Selasa, 23 Disember 2008

Erti Seorang Sahabat

"" Sahabat, Jika hari ini aku terlalu gembira....Sedarkan lah aku dengan amaran-amaran Allah, Jika aku bersedih tanpa kata...Pujuk lah aku dengan tarbiah Pencipta, Jika aku lemah sedarkan lah agar aku berubah, Dan jika esok ku lena tanpa terjaga...Iringlah lena ku dengan kalungan doa... Berjanji lah sahabat ku...ukhwah kita untuk selamanya..... Jika engkau sebenar-benarnya seorang sahabat ...."""





Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata



"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..." Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR. Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG. Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN. Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR. Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA. Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH. Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT. Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT.Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah... asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..Bersederhanalah... dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.. · Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau. · Orang yang terlalu kuat.. kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya.. Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta. Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah. Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar. Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.." Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya.

Khamis, 18 Disember 2008



Percaya ramalan karut BOMOH boleh merosakan akidah
Oleh: Da'ei Cyber



Solat tak diterima 40 hari jika seseorang bertemu dan bertanya sesuatu kepada tukang tilik(BOMOH). di negara ini perlu diberi penilaian semula sama ada kerja mereka sesuai dengan akidah dan syariah Islam atau sebaliknya. Kita sering mendengar sesetengah bomoh bertindak liar di luar batas kemanusiaan dan kesopanan. Bagaimanapun masih ramai masyarakat Islam menggunakan khidmat mereka. Menurut takrifan, bomoh, dukun dan pawang mempunyai kerjaya yang sama iaitu mengubat atau merawat orang sakit. Pawang pula diertikan sebagai mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan sesuatu menggunakan kuasa ghaib.

Selain itu, pawang ialah orang yang pandai mengubati orang sakit menggunakan jampi mantera. Dalam sejarah tamadun Islam, ahli perubatan dikenali sebagai tabib. Mereka mengubati penyakit menggunakan ubat dipercayai boleh melawan penyakit sama ada berpunca daripada kuman atau perubahan suhu badan dan sebagainya. Ubat itu daripada bahan semula jadi seperti madu, tumbuh-tumbuhan, hidupan di darat atau laut yang dikenal pasti melalui al-Quran, hadis atau pengalaman.
Tabib Muslim meyakini setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Allah tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan sama ubatnya." Adakah bomoh boleh disamakan dengan tabib dan khidmat mereka direstui Islam? Di sinilah perlu dikaji khidmat bomoh dan dukun sama ada mempunyai unsur syirik atau tidak. Pada hemat kita jika bomoh atau dukun itu mengubat pesakit hanya menggunakan jampi berupa doa kepada Allah atau ayat al-Quran, berkemungkinan tidak menyalahi ajaran Islam. Itupun dengan syarat ayat yang dibaca sesuai dengan isyarat Rasulullah SAW bahawa sebagai penawar untuk penyakit tertentu. Begitu juga mengubat dengan menggunakan akar kayu dan sebagainya.
Sementara bomoh, dukun atau pawang yang mengubat pesakit menggunakan kuasa ghaib, maka dia tidak dapat disamakan dengan istilah tabib tetapi boleh disenaraikan termasuk kahin (tukang tenung) atau arruf (tukang tilik) yang dilarang dalam Islam. Tukang tenung sebelum mengubati pesakit meramal punca penyakit melalu air dalam mangkuk, keris atau dengan cara menurun kononnya roh masuk ke dalam diri yang sebenarnya ialah jin atau syaitan. Kemudian dia memberitahu pelanggannya penyakit yang dihadapi berpunca daripada perbuatan orang atau terkena sampuk jembalang. Nabi Muhammad SAW dilahirkan di tengah masyarakat jahiliah yang mempunyai sekumpulan manusia dikenali sebagai tukang tenung atau telek. Mereka mendakwa dapat mengetahui perkara ghaib (yang di luar kemampuan akal dan pancaindera) sama ada yang sudah berlaku atau akan datang melalui interaksi dengan jin. Dakwaan itu adalah dusta dan Nabi SAW memerangi mereka habis-habisan. Baginda SAW membacakan kepada mereka wahyu Allah yang bermaksud: "Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semata-mata." (Surah al-Naml, ayat 65) Rasulullah SAW juga menegaskan mengenai dirinya dengan perintah Allah yang bermaksud: "Kalaulah saya dapat mengetahui perkara ghaib, nescaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; saya tidak lain hanya seorang Nabi yang membawa khabar duka dan khabar gembira untuk kaum yang mahu beriman." (Surah al-A'raf, ayat 188) Seterusnya Allah menerangkan mengenai jin Nabi Sulaiman dengan firman yang bermaksud: "Sungguh andai kata mereka (jin) itu mengetahui perkara ghaib nescaya mereka tidak kekal dalam seksaan yang hina." (Surah Saba', ayat 14) Berdasarkan nas itu jelaslah bahawa ramalan atau tilikan oleh tukang tenung yang dikenali sebagai bomoh oleh masyarakat Melayu dikira dusta. Dengan keberanian mereka membuat ramalan itu bermakna mereka mendustakan Allah. Utusan pernah datang berjumpa Nabi SAW menganggap Baginda antara yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangan mereka dan berkata kepada Nabi: "Tahukah tuan apakah ini? Nabi SAW menjawab: Aku bukan tukang tenung kerana sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di Neraka." Islam tidak menghadkan dosa hanya kepada tukang tenung tetapi sesiapa saja yang membabitkan diri dengan kegiatan itu, turut dihukumkan berdosa. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang datang menemui `arraf (tukang tilik) kemudian menanyakan mengenai sesuatu maka solatnya tidak diterima selama 40 hari." (Hadis riwayat Muslim) Kegiatan bomoh menimbulkan beberapa gejala buruk antaranya:
· Merosakkan akidah, mengheret pelanggannya untuk mensyirikkan Allah kerana mereka mempercayai ramalan hasil bisikan jin dan syaitan yang kononnya mengetahui rahsia serta perkara ghaib padahal ia milik mutlak Allah.
· Kebanyakan bomoh menimbulkan permusuhan sesama saudara Islam di kalangan pelanggannya. Bomoh meramalkan punca sakit yang dihadapi pelanggan kononnya akibat perbuatan jin atau sahabat terdekat, malah ada yang dikatakan daripada saudara kandung sendiri.


Islam memang mengakui adanya sesetengah penyakit disebabkan sihir dan Islam mempunyai cara tersendiri untuk menjauhkan diri daripada terkena sihir atau cara merawatnya iaitu mencari doa, ayat serta surah tertentu bersumberkan Al-Quran.




Wallahu a'lam




Selasa, 25 November 2008

Solat didik umat Islam hargai waktu

SOLAT adalah satu institusi yang sangat agung mendidik insan dari segala aspek. Antaranya supaya seseorang itu menjadi tidak malas dan tidak mensia-siakan masa. Ketika waktu menjelang siang, muazzin mengingatkan masa tidur sudah berlalu. Sekarang tiba siang dan waktu siang bukan lagi untuk tidur, sebaliknya sekarang adalah waktu untuk membina dunia.
‘Marilah solat, marilah menuju kejayaan. Solat lebih baik daripada tidur.’ Hebatnya solat yang memberi motivasi pagi.Apabila matahari menegak di atas kepala ketika asyik dengan tugas diingatkan lagi, ‘marilah solat’ Zuhur. Ia mengingatkan kita supaya prihatin dengan masa. Apabila bayang sama panjang dengan benda dan matahari mula melabuh, datang lagi seruan ‘marilah solat’, malah ketika matahari tenggelam dan tidak nampak lagi cahayanya, suara ‘marilah solat’ datang lagi.Ketika luput lembayung merah di langit, muazzin sekali lagi mengajak manusia berkumpul untuk menunaikan solat secara berjemaah. Begitulah hidup kita membuka dan menutup hari dengan solat.Ada pepatah berbunyi, ‘time is money’ (masa adalah wang) dan ‘time is running like arrow’ (masa bergerak laju seperti anak panah), kedua-dua ungkapan itu menggambarkan sifat masa sangat bernilai dan berlalu begitu pantas.Solat sangat mendesak umat Islam supaya menukarkan masa menjadi ‘money’. Ramai orang tahu masa itu emas tetapi tidak ramai orang tahu bagaimana hendak menukar masa menjadi emas.Bila tidak menghayati solat, kita banyak menghabiskan masa dengan sia-sia. Salah satu cara bagaimana menukar masa kepada emas ialah tidak malas atau belajar bagaimana mengisi masa dengan berfaedah, menggunakan masa dengan cermat, cepat dan tepat. Menggunakan masa dengan cermat maknanya jangan sampai masa kita dicuri oleh kelalaian, kealpaan kerja yang tidak berfaedah seperti berkhayal, lepak kosong dan jangan sampai orang mengambil masa kita yang sangat berharga itu.Menggunakan masa dengan cepat maknanya jangan bertangguh apabila sudah merancang sesuatu. Peluang kadangkala hanya datang sekali. Kita ada tiga masa sahaja iaitu ‘past time’ sebagai pengalaman, kita ada ‘present time’ iaitu masa sekarang dan kita ada ‘future time’ iaitu hari depan atau hari akhirat. Ketiga-tiga masa itu sangat bergandingan. Lambat bertindak, akibatnya penyesalan. Menggunakan masa dengan tepat maknanya buat kerja betul pada masa yang betul. Seperti membunuh dalam peperangan akan digelar sebagai wira negara tetapi kalau membunuh orang tanpa sebab akan dihukum gantung. Berbogel dalam bilik air adalah harus tetapi berbogel di tengah khalayak, orang gila namanya.Allah berfirman yang antara lainnya bermaksud: “Apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain dan hanya Tuhanmulah tempat kamu berharap.”Ayat di atas mengisyaratkan agar kita menyiapkan kerja dengan sempurna, barulah melakukan kerja lain dengan cermat, cepat dan tepat serta menggantungkan harapan hanya kepada Allah. Selepas merancang, berserah dan bertawakal kepada Allah. Sebenarnya tiada sesuatu yang untung, yang kita dapat daripada kemalasan kecuali penyesalan dan kekecewaan. Jaminan Allah, telah berjaya orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Orang khusyuk sebenarnya mereka yang belajar, bukan sahaja fikah solat yang betul tetapi juga falsafah di sebalik tarbiah solat.
**************************************************
Solat boleh sembuhkan penyakit ?
Posted by Abu Aslam
October 20, 2008
Solat merupakan ibadah wajib buat umat Islam. Hasil kajian beberapa pensyarah Universiti Malaya mendapati solat juga berupaya menyembuhkan berbagai penyakit antaranya penyakit jantung dan mati pucuk (ED).
Kajian mereka juga menunujukkan solat berjamaah mempunyai kelebihan saintifik berbanding solat bersendirian..Ayuh kita tunaikan solat..bukan sekadar pahala di akhirat..di dunia pun faedahnya kita dapat..
Justeru saya sertakan berita menarik ini yang diperolehi dari berita harian online hari ini buat renungan dan tatapan semua

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal
----------------------------------------------------------------------

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Khamis, 20 November 2008

Komunikasi rumah tangga



RUMAH tangga yang bahagia dan ceria sering dikaitkan dengan keupayaan pasangan dalam berkomunikasi.
Ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain.
Bukanlah menghairankan antara isu yang timbul akibat kurang komunikasi termasuklah kecurangan, pergaduhan, saling tidak mempercayai dan salah sangka.
Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri. Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan.
Dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati. Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia.
Allah berfirman yang bermaksud: 'Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat' - Surah as-Syuara' :214.
Dalam kehidupan manusia, ada dua cara untuk berkomunikasi sama ada secara lisan atau melalui isyarat bukan lisan.
Pepatah Melayu menyebut Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Dalam hal ini, kita boleh fahami bahawa kata-kata amat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan, tambahan pula kesannya bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Jadi, kita harus berhati-hati dalam setiap perkataan yang kita ungkapkan apatah lagi interaksi antara suami isteri.
Dalam setiap masa dan ketika sebelum mengeluarkan sebarang perkataan, kita mestilah berfikir dahulu sama ada kata-kata itu boleh merosakkan hubungan. Apakah kata-kata yang kita ungkapkan sebagai sesuatu yang berguna, membina atau boleh mengeruhkan hubungan?
Dalam agama Islam, ucapan salam seharusnya dijadikan satu kebiasaan. Membudaya salam dalam kehidupan seharian boleh mengukuh hubungan kasih sayang. Rasulullah menegaskan: 'Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak beriman sehinggalah kamu saling cinta mencintai. Mahukah kamu, kalau aku khabarkan satu perkara yang jika kamu melakukannya kamu akan saling cinta-mencintai? Maka sebarkanlah ucapan salam sesama kamu' - Hadis riwayat Muslim.
Amalan salam boleh dilakukan ketika sampai ke rumah atau sebelum memasuki rumah. Daripada Anas, katanya: 'Rasulullah telah bersabda: Apabila kamu hendak memasuki rumah mu, ucapkanlah salam supaya kamu dan ahli rumah mu mendapat keberkatan' - Hadis riwayat al-Tarmizi.
Apakah amalan yang baik untuk mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga? Amalan makan bersama ahli keluarga dengan memulakan doa adalah satu amalan berjemaah. Apabila mahu meninggalkan ahli keluarga untuk keluar rumah, kita boleh biasakan dengan ucapan selamat tinggal. Bertambah erat pula jika isteri atau suami dan anak mengiringi sehingga ke muka pintu. Begitu juga sambutan dengan senyuman ketika kembali ke rumah.
Bermasam muka dan tidak bertegur sapa sesama ahli keluarga merupakan saat yang pahit dan membosankan. Islam melarang kita sesama Muslim memutuskan hubungan. Sabda Rasulullah s.a.w: 'Tidak halal bagi seseorang Muslim itu tidak menyapa (menegur) saudaranya lebih daripada tiga hari. Kedua-duanya bertemu yang seorang memalingkan mukanya ke sini dan seorang memalingkan mukanya ke sana. Orang yang lebih baik di antara keduanya ialah yang memulai memberi salam' - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Marah bila ditegur?
Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Teguran dan kritikan boleh menyebabkan hati berasa sakit. Apa yang penting, suami isteri mestilah sentiasa berfikiran terbuka dan rasional. Kesilapan kecil dan remeh temeh mudah kita maafkan.
Sementara itu, kesilapan besar perlu dibetulkan dari semasa ke semasa. Teguran untuk mendidik dan mencernakan rasa sayang boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan penuh hikmah yang sesuai dengan masa dan ketika. Teguran boleh dianggap sebagai kata perangsang dan dorongan.
Keharmonian hidup dalam sebuah rumah tangga bahagia amat bergantung pada sejauh manakah tahap kelancaran komunikasi yang berlaku dari semasa ke semasa.

Pendapat Wanita tentang Lelaki..

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...
tapi tak pasti sejauh mana kebenarannya..fikirlah sendiri

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?
Sila scroll ke bawah:
1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.
3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.
4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.
5) Kucing jantan baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasi
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.
6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar beb!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.
7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.
8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!
9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan
lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.
10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)
** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...

Isnin, 17 November 2008

Mengutamakan kesederhanaan dalam melakukan ibadah
--------------------------------------------------------------
DARIPADA Abu Hurairah katanya: “Nabi SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memberatkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” - (Hadis riwayat Bukhari) Tujuan ibadah adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Konsep ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus (seperti sembahyang, puasa, haji) dan ibadah umum iaitu setiap gerak geri, tindakan dan pekerjaan yang diniatkan kerana Allah. Syarat diterima sesuatu ibadah itu bergantung kepada tiga perkara iaitu Islam, ikhlas dan ittiba’ (dilakukan sesuai dengan perintah Allah dan mencontohi apa yang dilakukan Rasulullah SAW)
Sesuatu ibadah itu hendaklah dikerjakan sebaik mungkin (menepati kehendak syarak) tanpa melebih-lebihkannya. Maksud ‘dikalahkan oleh agama’ ialah keadaan seseorang yang menjadi lemah lantaran terlalu kuat mengerjakan ibadah hingga lupa menguruskan keperluan diri seperti mencari nafkah menyara ahli keluarga. Perkara itu ternyata bertentangan dengan kehendak Islam kerana Islam menyuruh manusia berusaha gigih untuk mencari penghidupan yang baik di dunia dan bukan menumpukan segala usaha untuk bekalan akhirat hingga melupakan dunia iaitu jambatan ke akhirat. Oleh itu, mestilah bijak menyeimbangkan antara keperluan dunia dan akhirat supaya tidak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.
Begitu juga dalam usaha mengajak ke arah ajaran Islam yang benar, dakwah hendaklah dilakukan dengan berhemah supaya apa disampaikan mudah diterima golongan yang didakwah serta diikuti dengan hati penuh ikhlas. Pendakwah juga dilarang menimbulkan rasa sukar untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Contohnya ketika menjadi imam dalam solat, maka solat itu janganlah terlalu lama (panjang) kerana mungkin makmun yang ada terdiri daripada mereka yang lemah dan sakit. Abu Burdah berkata: “Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata: Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan bersatu padu kamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Nabi SAW juga menyuruh kita menggembirakan manusia bukan menjadikan mereka merasa benci dengan ajaran yang disampaikan. Oleh itu, kita hendaklah mendahulukan perkara yang menyedarkan manusia dan membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan.
Jangan sekali-kali kita memberatkan dengan perkara berbentuk ancaman kerana ia akan menjauhkan masyarakat daripada agama dan kebenaran. Sebaliknya jinakkan hati mereka dengan bertindak secara berhikmah kerana perubahan manusia kebiasaannya memakan masa dan melalui peringkat serta tahap tertentu bukan bersifat drastik atau melulu.
******************************
Enam syarat peroleh kebahagiaan hakiki
---------------------------------------------
Oleh Dr Engku Zaki Engku Alwi

KEBAHAGIAAN menjadi dambaan dan impian setiap insan. Oleh kerana kebahagiaan adalah satu istilah bersifat subjektif, maka tafsiran dan pemahamannya juga berbeza antara seorang dengan yang lain. Ada yang menganggap kebahagiaan dapat dicari apabila memperoleh kekayaan melimpah ruah. Tidak kurang juga berpendapat kebahagiaan hanya diperoleh daripada suasana rumah tangga yang harmoni. Selebihnya pula berpendapat kebahagiaan sebenar terhasil daripada ketenangan jiwa dan keimanan tulus ke hadrat Allah Maha Esa. Ringkasnya, setiap manusia mempunyai persepsi dan pemahaman berbeza mengenai kebahagiaan memandangkan penilaian perasaan bahagian itu sendiri hanya mereka saja yang boleh merasainya.
Menurut ahli falsafah Muslim terkenal, al-Farabi, kebahagiaan adalah suatu darjat kebajikan yang tertinggi yang tidak ada lagi suatu jenis kebajikan lebih tinggi atau lebih berharga daripadanya. Justeru, sebagai kebajikan paling utama, kebahagiaan sangat dicari setiap insan untuk kebaikan dirinya. Ia adalah matlamat hidup sebenar dan keinginan terakhir dijejaki manusia kerana kejayaan menggapai kebahagiaan menjadikan mereka tidak memerlukan sesuatu yang lain daripadanya. Ahli falsafah Yunani, Aristotles, pula menyatakan bahawa kebahagiaan adalah kebaikan tertinggi yang dibentuk dan diasaskan di bawahnya oleh himpunan kebaikan sangat banyak jumlahnya seperti kecantikan, kesihatan, kekayaan, kekuasaan, kecerdasan, ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan.
Semua nilai kebaikan itu adalah antara komponen yang dicari dan dijejaki setiap manusia sebagai wasilah menyampaikan mereka kepada kebahagiaan diimpikan. Menurut perspektif Islam, kebahagiaan adalah lawan kepada penderitaan, kecelakaan dan kesengsaraan. Dalam konteks ini, orang yang berbahagia adalah orang yang memperoleh naungan rahmat, perlindungan dan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah. Sebaliknya, orang yang celaka dan sengsara adalah orang yang dijauhkan daripada rahmat Ilahi dan mendapat seksaan api neraka. Orang yang beriman kepada Allah sedia maklum dan meyakini bahawa Allah akan menjamin kebahagiaan kepada orang beriman serta beramal salih. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman; iaitu mereka yang khusyuk dalam solat, menjauhi (perbuatan dan perkataan) sia-sia, mengeluarkan zakat, menjaga kehormatan diri kecuali terhadap isteri dan hamba mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Sesiapa yang mencari selain daripadanya (isteri dan hamba), maka mereka itu orang yang melanggar batasan. Mereka yang menjaga amanah dan janji, mereka yang sentiasa mengerjakan solat, mereka itulah pewaris yang bakal mewarisi syurga Firdaus dan kekal di dalamnya.” - (Surah al-Mukminun, ayat 1-11)
Berdasarkan pengertian ayat suci itu, dapat disimpulkan sekurang-kurangnya ada enam syarat utama perlu dipenuhi terlebih dulu oleh setiap Muslim sebelum dapat mengecapi nikmat kebahagiaan yang dijanjikan Allah. Enam syarat itu ialah khusyuk dalam solat, meninggalkan perkara sia-sia, mengeluarkan zakat, memelihara kehormatan diri, memelihara amanah serta menunaikan janji dan sentiasa mengerjakan solat. Pendek kata, sesiapa yang dapat menghiasi dirinya dengan enam ciri itu, nescaya dia sudah menempah tiket kebahagiaan sejati yang dijanjikan Allah dan seterusnya terjamin di sisi Allah sebagai pewaris syurga Firdaus. Berdasarkan hadis sahih, Rasulullah SAW pernah menjanjikan dua jenis kegembiraan (kebahagiaan) kepada orang berpuasa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa ada dua jenis kegembiraan; iaitu kegembiraan pada waktu berbuka puasa dan kegembiraan pada waktu berjumpa dengan Allah.” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Menurut ulama al-Azhar, Syeikh Mahmud Syaltut, berdasarkan hadis Rasulullah SAW, kegembiraan (kebahagiaan) yang pertama bagi seorang Muslim adalah kegembiraan kerana berjaya melaksanakan ibadat atau kewajipan agama yang diperintahkan Allah. Kegembiraan kedua pula ditafsirkan sebagai kegembiraan kerana yakin dan optimis dengan ganjaran pahala berlipat ganda dijanjikan Allah kepadanya. Tambah Syeikh Mahmud lagi, kedua-dua kegembiraan dicapai daripada menunaikan perintah Allah dan harapan terhadap ganjaran pahala di sisi Allah adalah dua faktor yang secara langsung akan memudahkan seseorang Muslim menjejaki kebahagiaan hidupnya dunia akhirat. Kejayaan menunaikan perint.ah Allah akan mencetuskan ketenangan jiwa di sudut hatinya di samping harapan mendapatkan ganjaran pahala besar akan mempertingkatkan lagi motivasi serta kesungguhannya untuk terus beribadat dan beramal soleh selagi hayat masih dikandung badan. Barangkali inilah antara hikmah dan kesan yang boleh dirasai setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah. Nilai kebahagiaan sebenarnya tidak diukur pada harta seseorang, pangkat atau kedudukannya. Sebaliknya, kebahagiaan menurut kaca mata Islam didasarkan kepada amalan salih hamba Allah dengan penuh ikhlas sepanjang hidupnya. Itulah kebahagiaan sejati yang dijanjikan Allah kepada sesiapa yang beriman kepada-Nya dengan sebenar-benar iman.

Ahad, 16 November 2008

Dosa Meninggalkan Solat
-----------------------------
Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan....
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S. Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak...

Hadis Sekitar Solat
----------------------
Rasulullah s. a. w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H. R. Bukhari dan Muslim
Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H. R. Tarmizi
Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H. R. Attabrani
Rasulullah s. a. w bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H. R. Muslim & Tarmizi
Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" H. R. Attabrani
Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H. R. Attabrani
Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka H. R. Abu Daud & Tarmizi
Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H. R. Muslim
Rasulullah s. a. w bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H. R. Bukhari
Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh). H. R. Muslim & Ahmad
Rasulullah s. a. w bersabda : "Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" H. R. Muslim
Rasulullah s. a. w bersabda : "Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai" H. R. Sahih Muslim
Rasullulah s. a. w bersabda : "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70xsolat tanpa siwak" H. R. Zanjawaih & Hakim
Rasullulah s. a. w bersabda : "Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban" H. R. Ibn'Asakir
Rasulullah s. a. w bersabda : "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" H. R. Bukhari & Muslim
Rasulullah s. a. w bersabda : "Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" H. R. Bukhari & Muslim
Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" H. R. Ahmad & Abu Daud
Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" H. R. Abu Dawud
Rasulullah s. a. w bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" H. R. Attabrani

Khamis, 13 November 2008


PERNIKAHAN RASULULLAH DAN KHADIJAH

Bermimpi Matahari Turun Ke Rumahnya

Dia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda,bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.Banyak pemuka Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kawin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya. Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit,masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya ke semua tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya. Mimpi itu diceritakan kepada anak bapak saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.Waraqah berkata: "Takwil dari mimpimu itu ialah bahwa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman.""Nabi itu berasal dari negeri mana?" tanya Khadijah bersungguh-sungguh."Dari kota Makkah ini!" ujar Waraqah singkat."Dari suku mana?""Dari suku Quraisy juga."Khadijah bertanya lebih jauh: "Dari keluarga mana?""Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat," kata Waraqah dengan nada menghibur.Khadijah terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir: "Siapakah nama bakalorang agung itu, hai anak bapa saudaraku?"Orang tua itu mempertegas: "Namanya Muhammad SAW.Dialah bakal suamimu!"Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum pernah ia merasakankegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah sentiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang pemimpin itu.
Nabi Muhammad Berniaga
Muhammad, bakal suami wanita hartawan itu, adalah seorang yatim piatu yang miskin sejak kecilnya,dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Thalib, yang hidupnya pun serba kekurangan. Meskipun demikian, bapa saudaranya amat sayang kepadanya, menganggapnya seperti anak kandung sendiri, mendidik dan mengasuhnya sebaik-baiknya dengan adab, tingkah laku dan budi pekerti yang terpuji.Pada suatu ketika, Abu Thalib berbincang-bincang dengan saudara perempuannya bernama ‘Atiqah mengenai diri Muhammad. Beliau berkata: "Muhammad sudah pemuda dua puluh empat tahun. Semestinyalah sudah kahwin.Tapi kita tak mampu mengadakan perbelanjaan, dan tidak tahu apa yang harus diperbuat."Setelah memikirkan segala ikhtiar, ‘Atiqah pun berkata: "Saudaraku, saya mendengar berita bahwa Khadijah akan memberangkatkan kafilah niaga ke negeri Syam dalam waktu dekat ini. Siapa yang berhubungan dengannya biasanya rezekinya bagus, diberkati Allah SWT. Bagaimana kalau kita pekerjakan Muhammad kepadanya? Saya kira inilah jalan untuk memperolehi nafkah, kemudian dicarikan isterinya."Abu Thalib menyetujui saranan saudara perempuannya.Dirundingkan dengan Muhammad, ia pun tidak keberatan.‘Atiqah mendatangi wanita hartawan itu, melamar pekerjaan bagi Muhammad, agar kiranya dapat diikut sertakan dalam kafilah niaga ke negeri Syam.Khadijah, tatkala mendengar nama "Muhammad", ia berfikir dalam hatinya: "Oh... inilah takbir mimpiku sebagaimana yang diramalkan oleh Waraqah bin Naufal,bahwa ia dari suku Quraisy dan dari keluarga Bani Hasyim, dan namanya Muhammad, orang terpuji, berbudi pekerti tinggi dan nabi akhir zaman." Seketika itu juga timbullah hasrat di dalam hatinya untuk bersuamikan Muhammad, tetapi tidak dilahirkannya karena khuatir akan fitnah."Baiklah," ujar Khadijah kepada ‘Atiqah, "saya terima Muhammad dan saya berterima kasih atas kesediaannya.Semoga Allah SWT melimpahkan berkatnya atas kitabersama.". Wajah Khadijah cerah, tersenyum sopan,menyembunyikan apa yang tersudut di kalbunya.Kemudian ia meneruskan: "Wahai ‘Atiqah, saya tempatkan setiap orang dalam rombongan niaga dengan penghasilan tinggi, dan bagi Muhammad SAW akan diberikan lebih tinggi dari biasanya."Atiqah berterima kasih, ia pulang dengan perasaan gembira menemui saudaranya, menceritakan kepadanya hasil perundingannya dengan wanita hartawan dan budiman itu. Abu Thalib menyambutnya dengan gembira. Kedua bersaudara itu memanggil Muhammad SAW seraya berkata: "Pergilah anakanda kepada Khadijah r.a, ia menerima engkau sebagai pekerjanya. Kerjakanlah tugasmu sebaik-baiknya."Muhammad SAW menuju ke rumah wanita pengusaha itu.Sementara akan keluar dari pekarangan rumah bapa saudaranya, tiba-tibalah ia mencucurkan air mata kesedihan mengenang nasibnya. Tiada yang menyaksikannya dan menyertainya dalam kesedihan hati itu selain para malaikat langit dan bumi.
Kesaksian Seorang Rahib
Tatkala kafilah niaga itu siap akan berangkat,berkatalah Maisarah, kepala rombongan: "Hai Muhammad,pakailah baju bulu itu, dan peganglah bendera kafilah.Engkau berjalan di depan, menuju ke negeri Syam!"Muhammad SAW melaksanakan perintah. Setelah iring-iringan keluar dari halaman memasuki jalan raya,tanpa sedar Muhammad SAW menangis kembali, tiada yang melihatnya kecuali Allah dan para malaikat-Nya.Dari mulutnya terucap suara kecil: "Aduh hai nasib! Mana gerangan ayahku Abdullah, mana gerangan ibuku Aminah.Kiranyalah mereka menyaksikan nasib anakandanya yang miskin yatim piatu ini, yang justeru lantaranketiadaannyalah sehingga terbawa jadi buruh upahan ke negeri jauh. Aku tidak tahu apakah aku masih akan kembali lagi ke negeri ini, tanah tumpah darahku."Jeritan batin itu membuat para malaikat langit bersedih. Mereka memintakan rahmat baginya. Maisarah memperlakukan Muhammad SAW dengan agak istimewa,sesuai dengan wasiat Khadijah. Diberinya pakaian terhormat, kenderaan unta yang tangkas dengan segala perlengkapannya.Perjalanan mengambil waktu beberapa hari. Terik matahari begitu panas sekali. Tetapi Muhammad SAW berjalan sentiasa dipayungi awan yang menaunginya hingga mereka berhenti di sebuah peristirehatan dekat rumah seorang Rahib Nasrani.Muhammad SAW turun dari untanya, pergi berangin-angin melepaskan lelah di bawah pohon yang teduh.Rahib keluar dari tempat pertapaannya. Ia hairan melihat gumpalan awan menaungi kafilah dari Makkah, padahal tak pernah terjadi selama ini. Ia tahu apa erti tanda itu karena pernah dibacanya didalam Kitab Taurat.Rahib menyiapkan suatu perjamuan bagi kafilah itu dengan maksud untuk menyiasat siapa pemilik karamah dari kalangan mereka.Semua anggota rombongan hadir dalam majlis perjamuan itu, kecuali Muhammad SAW seorang diri yang tinggal untuk menjaga barang-barang dan kenderaan. Ketika Rahib melihat awan itu tidak bergerak, tetap di atas kafilah, bertanyalah beliau: "Apakah di antara kalian masih ada yang tidak hadir di sini?"Maisarah menjawab:"Hanya seorang yang tinggal untuk menjaga barang-barang."Rahib pergi menjemput Muhammad SAW dan terus menjabat tangannya, membawanya ke majlis perjamuan. Ketika Muhammad SAW. bergerak, Rahib memperhatikan awan itu turut bergerak pula mengikuti arah ke mana Muhammad SAW berjalan. Dan di saat Muhammad SAW masuk ke ruangan perjamuan, Rahib keluar kembali menyaksikan awan itu, dan dilihatnya awan itu tetap di atas, tidak bergerak sedikit pun walaupun dihembus angin. Maka mengertilah ia siapa gerangan yang memiliki karamah dan keutamaan itu.Rahib masuk kembali dan mendekati Muhammad SAW,bertanya: "Hai pemuda, dari negeri mana asalmu?""Dari Makkah"."Dari qabilah mana?" tanya sang Rahib."Dari Quraisy, tuan!""Dari keluarga siapa?""Keluarga Bani Hasyim."‘Siapa namamu?""Namaku, Muhammad."Serta merta ketika mendengar nama itu, Rahib berdiri dan terus memeluk Muhammad SAW serta menciumnya di antara kedua alisnya seraya mengucapkan: "Laa IlaahaIllallaah, Muhammadar Rasulullah."Ia menatap wajah Muhammad SAW dengan perasaan takjub,seraya bertanya: "Sudikah engkau memperlihatkan tanda di badanmu agar jiwaku tenteram dan keyakinanku lebih mantap?""Tanda apakah yang tuan maksudkan?" tanya Muhammad SAW."Silakan buka bajumu supaya kulihat tanda akhir kenabian di antara kedua bahumu!"Muhammad SAW. memperkenankannya, dimana Rahib tua itu melihat dengan jelas ciri-ciri yang dimaksudkan."Ya....ya....tertolong, tertolong!" seru Rahib."Pergilah ke mana hendak pergi. Engkau terus ditolong!"Rahib itu mengusap wajah Muhammad SAW, sambil menambahkan: "Hai hiasan di hari kemudian, hai pemberi syafa’at di akhirat, hai peribadi yang mulia, hai pembawa nikmat, hai nabi rahmat bagi seluruh alam!"Dengan pengakuan demikian, Rahib dari Ahlil-Kitab itu telah menjadi seorang muslim sebelum Muhammad SAW. dengan rasmi menerima wahyu kerasulan dari langit.
Paderi-paderi Yahudi Gemetar Ketakutan
Pasar dibuka beberapa hari lamanya. Semua jualan laris dengan keuntungan berlipat ganda, mengatasi pengalaman yang sudah-sudah. Kebetulan pada saat itu bertepatan dengan hari Yahudi, yang dimeriahkan dengan upacara besar-besaran. Muhammad SAW, Abu Bakar dan Maisarah keluar menonton keramaian itu. Tatkala Muhammad SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat, maka tiba-tiba berjatuhanlah semua lilin-lilin menyala yang bergantungan pada tali di sekitar ruangan, yang menyebabkan paderi-paderi Yahudi gemetar ketakutan.Seorang di antara mereka bertanya: "Alamat apakah ini?" Semuanya hairan, cemas dan ketakutan."Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini,"jawab pengerusi upacara. "Kita baca dalam Taurat bahwa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi. Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!"Abu Bakar r.a, sahabat Muhammad SAW sejak dari kecil,dan Maisarah, yang mendengar berita itu segeramendekati Muhammad SAW yang berdiri agak terpisah, dan mengajaknya keluar perlahan-lahan di tengah-tengah kesibukan orang yang berdesak-desakan keluar masuk ruangan.Tanpa menunda waktu lagi, Maisarah segera memerintahkan kafilah berangkat pulang ke Makkah.Dengan demikian tertolonglah Muhammad SAW dari kejahatan orang-orang Yahudi
Nabi Muhammad Pulang Ke Makkah
Biasanya dalam perjalanan pulang, kira-kira jarak tujuh hari lagi mendekati Makkah, Maisarah mengirim seorang utusan kepada Khadijah r.a, memberitahukan bakal kedatangan kafilah serta perkara-perkara lain yang menyangkut perjalanan. Maisarah menawarkan kepada Muhammad SAW: "Apakah engkau bersedia diutus membawa berita ke Makkah?" Muhammad SAW berkata: "Ya, saya bersedia apabila ditugaskan".Pemimpin rombongan mempersiapkan unta yang cepat untuk dinaiki oleh utusan yang akan berangkat terlebih dahulu ke kota Makkah. Ia pun menulis sepucuk surat memberikan kepada majikannya bahwa perniagaan kafilah yang disertai Muhammad SAW mendapat hasil laba yang sangat memuaskan, dan menceritakan pula tentang pengalaman-pengalaman aneh yang berkaitan dengan diri Muhammad SAW.Tatkala Muhammad SAW menuntun untanya dan sudah hilang dari pandangan mata, maka Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s .:"Hai Jibril, singkatkanlah bumi di bawah kaki-kaki unta Muhammad SAW! Hai Israfil, jagalah ia dari sebelah kanannya! Hai Mikail, jagalah ia dari sebelah kirinya! Hai awan, teduhilah ia di atas kepalanya!"Kemudian Allah SWT mendatangkan ngantuk kepadanya sehingga baginda SAW tertidur nyenyak dan tiba-tiba telah sampai di Makkah dalam tempo yang cukup singkat.Saat terbangun, ia hairan mendapati dirinya telah berada di pintu masuk kota kelahirannya. Baginda SAW sedar bahwa ini adalah mukjizat Tuhan kepadanya, lalu bersyukur memuji Zat Yang Maha Kuasa.Sementara baginda SAW mengarahkan untanya menuju ke tempat Khadijah r.a, secara kebetulan Khadijah r.a pada saat itu sedang duduk sambil kepalanya keluar jendela memandangi jalan ke arah Syam, tiba-tiba dilihatnya Muhammad SAW di atas untanya dari arah bertentangan di bawah naungan awan yang bergerak perlahan-lahan di atas kepalanya.Khadijah r.a menajamkan matanya, bimbang kalau-kalau tertipu oleh penglihatannya, sebab yang dilihatnya hanyalah Muhammad SAW sendirian tanpa rombongan,padahal telah dipesannya kepada Maisarah agar menjaganya sebaik-baik. Ia bertanya kepada wanita-wanita sahayanya yang duduk di sekitarnya:"Apakah kamu mengenali siapa pengendara yang datang itu?" sambil tangannya menunjuk ke arah jalan.Seorang di antara mereka menjawab: "Seolah-olah Muhammad Al-Amiin, ya sayyidati!"Kegembiraan Khadijah r.a terlukis dalam ucapannya:"Kalau benar Muhammad Al-Amiin, maka kamu akan kumerdekakan bilamana ia telah sampai!"Tak lama kemudian muncullah Muhammad SAW di depan pintu rumah wanita hartawan itu, yang langsung menyambutnya dengan tutur sapa tulus ikhlas:"Kuberikan anda unta pilihan, tunggangan khusus dengan apa yang ada di atasnya."Muhammad SAW mengucapkan terima kasih, kemudian menyerahkan surat dari ketua rombongan. Ia minta izin pulang ke rumah bapa saudaranya setelah melaporkan tentang perniagaan mereka ke luar negeri.
Khadijah Menawarkan Diri
Muhammad Al-Amiin muncul di rumah Khadijah. Wanita usahawan itu berkata: "Hai Al-Amiin, katakanlah apa keperluanmu!" Suaranya ramah, bernada dermawan.Dengan sikap merendahkan diri tapi tahu diharga dirinya, Muhammad SAW berbicara lurus, terus terang,meskipun agak malu-malu tetapi pasti. Katanya: "Kami sekeluarga memerlukan nafkah dari bahagianku dalam rombongan niaga. Keluarga kami amat memerlukannya untuk mencarikan jodoh bagi anak saudaranya yang yatim piatu". Kepalanya tertunduk, dan wanita hartawan itumemandangnya dengan penuh ketakjuban."Oh, itukah....! Muhammad, upah itu sedikit, tidak menghasilkan apa-apa bagimu untuk menutupi keperluan yang engkau maksudkan," kata Khadijah r.a. "Tetapi biarlah, nanti saya sendiri yang mencarikan calon isteri bagimu". Ia berhenti sejenak, meneliti.Kemudian meneruskan dengan tekanan suara memikat dan mengandungi isyarat: "Aku hendak mengawinkanmu dengan seorang wanita bangsawan Arab. Orangnya baik, kaya, diingini oleh banyak raja-raja dan pembesar-pembesar Arab dan asing, tetapi ditolaknya. Kepadanyalah aku hendak membawamu". Khadijah tertunduk lalu melanjutkan:"Tetapi sayang, ada aibnya...! Dia dahulu sudah pernah bersuami. Kalau engkau mahu, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan pengabdi kepadamu".Pemuda Al-Amiin tidak menjawab. Mereka sama-sama terdiam, sama-sama terpaku dalam pemikirannya masing-masing. Yang satu memerlukan jawapan, yang lainnya tak tahu apa mahu dijawab.Khadijah r.a tak dapat mengetahui apa yang terpendam di hati pemuda Bani Hasyim itu, pemuda yang terkenal dengan gelaran Al-Amiin (jujur). Pemuda Al-Amiin itupun mungkin belum mengetahui siapa kira-kira calon yang dimaksud oleh Khadijah r.a. Ia minta izin untuk pulang tanpa sesuatu keputusan yang ditinggalkan. Ia menceritakan kepada bapa saudaranya: "Aku merasa amat tersinggung oleh kata-kata Khadijah r.a. Seolah-olah dia memandang enteng dengan ucapannya ini dan itu "anu dan anu...."Ia mengulangi apa yang dikatakan oleh perempuan kaya itu.Atiqah juga marah mendengar berita itu. Dia seorang perempuan yang cepat naik darah kalau pihak yang dinilainya menyinggung kehormatan Bani Hasyim.Katanya: "Muhammad, kalau benar demikian, aku akan mendatanginya".Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya: "Khadijah, kalau kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?"Khadijah r.a terkejut mendengarnya. Tak disangkanya bahwa kata-katanya itu akan dianggap penghinaan. Ia berdiri menyabarkan dan mendamaikan hati ‘Atiqah:"Siapakah yang sanggup menghina keturunanmu dan sukumu? Terus terang saja kukatakan kepadamu bahwa dirikulah yang kumaksudkan kepada Muhammad SAW. Kalau ia mahu, aku bersedia menikah dengannya; kalau tidak, aku pun berjanji tak akan bersuami hingga mati".Pernyataan jujur ikhlas dari Khadijah r.a membuat ‘Atiqah terdiam. Kedua wanita bangsawan itu sama-sama cerah. Percakapan menjadi serius."Tapi Khadijah, apakah suara hatimu sudah dimaklumi oleh anak bapa saudaramu Waraqah bin Naufah?" tanya ‘Atiqah sambil meneruskan: "Kalau belum cubalah meminta persetujuannya.""Ia belum tahu, tapi katakanlah kepada saudaramu, Abu Thalib, supaya mengadakan perjamuan sederhana. Jamuan minum, dimana sepupuku diundang, dan disitulah diadakan lamaran", Khadijah r.a berkata seolah-olah hendak mengatur siasat. Ia yakin Waraqah takkan keberatan kerana dialah yang menafsirkan mimpinya akan bersuamikan seorang Nabi akhir zaman. ‘Atiqah pulang dengan perasaan tenang, puas. Pucuk dicinta ulam tiba. Ia segera menyampaikan berita gembira itu kepada saudara-saudaranya: Abu Thalib, Abu Lahab, Abbas dan Hamzah. Semua riang menyambut hasil pertemuan ‘Atiqah dengan Khadijah r.a."Itu bagus sekali", kata Abu Thalib, "Tapi kita harus bermesyuarat dengan Muhammad SAW lebih dahulu."
Janda Cantik Bermata Jeli
Sebelum dijemput oleh bapa saudaranya, maka terlebih dahulu ia pun telah menerima seorang perempuan bernama Nafisah, utusan Khadijah r.a yang datang untuk menjalin hubungan kekeluargaan. Utusan peribadi Khadijah itu bertanya: "Muhammad, kenapa engkau masih belum berfikir mencari isteri?"Muhammad SAW menjawab: "Hasrat ada, tetapi kesanggupan belum ada.""Bagaimana kalau seandainya ada yang hendak menyediakan nafkah? Lalu engkau mendapat seorang isteri yang baik, cantik, berharta, berbangsa dan sekufu pula denganmu, apakah engkau akan menolaknya?""Siapakah dia?" tanya Muhammad SAW."Khadijah!" Nafisah berterus terang. "Asalkan engkau bersedia, sempurnalah segalanya. Urusannya serahkan kepadaku!"Usaha Nafisah berjaya. Ia meninggalkan putera utama Bani Hasyim dan langsung menemui Khadijah r.a,menceritakan kesediaan Muhammad SAW. Setelah Muhammad SAW menerima pemberitahuan dari saudara-saudaranya tentang hasil pertemuan dengan Khadijah r.a, maka baginda tidak keberatan mendapatkan seorang janda yang usianya lima belas tahun lebih tua daripadanya.Betapa tidak setuju, apakah yang kurang pada Khadijah?Ia wanita bangsawan, cantik, hartawan, budiman. Dan utamanya pula karena hatinya telah dibukakan Tuhan untuk mencintainya, telah ditakdirkan akan dijodohkan dengannya.Kalau dikatakan janda, biarlah! Ia memang janda umur empat puluh, tapi janda yang masih segar, bertubuh ramping, berkulit putih dan bermata jeli.Maka diadakanlah acara yang penuh keindahan itu. Hadir sama Waraqah bin Naufal dan beberapa orang-orang terkemuka Arab yang sengaja dijemput. Abu Thalib dengan rasmi meminang Khadijah r.a kepada saudara sepupunya. Orang tua bijaksana itu setuju. Tetapi dia meminta tempoh untuk berunding dengan wanita berkenaan.
Pernikahan Muhammad dengan Khadijah
Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: "Hai anak bapa saudaraku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas"."Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta",ujar Waraqah."Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. Kuwakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya," demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahwa dari pihak keluarga perempuan sudah bulat mufakat dan merestui bakal pernikahan kedua mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kahwin lima ratus dirham. Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan "Ash-Shiddiq" sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung, apalagi karena yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula.Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.aberlangsung pada hari Jumaat, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam.Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah bapa saudaranya bernama ‘Amir bin Asad, sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih,disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut:"Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma’ad, dari keturunan Mudhar."Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia."Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan ditimbang dengan laki-laki manapun juga, niscayalah ia lebih berat dari mereka sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah sama mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akanmemberikan mas kahwin lima ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri dan saudara-saudaraku."Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahwa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira (albasyaarah) serta pengalaman-pengalaman hebat."Semoga Allah memberkati pernikahan ini".Penyambutan untuk memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: "Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak mahupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah,barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai !"Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan".(Adh-Dhuhaa: 8) Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu,sehaluan, serasi dan secita-cita.
Dijamin Masuk Syurga
Khadijah r.a mendampingi Muhammad SAW. selama dua puluh enam tahun, yakni enam belas tahun sebelum dilantik menjadi Nabi, dan sepuluh tahun sesudah masa kenabian. Ia isteri tunggal, tak ada duanya, bercerai karena kematian. Tahun wafatnya disebut "Tahun Kesedihan" (‘Aamul Huzni).Khadijah r.a adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah SAW. ketika wahyu pertama turun dari langit. Tidak ada yang mendahuluinya.Ketika Rasulullah SAW menceritakan pengalamannya pada peristiwa turunnya wahyu pertama yang dihantar Jibril ‘alaihissalam, dimana beliau merasa ketakutan dan menggigil menyaksikan bentuk Jibril a.s dalam rupa aslinya, maka Khadijahlah yang pertama dapat mengerti makna peristiwa itu dan menghiburnya, sambil berkata:"Bergembiralah dan tenteramkanlah hatimu. Demi Allah SWT yang menguasai diri Khadijah r.a, engkau ini benar-benar akan menjadi Nabi Pesuruh Allah bagi umat kita."Allah SWT tidak akan mengecewakanmu. Bukankah engkau orang yang sentiasa berusaha untuk menghubungkan tali persaudaraan? Bukankah engkau selalu berkata benar?Bukankah engkau sentiasa menyantuni anak yatim piatu,menghormati tetamu dan menghulurkan bantuan kepada setiap orang yang ditimpa kemalangan dan musibah?"Khadijah r.a membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan kalimah tauhid, serta selalu menghiburnya dalam duka derita yang dialaminya dari gangguan kaumnya yang masih ingkar terhadap kebenaran agama Islam, menangkis segala serangan caci maki yang dilancarkan oleh bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy.Layaklah kalau Khadijah r.a mendapat keistimewaan khusus yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain iaitu, menerima ucapan salam dari Allah SWT. yang dihantar oleh malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW. disertai salam dari Jibril a.s peribadi untuk disampaikan kepada Khadijah radiallahu ‘anha serta dihiburnya dengan syurga.Kesetiaan Khadijah r.a diimbangi oleh kecintaan Nabi SAW kepadanya tanpa terbatas. Nabi SAW pernah berkata: "Wanita yang utama dan yang pertama akan masuk Syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW., Maryam binti ‘Imran dan Asyiah binti Muzaahim,isteri Fir’aun".
Wanita Terbaik
Sanjungan lain yang banyak kali diucapkan Rasulullah SAW. terhadap peribadi Khadijah r.a ialah: "Dia adalah seorang wanita yang terbaik, karena dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam bimbang keingkaran; dia telah membenarkan aku di saat orang lain mendustakanku; dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhadapku; dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain".Putera-puteri Rasulullah SAW. dari Khadijah r.a sebanyak tujuh orang: tiga lelaki (kesemuanya meninggal di waktu kecil) dan empat wanita. Salah satu dari puterinya bernama Fatimah, dinikahkan dengan Ali bin Abu Thalib, sama-sama sesuku Bani Hasyim. Keturunan dari kedua pasangan inilah yang dibangsakan sebagai keturunan langsung dari Rasulullah SAW.

Pesanan Dr Fadhilah Kamsah



Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..
Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu.. Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib. "Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam...
Terima Kasih,


Rabu, 12 November 2008

Peguam Syarie Menulis


Perceraian boleh berlaku jika lelaki salah guna kuasa sebagai ketua keluarga yang diamanahkan oleh Allah Ta'ala.
SEJAK kebelakangan ini kita sering terbaca di media mengenai keruntuhan rumah tangga masyarakat Islam yang bukan saja berlaku di kalangan masyarakat bawahan malah orang berada juga tidak dapat lari daripada masalah ini. Keruntuhan rumah tangga juga tidak terhad kepada mereka yang tiada didikan agama, malah orang yang mendapat pendidikan agama juga sering terjerat dalam polemik ini.
Walaupun umat Islam berlumba-lumba mengerjakan kebaikan seperti bersedekah, membuat kebajikan dan mengambil berat kepada orang lain, sebahagiannya alpa mengerjakan kebaikan kepada orang yang hampir dengan kita. Rasulullah SAW lebih utama melakukan kebaikan kepada orang yang hampir kepada kita seperti keluarga, sanak, jiran tetangga dan mereka di sekeliling kita. Perkara ini dapat dilihat daripada beberapa hadis Rasulullah yang menerangkan pentingnya memperlakukan isteri dengan sebaik-baiknya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: Seorang mukmin yang imannya paling sempurna adalah yang akhlaknya paling baik. "Sebaik-baik kamu adalah yang baik terhadap isterinya." Jelas daripada dua hadis yang dinyatakan di atas, ketinggian kedudukan isteri di samping suami. Hakikat ini perlu disedari suami kerana sebahagian mereka mengambil mudah peranan isteri dan menganggap isteri perlu patuh kepada segala kehendak suami tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak isteri sendiri.
Kuasa ketua keluarga diberikan kepada suami, namun kuasa berkenaan perlu ditadbir secara adil dengan mengambil kira kemampuan, kesusahan dan juga kehendak isteri. Jika kuasa ini tidak dijalankan dengan sempurna, tentu akan mengundang polemik antara suami isteri terbabit. Suami yang tidak menjalankan kuasa dengan sempurna tentu akan dipertanggungjawabkan atas kegagalannya. Kuasa sebenarnya bukan suatu keistimewaan tetapi lebih kepada tanggungjawab yang hendak digalas dengan sempurna. Dalam Islam, apabila keistimewaan diberikan kepada seseorang, ia sebenarnya disertakan dengan tanggungjawab. Lebih besar keistimewaan diberikan lebih besar sebenarnya tanggungjawab dibebankan kepada seseorang. Antara tanggungjawab suami adalah memberi nafkah kepada isteri dan anak. Suami tidak kedekut membelanjakan wangnya untuk kebajikan isteri dan anak.

Kesimpulannya, seorang suami perlu menghargai apa yang dilakukan isterinya dalam membentuk rumah tangga bahagia. Suami perlu mengutamakan kebajikan keluarga berbanding dengan orang lain. Suami juga bertanggungjawab mendidik isteri dengan cara yang dianjurkan dan diwajibkan oleh agama. Isteri pula mesti akur bahawa suami adalah ketua keluarga dan wajib mematuhi segala arahan dan kehendak hati suami selagi tidak bertentangan dengan Hukum Syarak.

Oleh: Nurhidayah Muhd Hashim Peguam Syarie

MAJLIS BACAAN YASIN RAWATAN

Bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan kekuatan berfikir dan bertindak, yang membolehkan kita merancang dan menjayakan setiap aktiviti ilmu dan kemasyarakatan kita secara bersama.
Pada kebanyakan tempat sama ada di kampung-kampung atau di bandar-bandar, membaca Yasin beramai-ramai merupakan satu amalan yang lazim dilakukan, terutamanya pada setiap malam Jumaat di masjid –masjid, surau-surau atau dari rumah ke rumah . Kaedah amalan ini merupakan kaedah biasa, yang selalunya diketuai oleh orang –orang tertentu seperti imam dan sebagainya. Satu amalan baik yang perlu diteruskan disamping untuk menghubungkan silaturrahim di antara penduduk setempat.
Namun demikian , kaedah-kaedah membaca Yasin untuk sesuatu hajat , terutamanya hajat-hajat besar kurang dimaklumi. Oleh sebab itu penerangan yang jelas perlu disebarkan kepada umum.
Syukur kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Syukur kepada zat agung yang memberi taufik serta meletakkan harapan dan kepercayaan pada jiwa-jiwa orang Islam yang memahami tentang kebesaran wahyu Allah, yang diyakini boleh digunakan untuk kemakbulan.
Terdapat banyak hadis yang menjelaskan fadilat Yasin; iaitu untuk keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Agak banyak kitab yang dikarang oleh ulamak trenama dan muktabar yang membicarakan fadilat Yasin. Namun demikian , pembicaraan tentang kaedah membaca Yasin secara khusus untuk untuk sesuatu hajat tertentu seperti untuk kesembuhan penyakit atau menangani sesuatu masalah boleh dikatakan kurang ditulis.
Kaedah membaca Yasin itu sebenarnya banyak. Namun maklumat mengenainya boleh dikatakan tidak tersebar , dan hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu , misalnya mereka yang melibatkan diri dengan ilmu rawatan pesakit yang menggunakan ayat-ayat Quran dan doa-doa, di kalangan alim ulama, guru-guru agama dan sebagainya.
Bukti-bukti Quran Sebagai PenyembuhTerlalu banyak bukti daripada ayat-ayat al Quran juga hadis yang menyatakan Quran sebagai rahmat, penyembuh penyakit-penyakit dan mengatasi masalah. Antara ayat-ayatnya:
Surah al Isra’ : 82:
Dan Kami turunkan daripada Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan Quran itu tidaklah menambah kepada orang zalim selain kerugian.
Surah as Syua’ra’ : 80;
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan daku.
Surah Fussilat : 44;
Katakanlah, Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman. Dan orang yang tidak beriman, pada telinga mereka ada sumbatan, sedangkan Quran itu sesuatu kegelapan bagi mereka. Mereka adalah seperti orang yang dipanggil dari tempat yang jauh.
Allah s.w.t menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah s.a.w seperti yang tersebut dalam Quran ( al Hasyr : 7 ). Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan, Rasulullah s.a.w ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan Quran. Baginda bersabda :
Hendaklah kamu semua sentiasa menjadikan dua kesembuhan ini, iaitu dengan menggunakan madu dan Quran.
Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar penyakit fizikal dan rohani. Padanya ada rahsia ketenangan jiwa dan petunjuk, dengan syarat bahawa seseorang itu beriman dan yakin kepada Pencipta yang maha agung yang menurunkan Quran sebagai rahmat, petunjuk dan penawar penyakit.
Sebahagian ulama menafsirkan bahwa Quran itu adalah penawar dan petunjuk secara menyeluruh , berdasarkan kepada zahir ayat-ayat Quran di atas. Penyembuh bagi penyakit dan derita, kesembuhan bagi sebahagian sakit fizikal kerana keyakinan dan beriman kepada Allah itu akan melahirkan natijah-natijah yang tidak dapat difikiri oleh akal bagaiaman ia boleh berlaku. Akal manusia begitu cetek untuk memahami rahsia-rahsia di sebalik qada’ dan qadar ketentuan ilahi.
Dalam penghidupan ini, setiap mausia itu memerlukan yang lainnya, sama ada pertolongan bebentuk material ataupun moral. Manusia perlukan teman untuk berbual, mengadu dan meluahkan persaan agar segala yang terbuku dan tersirat itu terkeluar tidak memendam dalam perasaan seumpama sekam dalam api. Setiap orang perlu memberikan pertolongan kepada saudaranya. Orang yang berilmu menuturkan kata-kata melalui lidah. Dari rangkaian kata ini manusia akan faham dan memikirkan sama ada yang dituturkan itu betul atau sebaliknya. Orang yang berharta perlu mengorbankan sebahagian daripada harta yang dimilikinya, demi meringankan beban yang sedang menindih saudaranya. Begitulah seterusnya dilakukan, termasuk yang jahil, yang miskin dan yang daif menurut keupayaan masing-masing.Orang yang miskin tidak semestinya jahil. Begitulah sebaliknya. Justeru itu di mana kita tinggal kita hendaklah menyuburkan sifat-sifat permuafakatan, kerjasama, bertolak ansur, jujur, ikhlas dan sentiasa penuh kesetiakawanan. Aktiviti membaca Yasin rawatan secara beramai-ramai yang dilakukan ini disamping ianya untuk memohon kesejahteraan dan kesembuhan penyakit daripada Allah, ianya juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sifat-sifat tersebut di dalam diri anggota masyarakat kita.
Apabila seseorang itu ingin menggunakan surah Yasin untuk tujuan rawatan atau sesuatu hajat tertentu , orang yang berkenaan hendaklah mengetahui kaedahnya, supaya sesuatu yang dihajatinya insyaallah diberkati dan kemakbulkan Allah s.w.t. Kaedah yang kita lakukan ini adalah untuk semua tujuan. Sama ada tujuan rawatan gangguan makhluk-makhluk halus, sakit biasa, untuk kemakbulan hajat-hajat yang lain yang berkaitan denagn rumahtangga, seperti anak atau pasangan yang keras hati, anak-anak sering bergaduh sesama sendiri, penerang hati, keresaan jiwa, tekanan perasaan dan lain-lain hajat.
Bahan utama Dalam bacaan Yasin rawatan ini, air merupakan bahan utama yang diperlukan .Firman Allah s.w.t. Dan kami ciptakan dari air sesuatu yang hidup ( al Anbia’ : 30 )
Sebaik-baik air ialah air zamzam, dituruti air hujan malam Jumaat, air kolah masjid, mineral water dan air masak. Air yang sudah dibaca surah Yasin dan doa jangan dibiarkan terdedah atau dilangkah. Hendaklah disimpan di tempat yang elok. Apabila berkurangan anya boleh ditambah dengan air lain. Selain air, garam dan lada hitam boleh digunakan untuk memagar rumah, kampung halaman, premis perniagaan, memelihara harta benda dan sebagainya jika perlu. Kita juga menggunakan madu lebah asli bagi tujuan penyembuhan penyakit kerana ianya telah terbukti melalui Quran, hadis dan kajian saintifik.
Khasiat AirApabila kita renungkan berpuluh-berpuluh ayat Quran tentang air, kita akan terpegun bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap oleh manusia. Islam adalah agama yang paling sinonim dengan air. Menyucikan najis, bersembahyang , memegang Quran, mandi hadas dan mandi jenazah; semua itu dengan menggunakan air.
Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5%. darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air. Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Alah, pesanan tadi akan dilaksanakan oleh tubuh tanpa kita sedari.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
Air zam-zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang meminumnya.
Sesiapa meminumnya untuk kenyang, dia akan merasa kenyang. Sesiapa yang meminumnya untuk kesembuhan penyakit, dia akan sembuh.

Kajian Saintifik ke Atas Air

Seorang ilmuan Jepun Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah merintis kajian saintifik tentang molekul air. Beliau dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molukel air. Hasil kajiannya mendapati air ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti krsital yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkapkan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.
Beliau juga telah telah membuat kajian ke atas air-air yang dibacakan ayat-ayat suci Quran dan mendapati hasilnya molekul air tadi seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.
Mengikut hasil kajiannya juga, antara molukel air yang paling cantik bercahaya ialah air zam-zam. .Molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebihi dua belas warna ! Tidak hairanlah air zam-zam menjadi begitu berkhasiat kerana ianya menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Demikianlah juga dengan air kolah masjid yang telah merakam suara azan, bacaan ayat-ayat Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut.
Semakin kuat konsentrasi orang yang berkata-kata atau berdoa pada air, semakin kuat kesannya yang terhasil pada molekul air. Air boleh memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan kenapa air biasa yang dioakan boleh menyembuhkan penyakit.
Semoga amalan kita membaca Yasin dan kombinasi doa-doa para anbia’ dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad s.a.w. kepada air biasa dapat mengubah molekulnya menjadi lebih cantik dan seterusnya berkesan dapat menyembuhkan penyakit atau melindungi dan mencegah kita daripada terkena penyakit sama ada fizikal atau rohani.

Sabtu, 8 November 2008

SAAT DITALKINKAN
Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran. InsyaAllah... Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku dipegang kuat."Mengucap sayang....mengucap........Asyhaduallailahaillallah........." ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha." Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.! Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga, haus, panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi." Ayah.......kau datang ayah....... "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah......." Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun....Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......". "Assalamualaikum......" "Siapa yang memberi salam itu?" "Aku" "Kau siapa wahai pemuda???" Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya...... jijik, loya, aku rasa........teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?" "Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini." "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari." "Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini." "Akulah amalanmu yang keji.........." Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong...rimas....panas........" Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. "Kotak apa ini?" Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya aku?" Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!" Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar........". Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.......
-------------------------------------------------------------------

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:
1) Siti Khadijah- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi
4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik
utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah anda tergolong antara Siti2 ini?
Tepuk dada tanya iman. Sama2 lah kita lelaki@wanita tingkatkan ilmu utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.