Ahad, 6 Disember 2009

HUBUNGAN KITA DENGAN ISLAM


Kami Memilih Islam sebagai cara hidup

Apabila seseorang menanyakan dirinya tentang pengertian hidup ia sedang memikirkan satu persoalan yang terbesar kerana persoalan itu hanya difikirkan oleh orang-orang yang mendapat hidayah dan orang yang tajam fikirannya. Sebaliknya para anbiya’ dan solihin yang merupakan orang-orang yang bijak sejak sebelum kenabian mereka lagi atau sejak kecil lagi telah memikirkan tentang perkara-perkara ‘alami(universal). Iaitu persoalan tentang; kenapa aku bertaraf hamba dan kenapa Allah itu bertaraf Khaliq (Pencipta)? Kenapa aku cenderung mengkagumkan sesuatu yang hebat? Kenapa aku menaruh harapan kepada sesuatu tatkala dalam kesempitan atau bahaya? Dan sebagainya.


Persoalan-persoalan di atas menunjukkan bahawa memang suatu kepastian Allah itu Pencipta dan kita ialah kejadian-NYA. Dan kita dalam genggaman-NYA serta tertakluk dengan peraturan-NYA. Jika kita akur dengan kenyataan ini bererti kita memilih suatu pendirian yang fitrah(murni). Inilah titik tolak Islam.

Dengan keadaan demikian kita menjadi orang yang telah Istislam yakni menyerah kepada ketetapan. Pendirian ini menyelesaikan banyak pertanyaan pokok yang lain seperti benarkah Islam ini? Benarkah Muhammad itu dipilih sebagai jurucakap Allah? Benarkah kita akan dibangkitkan setelah hancur luluh? Benarkah hukum Quran ini? Benarkah akhirat itu berkekalan? Benarkah janji Allah akan menolong hamba-NYA?

Benarlah bahawa ungkapan ‘Aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai deen, dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul’ yang mengambarkan tentang keyakinan dan pendirian pengucap yang telah berfikir mendalam tentang fenomena kehidupan serta memerhatikan alam raya (cosmos); bahawa wujud di sana kuasa tunggal manakala kita tertakluk dengan kehendak-NYA; dan kita telah diberi tugas serta tanggungjawab; kita juga telah dinasihati oleh-NYA menerusi manusia pilihan-NYA yang menerima Kalam-NYA (al-Quran) sebagai pedoman.

Kita tidak akan menjadi muslim yang salimah(sejahtera) dan iltizam (komited) jika tanpa melalui proses berfikir dan membuat keputusan ini. Kita mungkin menjadi muslim yang berkebetulan (accidental). Umpama orang yang tersilap membeli tiket bas sudah tentu tidak akan menghayati perjalanan itu walaupun di kiri-kanan penuh dengan pemandangan menarik dan walaupun dalam bas itu ceria dengan kawan yang sehaluan.

Orang yang tidak membuat keputusan tentang persoalan-persoalan utama dalam hidup ini tidak mengenali dan mengiktiraf dirinya sebagai hamba merasa serba salah dengan peraturan Islam. Sedangkan orang beriman merasa sepadan dan selesa dengan hukum Islam. Orang yang beriman dan yang telah membuat keputusan bahawa dirinya tak seumpama dan tak wujud tanpa kehendak Rabbnya, dirinya ialah hamba dan tawanan Allah, manakala Allah ialah Penguasa (Rabb) mutlak, dan bahawa dirinya wajar tunduk menurut kehendak peraturan Rabbnya.


Hubungan yang tepat dengan Allah

Hubungan kita dengan Islam ialah hubungan yang benar dan tepat antara kita dengan Allah. Seandainya sudah diakur hakikat diri ini ialah hamba dalam pengembaraan menuju kehidupan benar dan kekal maka kita sudah Istislam, dan Islamlah cara hidup kita dan pilihan kita.

Hubungan Kesetiaan

Hubungan kita dengan Islam ialah hubungan kesetiaan yakni kita setia dengan peraturan dan hukumnya walaupun berat pada perasaan dan nafsu. Orang beriman tidak berkata bagi setiap pendiriannya, ‘pada pendapat saya …’ tetapi menyatakan ‘pada pendapat Islam …’ atau ‘dari segi syarak…’.

Firman Allah,


“Wahai orang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul, dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” (Hujurat:1)

Syed Qutb menjelaskan dalam realiti zaman ini dalam bidang apakah lagi manusia tidak mendahului Allah dan Rasul? Tatkala manusia membelakangi Allah dan Rasul mereka tidak sedikitpun merasa cemas tentang kemurkaan Allah.

Maulana Iqbal pernah menukilkan ; ‘Pejuangkan keimanan di tengah-tengah kemerosotan zaman itu memaksa kamu menyalahi iman persingkirkannya (zaman itu)’. Hari ini kita mudah untuk bertolak ansur dengan kehendak Islam demi menurut kehendak zaman. Sepatutnya kita ubahsuaikan kehendak zaman supaya tunduk kepada Islam.

Kita hanya setia kepada sebahagian dari perintah Islam menurut yang kita rasai ringan. Kita melayani Islam bagaikan pakaian, dipakai dan ditanggal sesuka hati. Lebih-lebih pula kita akan rujuk kepada Islam apabila dihimpit masalah. Dalam menyusun kehidupan masyarakat kita mengambil teori manusia tetapi apabila timbul kegawatan kita minta ulama selesaikan. S.Qutb menerangkan, jika ingin menyuruh Islam selesaikan masalah masyarakat hendaklah diserahkan masyarakat itu kepada Islam dari awal lagi yakni dari proses pembentukan masyarakat.



Hubungan yang memuliakan kita


Hubungan kita dengan Islam ialah hubungan kemuliaan, dan kesejahteraan. S. Umar pernah menyebut bahawa ‘Hai sekelian, kamu telah dimuliakan dengan Islam sejurus sahaja kamu meninggalkan Islam kamu akan kembali hina seperti masa jahiliyah’.

Jahiliyah ialah keadaan dan perlakuan yang menurut hawa nafsu. Tiap suatu yang dilarang oleh Allah ialah jahiliyah. Jahiliyah tidak terikat pada sesuatu zaman tetapi berada pada setiap kesempatan apabila sahaja orang mengabaikan petunjuk Islam. Islam dan jahiliyah dua penjuru yang berlawanan. Jahiliyah mengajak supaya ingkar terhadap Allah manakala Islam sentiasa mengekalkan ‘ubudiyah kepada Allah. Islam ialah jalan mudah untuk hidup manakala jahiliyah tiada janji lain melainkan kesengsaraan.

Al-Maududi menyebut; Orang-orang jahiliyah memuliakan harta dan para hartawan’ Betapa ramai manusia menyangka bahawa kemulian dan kesejahteraan ialah menerusi kekayaan dan kebendaan tetapi akhirnya kebendaan menghinanya. Berkata S. Ali; ‘Ilmu akan menjaga kamu tetapi tidak pada harta, kamulah yang kena menjaga harta’.

Islam sahaja yang mengekalkan kita sebagai manusia dengan tabiat insan. Martabat manusia ialah pada hati, tingkah laku dan cara hidupnya bukan pada rupa parasnya.

‘Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa parasmu tetapi Allah memandang kepada hati dan tindakanmu’ (al-hadith)

Menerusi Islam sahaja kita dapat mencari perlindungan samada di atas bumi mahupun dalam perut bumi dan di akhirat. Berkata Syeikh Abdul Qadir Ghilani tentang hadith, “Sesungguhnya dunia diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk akhirat”; dengan katanya: … dunia ini menyangjung mereka yang menanti pada pintu Allah tetapi menghina mereka yang menanti dihadapannya…’

Hubungan Keyakinan

Hubungan kita dengan Islam ialah hubungan keyakinan. Islam yang bersifat rabbaniyy (dari Tuhan) mestilah diyakini. S. Qutb menjelaskan kita hendaklah melalui proses kefahaman, kesedaran dan keyakinan terhadap Islam.

Orang yang tidak faham tentang Islam akan bertindak berlawanan dengan pengakuannya sebagai seorang Islam. Inilah punca ghurbah Islam iaitu ketidakfahaman atau kekeliruan tentang Islam. Betapa ramai muslim yang menyangka bahawa Islam menyekat kebebasannya dan menyekat hajat dan selera dirinya. Alangkah takjubnya jika kita mengetahui bahawa Islamlah yang membebaskan manusia dalam sepanjang sejarah dari belenggu penindasan dan kejahilan. Islamlah yang telah mengiktiraf darjat wanita dan hak mereka, dan Islamlah yang memberi kebebasan bersuara hingga boleh menegur pemimpin yang menyeleweng.
Tidakkah kita ketahui bahawa asal semua hukum dalam Islam ialah mubah yakni diharuskan, kemudian di larang sebahagian kecil untuk mengelak kemudharatan demi kesejahteraan manusia.

Tindakan ramai muslim yang tidak melambangkan Islam telah menyekat orang lain dari menerima Islam.

Begitu juga ramai orang faham tentang Islam sebagai satu cara hidup dan faham hukum hakam tetapi tidak cukup kesedaran hingga matlamat dan jalan hidup tidak menepati matlamat dan jalan hidup Islam. Mereka telah banyak mengelirukan masyarakat dengan gelaran dan kedudukan mereka.

Kesedaran dapat dilihat pada tindakan. Orang yang sedar akan berusaha gigih untuk mengubah hatinya kepada beriman dengan sebenar-benarnya, dan mengubah tindakannya kepada tindakan yang masyru’(menurut syara’) dan meninggalkan tindakan yang mungkar dan sia-sia. Ia sedar ia bertanggungjawab memelihara nama Islam di mana-mana. Ia wajib mempamerkan syakhssiyyah Islamiyyah di hadapan manusia.

Apabila faham tetapi tidak sedar akan menimbulkan malapetaka yang lebih besar. Berkata Ustaz Said Hawa: ‘Kelalaian daei terhadap dirinya sendiri lebih berbahaya dari kelalaiannya terhadap masyarakat.

Jalan mendapat keyakinan

Sedangkan para sahabat Rasulullah telah menawan hati ramai manusia untuk kembali kepada Islam menerusi tindakan mereka yang menepati percakapan dan laungan mereka. Ini ialah kerana para sahabat telah melalui proses kefahaman, kesedaran dan keyakinan. Keyakinan yang mereka capai ialah hasil dari pengorbanan masa, harta, dan diri mereka . Tidak ada jalan keimanan dan keyakinan tanpa pengorbanan. Berkata Imam Syafie: ‘Tidak ada kebaikan yang boleh diharapkan dari orang yang bakhil sepertimana tidak dapat diharapkan setitis airpun dalam api yang merebak’.

Untuk mencapai tahap keyakinan kepada Islam perlu kepada masa dan istiqamah serta berdoa kepada Allah. Hanya mereka yang meyakini Islam mendapat kebahagiaan sejati di dunia dan akhirat kerana mereka sentiasa bercakap dan menunjukkan Islam kepada manusia menerusi tindakan mereka. ALLAHU AKBAR …….

‘Ya Allah ya Tuhanku,jadikanlah aku orang yang Sabar dan bimbinglah aku dengan hidayah-MU dalam meniti liku-liku hidup yang penuh ranjau dan duri ini..amin’

Sabtu, 5 Disember 2009

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan…… Setelah ikan itu terlekat di mata kail…… Hendaklah kamu mengambil ikan itu…… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja……. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya…… Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga…… Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang …… Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu…… Hendaklah kamu MENJAGA hatinya…… Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja…… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu…… dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada…… Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh…… Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja…… Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula…… Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga…… Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya…… Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…… Anggaplah dia manusia biasa…… Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi…… Yang kamu pasti baik untuk diri kamu…… Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT …… Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain…… Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN …… Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…… Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga…… Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN …… Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu…… MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU …. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain…… Terlalu mengejar KESEMPURNAAN …… Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…… Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA ! “Begitu hidup ini tiada yang abadi... yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

"Buta,Tuli dan Bisu..."

Cerita ini saya copy from e-mail kawan ajer .. semoga ada manfaat bersama.

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata).
Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".
Isteri jiranku : Alhamdulillah..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih kelihatan cantik ??
Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?
Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...
Annisa : Apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..
Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...
Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "Buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah
Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
Wassalam...