Khamis, 5 Februari 2009

Musibah menimpa akibat kealpaan umat Islam sendiri

Oleh Wan Roslili Abd Majid

SERANGAN Israel ke atas Gaza nampaknya berterusan walaupun rundingan damai masih berlangsung. Menyaksikan kekejaman, penindasan dan pembunuhan tentera Zionis terhadap penduduk Gaza tidak berdaya dihentikan oleh umat Islam yang hanya dapat berbangga dengan jumlah keseluruhan hampir 1.5 bilion orang berbanding Yahudi sekitar 14 juta.
Jumlah kecil tetapi kehebatan dan penguasaannya yang begitu besar dalam segenap sudut, bidang serta lapangan. Bahkan penguasaannya terhadap masyarakat dunia begitu ketara, khususnya dengan merujuk segala tindakan ganas, kejam dan di luar batasan kemanusiaannya yang tidak mampu untuk disekat apatah lagi untuk dihukum dan diheret ke muka pengadilan.
Apa yang terdaya dilakukan oleh kita hanya meratap, menangisi, mencemuh dan mencerca serta menyatakan bantahan serta kebencian melalui pelbagai cara, sekurang-kurangnya bagi membuktikan semangat persaudaraan yang masih bersisa dan perikemanusiaan antara sesama manusia.

Dalam kesungguhan menghulurkan bantuan dan sokongan terhadap rakyat Palestin, kita harus bermuhasabah atas segala dosa serta kegagalan yang sebenarnya juga menyumbang kepada penderitaan dialami rakyat itu. Apa yang perlu dipelajari, perbalahan dan perpecahan umat Islam seperti yang sering ditegaskan, terbelenggu dengan pelbagai masalah dan kemelut besar yang lain. Kemiskinan, ketiadaan peluang pendidikan dan buta huruf, perang saudara, bencana alam dan sebagainya memburukkan lagi hidup umat Islam.
Merujuk Laporan Pembangunan Manusia (Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) pada 2007 dan 2008, daripada keseluruhan 70 negara, hanya 11 negara Islam diletakkan di bawah kumpulan negara Pembangunan Kemanusiaan Peringkat Tertinggi.
Keseluruhan 22 negara yang diletakkan di bahawa kumpulan negara Pembangunan Kemanusiaan Peringkat Terendah, 12 daripadanya adalah negara yang sebahagian besar penduduknya ialah umat Islam termasuk Nigeria, Uganda, Togo, Gambia, Benin, Mali, Chad, Guinea-Bissau, Burkina Faso, Niger, Mozambique dan Sierra Leone yang menduduki tempat terbawah (ke-179).

Umat Islam perlu bermuhasabah dan mengakui punca segala kelemahan dan musibah yang menimpa diri adalah akibat tindakan serta perlakuan sendiri. Tindakan menyalahkan pihak lain termasuk Yahudi tidak dapat menyelesaikan masalah dan memperbaiki kepincangan diri. Yahudi terkenal sebagai bangsa yang sering diusir oleh pemerintah dunia termasuk Nabi SAW disebabkan sikap jelek mereka seperti suka mengkhianati dan oleh Raja Nebuchadnezzar II (630-562 SM).
Selain disebut al-Quran sebagai bangsa suka membunuh, menderhaka, menceroboh, menindas, menzalimi dan membunuh manusia, khususnya umat Islam demi mencapai cita-cita.
Jalan terbaik menghadapi keadaan itu adalah meneguhkan perpaduan umat Islam yang hanya dapat dicapai melalui penyatuan atas nama agama dan bukan atas nama kabilah, bangsa. Inilah yang dilakukan Nabi SAW yang mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj yang dikatakan mempunyai sejarah perbalahan lebih kurang 120 tahun.
Penyatuan itu juga yang melenyapkan sifat taksub terhadap kabilah tidak berasas dapat menghalang perpaduan umat Islam.

Dalam kemelut di Gaza misalnya, Turki berusaha menemui pemimpin Syria, Mesir dan juga Arab Saudi bagi membincangkan langkah berkesan diambil untuk menghadapi keganasan dan kekejaman tentera Zionis.
Namun usaha Turki dipandang sepi, khususnya Mesir yang mengatakan Turki tidak layak duduk berbincang dengan pemimpin Arab kerana bangsa Turki tidak bertutur bahasa Arab.
Selain sifat taksub melulu, umat Islam jelas sering mengkhianati dan menzalimi sesama mereka. Ciri masyarakat beriman seperti ditunjukkan Nabi SAW ditegaskan al-Quran, iaitu yang berkasih sayang sesama mereka dan bersikap tegas terhadap golongan tidak beriman tidak menjadi amalan.
Lihat di sekeliling kita bagaimana umat Islam yang semakin terhakis keimanannya tenggelam dalam arus melekakan yang akhirnya menimbulkan rasa cinta terhadap dunia dan menjadi punca bagi dosa dan kesilapan mereka. Ketahuilah apabila perasaan sukakan dunia memenuhi jiwa, pada saat dan ketika itulah umat Islam akan hancur di tangan musuh.
Ini dinyatakan Nabi SAW, "Akan tiba masanya umat lain akan mengajak antara satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat Islam) seperti orang mempelawa antara satu sama lain kepada dulang makanan yang besar (menjamah hidangan makanan)." Seorang sahabat bertanya, "Apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Bahkan bilangan kamu pada waktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ghutha (sampah sarap dan buih) di atas air ketika banjir.
Allah akan mencabut ketakutan daripada dada musuh dan Dia akan mencampakkan dalam hati kamu penyakit al-wahn." Seorang sahabat bertanya, " Wahai Rasulullah, apakah dia al-wahn itu?" Rasulullah SAW menjawab, "Cinta akan dunia dan takut akan mati." (Riwayat Abu Daud).
=======================================
=======================================
Sejarah ini akan berulang?

Oleh Abd. Razak A. Muthalib

Tidak ada lagi keraguan pada kenyataan Allah SWT ini. Bangsa Yahudi dan Nasrani dari dulu, kini dan sehingga ke hari kiamat tidak akan pernah merasa senang dengan Islam dan penganutnya. Mereka merasakan merekalah yang berada di atas petunjuk hidayah, sedangkan petunjuk yang didakwa itu rupa-rupanya adalah kesesatan yang nyata.
Mereka hanya mengikut hawa nafsu yang akhirnya membawa kepada kehancuran. Sebab itu, renungkanlah saranan Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk menjawab ajakan mereka ini: Katakanlah (wahai Muhammad): sesungguhnya petunjuk (hidayah) Allah itulah petunjuk yang sebenarnya, jika kamu mengikuti kemahuan hawa nafsu mereka selepas datang kepadamu pengetahuan, maka Allah tidak akan menjadi pelindung dan penolong bagimu). (al-Baqarah: 120)
Bangsa Yahudi sememangnya bangsa yang angkuh dan biadap. Apa yang berlaku di Palestin dan khususnya di Gaza sekarang sudah cukup untuk menggambarkan keangkuhan dan kebiadapan bangsa ini. Suatu bangsa yang tidak pernah tahu erti janji dan bagaimana menepatinya. Hidup mereka penuh dengan pengkhianatan dan kekejaman. Kejahatan mereka ini bukan saja baru dikenali, malah sejak zaman permulaan Islam lagi.
Sejarah telah merakamkan bagaimana sikap bangsa Yahudi terhadap Rasulullah dan para sahabat. Antara yang tercatat dan tidak mungkin dapat dihapuskan dalam lipatan sejarah kejahatan Yahudi ialah nama Kaa'b al-Ashraf.
Kaa'b al-Ashraf adalah antara tokoh orang Yahudi yang paling dengki terhadap Islam dan umat Islam. Beliau sering menyakiti Rasulullah, malah terang-terang mengajak orang lain memerangi Rasulullah SAW.
Rasulullah telah memberi tawaran kepada para sahabatnya dengan bersabda: Siapa di antara kalian yang boleh selesaikan urusan Kaa'b bin al-Ashraf? Sesungguhnya dia telah menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Lantas bangun Muhammad bin Maslamah sambil berkata: "Akulah, wahai Rasulullah, adakah engkau suka aku membunuhnya?" Baginda SAW menjawab: Ya. Muhammad bin Maslamah berkata: "Izinkan aku untuk mengatakan sesuatu tentang engkau (perkara yang tidak elok)". Rasulullah menjawab: Ya.
Turut bersama dengan Muhammad bin Maslamah ialah Ubbad bin Bisyr, Abu Naelah (saudara susuan Kaa'b), al-Harith bin Aus dan Abu Abbas bin Hibr. Kumpulan ini diketuai oleh Muhammad bin Maslamah.
Berlakulah dialog seperti berikut:
Muhammad bin Maslamah pergi menemui Kaa'b lalu berkata: "Orang ini (iaitu Rasulullah SAW) telah meminta daripada kami sedekah, sememangnya dia telah menyusahkan kami.
Kaa'b berkata: "Demi Allah, kami boleh usirkan dia."
Muhammad bin Maslamah: "Kami telah pun mengikuti dan patuh kepadanya. Kami tidak mahu tinggalkan dia begitu saja, kerana kami mahu memerhatikan sampai ke tahap mana dia akan pergi dan apa akan terjadi. Jadi kalau boleh kami mahu engkau pinjamkan kami satu atau dua guni tamar".
Kaa'b: "Boleh, tapi perlu ada cagarannya".
Muhammad bin Maslamah: "Apa yang engkau mahu?".
Kaa'b: "Cagarkan kepadaku perempuan-perempuan kamu".
Muhammad bin Maslamah: "Bagaimana kami hendak cagarkan perempuan-perempuan kami, sedangkan engkau adalah orang Arab yang paling kacak".
Kaa'b: "Kalau begitu, cagarkan saja anak-anak kamu."
Muhammad bin Maslamah: "Bagaimana mungkin kami cagarkan anak-anak kami? Nanti akan ada di kalangan mereka yang mencela: Apakah kami ini menjadi barang tawaran dengan seguni dua tamar? Ini suatu yang memalukan kami. Tak mengapa, kami cagarkan kepada kamu senjata-senjata."
Kaa'b bersetuju dengan cagaran ini.
Abu Naelah juga melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Muhammad bin Maslamah. Dia telah datang menemui Kaa'b dan berpura-pura mengadu kepada Kaa'b yang dia tidak puas hati dengan Rasulullah.
Abu Naelah berkata: "Masih ramai lagi yang sependapat dengan aku. Aku ingin membawa mereka untuk mengadap engkau dengan harapan engkau boleh melakukan kebaikan terhadap mereka."
Akhirnya Muhamad bin Maslamah dan Abu Naelah berjaya memikat hati Kaa'b dan mereka mencapai matlamat. Selepas ini Kaa'b tidak akan lagi curiga apabila mereka datang membawa senjata bersama beberapa orang lain.
Pada malam 14 Rabiulawal, tahun ke-3 hijrah, kumpulan Muhamad bin Maslamah ini datang menemui Rasulullah untuk memohon restu.
Setelah sampai di Kota Kaa'b al-Ashraf, Abu Naelah memanggil nama Kaa'b. Lalu Kaa'b bangun untuk pergi, tetapi dihalang oleh isterinya: "Ke mana kamu hendak keluar di waktu malam sebegini? Aku dengar suara itu bagaikan suara titisan darah." Kaa'b berkata: "Itu adalah saudaraku Muhammad bin Maslamah dan seorang lagi Abu Naelah, saudara susuanku. Orang yang mulia, kalau dijemput kepada tikaman sekalipun, pasti akan disahutnya."
Lalu Kaa'b pun keluar kepada mereka dengan memakai minyak wangi hingga ke hujung rambutnya.
Apabila Kaa'b sampai, Abu Naelah mengajaknya berjalan-jalan sambil berbual. Abu Naelah berkata: "Aku tidak pernah mencium minyak wangi yang begitu harum seperti ini." Kaa'b berasa bangga. Abu Naelah meminta untuk mencium kepalanya. Kaa'b membenarkannya. Lalu mereka berjalan-jalan lagi.
Abu Naelah berkata lagi: "Boleh aku cium sekali lagi?" "Silakanlah", Kaa'b menjawab. Kemudian mereka menyambung lagi perbualan sambil berjalan-jalan. Lalu Abu Naelah berkata: "Boleh aku cium lagi?". Kaa'b berkata: "Boleh, silakanlah".
Abu Naelah memegang kepala Kaa'b dengan begitu kemas, seolah-olah ingin mencium. Lalu beliau menjerit: "Ini dia musuh Allah. Lalu para sahabat yang turut sama dalam kumpulan Muhamad bin Maslamah, terus menghunuskan pedang silih berganti membunuh Kaa'b.
Namun tikaman mereka masih belum berkesan. Lalu Muhammad bin Maslamah pun menikam perut Kaa'b dengan senjatanya, lalu Kaa'b jatuh terkulai-kulai. Akhirnya matilah Kaa'b al-Ashraf.
Kemudian kumpulan ini pulang dan menyampaikan khabar gembira ini kepada Rasulullah. Baginda SAW bersyukur dan sangat gembira.
Apabila kaum Yahudi mengetahui kematian pelampau Kaa'b al-Ashraf, ketakutan menyelubungi perasaan dan hati-hati mereka. Barulah mereka tahu yang Rasulullah SAW tidak akan berlengah untuk menggunakan kekerasan apabila nasihat tidak memberi kesan kepada mereka yang cuba mencabar keamanan, menimbulkan kekacauan dan tidak menghormati perjanjian. (Al-Mubarakfuri, Safiy al-Rahman, al-Rahiq al-Makhtum (Mekah:Rabitah al-Alam islami, 2005), m/s 307)
Bilakah sejarah kehebatan umat Islam ini akan berulang lagi? Sungguh hati ini tidak tahan lagi melihat penderitaan umat Islam di bumi Palestin. Sungguh hati ini tidak mampu lagi menahan kemarahan melihat pencerobohan Yahudi terhadap Masjid al-Aqsa.
Sungguh hati ini terus sebak melihat saudara seislam yang saban hari terus dibunuh dan diseksa, isteri-isteri menjadi janda, anak-anak kecil menjadi mangsa. Hati ini juga telah muak dengan sikap pemimpin-pemimpin negara Islam lain yang bagaikan buta, seakan-akan tidak nampak apa yang berlaku di negara jiran mereka.
Sudah banyak persidangan, mesyuarat dan persefahaman, yang tinggal hanyalah kenangan. Nasib umat Islam Palestin tetap tidak terbela. Bangsa Yahudi masih bermaharajalela di atas tanah hak milik kita.
===========================================================================================================================
Kea'jaiban Syuhada Ghaza
Setiap peristiwa yang berlaku, samada yang berskala besar atau kecil pasti ada hikmah di sebaliknya, ada pelajaran, ada "Kemahuan" Zat Pengatur kehidupan, Allahu Rabbul Izzah. Setiap muslim semestinya meneliti, mengambil pelajaran sekaligus menjadikannya sebagai penguat iman dalam menjalani kehidupan.
Peristiwa yang terjadi di Gaza juga demikian. Banyak ayat-ayat Allah yang terbukti. Banyak mukjizat Allah yang turun. Banyak keajaiban-keajaiban Allah yang terjadi. Itulah yang dialami oleh pejuang Palestin, para syuhada Gaza. Berikut adalah sebahagian darinya:
1. Dr. Muawiyah Hassanein, Pengarah Ambulan Kecemasan dan Jabatan Kesihatan di Gaza menceritakan:"Para syuhada yang meninggal berhari-hari dan berminggu-minggu masih mengalirkan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut."
2. Syahid `Iyan berkata: "Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun keadaan tubuhnya hancur, lagi pula darahnya masih segar."
3. Seorang doktor yang bertugas di Gaza sedang menerima mangsa dari Briged Al Qassam, ia terkena peluru di dadanya. Mujahid ini tidaklupa meletakkan mushhaf Al Qur'an dan buku wirid harian di dalam poketnya. Ia terselamat kerana peluru terpecah dan Al Qur'an punmasih dalam keadaan baik. Sekarang ia sudah sembuh, wal hamdulillah.
4. Abu Qudamah, salah seorang komander Hamas di wilayah Timur AzZaitun, Kota Gaza bercerita:"Saya dan beberapa pejuang sedang menunggu kesempatan untukmenyerang kereta-kereta kebal Israel. Kami berdoa agar Allah menurunkan tentera-Nya dari langit untuk membantu kami. Dengan tiba-tiba tanpa disedari turunlah awan tebal menyelimuti wilayah kami.Kami masuk di antara puluhan kereta-kereta kebal itu tanpa diketahui oleh pihak musuh dan tidak dapat dikesan oleh pesawat-pesawat pengintai yang mundar mandir di udara. Kami mampu meletupkan kereta-kereta kebal itu, 5 tentera Zionis Israel terbunuh dan puluhan lagi tercedera."
5. Ketika pesawat-pesawat Israel mengebom salah satu wilayah diGaza, turunlah hujan lebat di wilayah itu sahaja dan tidak diwilayah lainnya yang menyebabkan pesawat-pesawat itu mengalami masalah penerbangan berjam-jam dan tidak dapat meneruskan pengeboman mereka.
6. Dua orang doktor warganegara Jordan bertugas di Gaza sedang bercakap dengan sekelompok mujahidin:"Kami sedang mengawasi gerak-geri tentera Israel dari tingkat dua,mereka ingin masuk ke dalam bangunan itu. Oleh kerana salah seorangmujahidin dari kami telah memasang perangkap di pintu masuk, makameletuplah perangkap itu yang mengorbankan tentera Israel itu.Mendengar letupan itu, tentera Israel yang lain mengepung bangunan kami, maka terjadilah pertempuran sengit sehingga jam dua pagi. Kami keletihan lalu tertidur dari jam dua pagi hingga jam lima pagi. Kami kemudiannya terjaga dan bangun untuk melihat situasi disekeliling ,namun ternyata tentera Israel telah melarikan diri."
7. Syaikh Abu Bilal yang tinggal di perkemahan Rafah berkata:"Kamu jangan mengira bahwa orang yang gugur di jalan Allah itu mati,mereka bahkan hidup, tapi kamu tidak mengetahui." (QS AlBaqarah:154).Mereka para syuhada diletakkan selepas darjat orang-orang yang benar imannya (Shiddiqin) dan sebelum orang-orang soleh (Shalihin) didalam Al Qur'an. Allah swt. berfirman:"Barangsiapa menta'ati Allah, dan Rasul, mereka bersama orang-orang yang Allah beri nikmat kepada mereka, di antara mereka para nabi-nabi, shiddiqin, syuhada, dan shalihin. Merekalah sebaik-baik teman." (QS An Nisa':69-70).
Beliau menambah lagi bahwa "Jasad para syuhada masih segar, kerana ruh mereka sebenarnya memakan buah di syurga, ini juga yang menyebabkan semerbaknya bau wangian kasturi. Darah masih segar,janggut tumbuh. Sebahagian syuhada yang dua tahun lamanya, atau berpuluh tahun bahkan berabad-abad tidak rosak jasadnya dan tidak dimakan oleh ulat dan cacing tanah."
8. Wangian semerbak minyak kasturi juga keluar dari jasad mujahid AlQassam, Muhammad Abu Sya'r. Dia termasuk sebahagian dari mangsa serangan bom pesawat Israel. Bau harum itu tercium oleh orang yang menemui jasadnya dan berita kesyahidannya tersebar ke seluruh pelusuk masjid. Para pengunjung masjid beramai-ramai ingin melihatnya. Mereka bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbirmengagungkan Asma Allah di atas keajaiban para syuhada tersebut.
9. Pekerja media menceritakan; kami berangkat untuk menolong orang yang tercedera di sebelah Utara Gaza, ketika itu tentera Israel menembak ke sekeliling kaki kami. Kami katakan kepada mereka: "Kenapa kamu melakukan ini, kami bukan tentera, kami tidak bawa senjata apalagi bom." Salah seorang tentera Israel berteriak: "Kamu orang Arab, kamu memakai pakaian putih, kamu malaikat, kamu berperang bersama Hamas."
10. Salah seorang tentera Israel sedang ditemuramah oleh mediaIsrael, ia mengatakan bahwa ia kehilangan penglihatannya gara-garamelihat seorang pemuda yang memakai baju putih, melemparkan kepadanya segenggam pasir, pada waktu itu juga saya menjadi buta.
11. Tentera Israel yang lain pula menceritakan bahwa pejuang Hamasmemerangkap mereka dalam banyak pertempuran umpama memerangkap ayam dan itik.
12. Salah seorang tentera Israel yang lain pula mengaku ia melihatramai tentera Israel tercedera dan ditembak dari arah kanan dankiri, namun tidak dapat dipastikan dan tidak diketahui dari mana tembakan itu berasal.
13. Sejumlah wartawan yang membuat liputan perang di Gaza menceritakan; kami bersembunyi dari serangan bom. Ketika situasiagak reda, kami dikejutkan oleh seorang yang keluar dari puing-puing runtuhan bangunan sambil membawa roket, ia salah seorang mujahidin pelancar roket yang menghalang kemasukan tentera penjajah Israel. Ia hadir dan hilang sekejap, umpama ditelan bumi.
14. Apabila jenazah Hasan Bin Ismail Abu Syanab yang syahid padahari pertama serangan Israel ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, salah seorang pengasas dan pemimpin Hamas yang syahid pada tahun 2003, merekadapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih dan tiadatanda perubahan walaupun telah 5 tahun berlalu. Darah di kain kafannya seperti seolah-olah baru keluar pada masa itu juga manakala bendera yang digunakan untuk membalut tubuh Asy-Syahid Ismail semasa jenazahnya diarak 5 tahun lalu masih berbau wangian kasturi yang keluar dari tubuh beliau semasa kesyahidannya.
Demikianlah beberapa karamah dan keajaiban yang berlaku di bumi Gaza dan begitu juga di bumi-bumi lain seperti Afghanistan, Chechnya,Kashmir selagi masih ada mereka-mereka yang ikhlas dan tetap setia melaksanakan janji-janji mereka kepada Allah. Mereka tidak sedikit pun merasa gusar dan takut dalam menghadapi musuh-musuh mereka kerana mereka yakin bahwa mereka akan dikurniakan antara dua kebaikan iaitu samada kemenangan zahir terhadap musuh ataupun syahiddan mendapat nikmat dan rezeki yang tidak terhingga dari Allah JallaJallaluh."Jangan kamu mengira orang yang dibunuh dijalan Allah itu sebagai orang-orang mati. Bahkan mereka orang-orang hidup, diberi rezeki disisi Tuhan mereka. Mereka gembira dengan apa yang beri Allah dari kurniaanNya dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum menyertai mereka (syahid dengan kata-kata) `Jangan kamu takut kepada mereka (musuh-musuh) dan mereka tidak bersedih hati". (QS AliImran:168-169).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan