailah foundation ke seluruh muka termasuk bibir. Khusus pada bahagian bibir boleh kita bentuk dengan menggunakan pensel lipstik. Kemudian barulah disapu lipstik ke seluruh bibir. Hasilnya, bibir anda menjadi indah dan menarik.

10. BUNGA TEBU CEGAH UBAN

Setiap orang ingin mempunyai rambut yang sentiasa hitam dan tidak beruban walaupun telah dimakan usia. Caranya anda boleh gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa sebagai minyak rambut anda. Petua ini boleh mengekalkan rambut anda yang hitam walaupun usia anda agak lanjut.

11. MANFAAT DAUN HIJAU

Untuk menghaluskan wajah dan seluruh kulit di tubuh, ambil setangkai daun betik tua tetapi masih berwarna hijau, 3 tangkai daun keledek dan 3 tangkai daun selasih. Semua daun tersebut diramas hingga hancur. Setelah hancur, tambahkan sedikit garam dan asam jawa. Semua bahan tersebut diramas lagi hingga mengeluarkan air. Seterusnya, bahan tersebut digosokkan dengan perlahan-lahan ke seluruh tubuh dan wajah. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah dalam tempoh sebulan, akan menampakkan hasil. Kulit jadi bersih dan wajah menjadi segar ceria.

12. HALUSKAN TANGAN

Caranya, hampas serbuk kopi yang sudah digunakan hendaklah anda sapukan ke seluruh bahagian telapak tangan. Biarkan selama 10 minit sebelum anda membasuhnya. Setelah itu bilas tangan anda bersih-bersih dan anda akan dapati telapak tangan anda yang kasar itu menjadi halus kembali.


..:: Tips Meningkatkan Daya Ingatan ::..

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghada! pi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yg mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yg terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yg anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.



Khasiat gajus
JAMBU monyet atau dikenali dengan nama gajus atau nama botaninya Anacardium Occidentale Linn mempunyai banyak khasiat terutamanya dalam rawatan perubatan tradisional. Tumbuhan ini merupakan jenis dari keluarga Anacardiaceae.

Jambu monyet termasuk tumbuhan yang berbiji atau juga disebut tumbuhan berbiji terbelah. Pokok gajus biasanya mempunyai pohon yang tidak rata dan berwarna coklat tua. Kebiasaannya daunnya mempunyai tangkai pendek dan berbentuk lonjong atau bulat telur dengan mempunyai tepian berlekuk-lekuk dan rangka daunnya dilihat jelas.

Manakala bunganya berwarna putih dan dengan bahagian buahnya berisi lunak, berair,dan berwarna kuning kemerah-merahan. Bahagian itu sebenarnya bukan buah tetapi merupakan tangkai buah yang membesar.

Biji buah gajus buah biasanya berbentuk ginjal dengan kulit keras dan bijinya yang berkeping dua dan kulitnya yang mengandungi getah. Hasil kajian ke atas pokok ini boleh menyembuhkan penyakit diabetes, disentri dan radang mulut.
Paparan saya, Tafsiran anda...

LANTARAN SATU ALIF SAJA ..

Seperti telah sama-sama kita ma'lumi bahawa Imam Nawawi rah.a. adalah seorang tokoh yg terkemuka dalam kelompok Mazhab Syaafi'ii.
Di sini dipetik sedikit keterangan atau kenyataan beliau rah.a. tentang solat tentang sah-batalnya solat. Semoga dgn penjelasan beliau ini semangat dan usaha kita untuk terus memperbaiki mutu solat kita (menerusi ta'liim dan muzaakarah mithalnya) meningkat.

Berikut adalah kenyataan beliau rah.a. di dalam kitabnya AL-AZKAAR, Maktabah Al-Ghazaali, P.O.BOX 448 , Damsyiq..iaitu pada halaman 74:

Mafhumnya : Barangsiapa (di dalam solatnya) bertakbiir (iaitu membaca ALLAAHU AKBAR) dengan lafaz ALLAAHU AKBAAR maka TELAH TIDAK SAHLAH solatnya iaitu batallah solatnya) .] Begitulah penerangan beliau rah.a. Iaitu orang yg bersolat/bertakbiir itu telah menambah satu huruf ALIF di antara huruf BA' dan huruf RA' sehinggalah bertukarlah ALLAAHU AKBAR menjadi ALLAAHU AKBAAR !! Iaitu BAR menjadi BAAR !! Dari segi ma'na pun telah berubah: ALAAHU AKBAR maknanya kira-kira ALLAAH MAHA BESAR dan ALAAHU AKBAAR maknanya kira-kira ALLAAH ITU GENDANG BESAR.

Kalau dengan sengaja kita mengatakan (sama ada di dalam sembahyang atau di luar sembahyang) ALAAHU AKBAAR nescaya kita jatuh syirik. Kalau tanpa
sengaja kita mengatakannya di dalam solat kerana tidak belajar (atau tidak bermuzaakarah) tidak sahlah solat kita itu !!

Betapa sempurna pun qiyaam/berdiri seseorang di dalam solat, betapa sempurna pun rukuu' seseorang di dalam solat, betapa sempurna pun i'tidaal seseorang di dalam solat, begitu pun betapa sempurnanya bahagian-bahagian lain di dalam solat tetapi kalau bertakbiir dgn lafaz ALAAHU AKBAAR maka tidak sahlah solatnya, maka batallah solatnya itu.

HANYA LANTARAN DITAMBAH SATU ALIF SAHAJA di dalam lafaz takbiir maka tidak sahlah solatnya itu !!! Bayangkan andaikata si yg bersolat itu telah bersolat dgn takbiir yg sedemikian rupa selama 60 tahun atau 40 tahun yg lalu!! ALANGKAH MALANGNYA SI FULAN ITU... ..!! Begitulah perlunya kita setiap masa dan ketika BERMUZAAKARAH mengenai perkara-perkara yg meyempurnakan solat kita, perkara-perkara yg membatalkan solat kita dsbnya... ... ... ..

Kalau solat kita adalah seperti kain buruk yg dilemparkan ke muka kita sendiri, alangkah tersangat ruginya hidup kita ini... !! Ma'af jua dipinta. Semoga peringatan yg sedikit ini menyentuh perasaan kita ke arah memperkemaskan mutu solat kita. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... .

Wallaahu a'lam.

Renung-renungkan dan selamat beramal....

Selasa, 28 Oktober 2008

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...


Beza Lelaki & Wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Sila rujuk :
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=288&Itemid=99

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA

CINTA

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri
berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti
di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri
bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang
memang menyayangi dan mencintai yang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang
tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan
bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair
lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

::: Hati Emas :::
Malam pertama ..........

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?



Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"
JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER

Assalamualaikum,

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . – bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari– ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh- Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

mm.. byk kisah pulak hari ni kan. Maaf lah..ade 20 tips so, huraiannya mesti panjang. Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak. Salaaamm!!

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Isnin, 27 Oktober 2008

ISTIDRAJ

Minggu lepas,Ada kawan saya bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

So, saya pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu .

Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.

Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk
bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat
kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."