Ahad, 4 Januari 2009

Ulul Albab:Palestin terus sengsara selagi Yahudi berkuasa
Oleh Abdurrahman Haqqi

SERANGAN pengganas Israel terhadap Gaza pada penghujung 2008 dan permulaan 2009 pasti menghapus ingatan masyarakat antarabangsa terhadap kisah kasut dan seorang presiden yang sangat memalukan. Sekarang media tertumpu pada pencerobohan Israel ke atas bangsa Palestin, kes kasut sudah selesai, dunia tidak perlu ingat lagi. Bahkan yang lebih memilukan hati seorang Muslim adalah fokus serangan keji dan tidak bertamadun Israel sekutu Amerika Syarikat itu hanya dikhususkan kepada Hamas sebagai pemerintah sah Palestin.

Padahal kini dalam konteks perjuangan tulen, Palestin adalah Hamas dan Hamas adalah Palestin. Hamas adalah usaha memanjangkan Harakah Muqawamah Islamiyyah (Gerakan Penentangan Islam) ditubuhkan sekitar pertengahan 1980-an. Ketika itu, penulis masih menuntut dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh, Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Kuwait. Satu peristiwa yang masih hangat dalam ingatan penulis, ketika nama pergerakan itu diperkenalkan satu polemik bahasa muncul di khalayak masyarakat Arab berkaitan penggunaan kata ‘hamas’ yang menurut sesetengah pendapat tidak tepat kerana sepatutnya dari segi bahasa Arab diucapkan ‘hamasah’ atau ‘himas’ bererti semangat.
Bagaimanapun, penggunaannya dikekalkan kerana tidak berkaitan dengan masalah ucapan tetapi perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan Israel. Bukan masalah standard bahasa ‘fi’al’ atau ‘fa’alah’.

Bahasa Arab tidak mengenal singkatan dalam sistem tata bahasanya. Walaupun ada, ia sangat sedikit dan boleh dikira dengan jari. Sebagai contoh, singkatan huruf jim-mim-‘ain adalah untuk Jumhuriyyah Misr ‘Arabiyyah (Republik Arab Mesir); huruf ‘dal’ untuk doktor; dan huruf ‘hamzah’ untuk profesor di universiti. Serangan ganas Israel yang meragut 400 nyawa dan mencederakan lebih 1000 orang awam selama lima hari bukan yang pertama dan terakhir bagi bangsa Yahudi. Mereka pernah membunuh 70,000 nabi sehari dan tidak rasa salah sedikit pun apatah lagi menyesal, ini pula hanya manusia biasa walaupun kanak-kanak dan orang tua. Mereka tidak akan berhenti mengganas kecuali seperti dikatakan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad beberapa masa lalu, Yahudi dihapuskan dari peta dunia.

Namun siapa berani, sanggup dan berkuasa? Malah sekarang berlaku sebaliknya, umat Islam yang tidak ada dalam peta dunia. Bangsa Yahudi khasnya di Israel tidak takut kepada umat Islam dunia kini yang masih mendepani keduniaan daripada kehidupan akhirat. Mereka tidak takut selagi umat Islam mengamal dan memakan riba; bergembira pada malam tahun baru atau tidak peduli halal makanan yang di lahap. Bangsa Yahudi akan gerun jika umat Islam benar-benar melaksanakan ajaran Islam.
Perdana Menteri pertama Israel, Golda Mier, pernah berkata bahawa dia tidak takut menentang bangsa Arab secara keseluruhannya selagi mereka tidak solat Subuh berjemaah seperti solat Jumaat. Keyakinan ini diucapkan Perdana Menteri perempuan itu ketika Arab dan Israel berada dalam kancah peperangan.
Kelompok pelampau agama Yahudi pun mempercayai kehancuran bangsa mereka akan berada di tangan umat Islam. Kepercayaan mereka berdasarkan keimanan mereka terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW. Mereka percaya Muhammad adalah seorang nabi, tapi tidak mahu mengikutinya. Oleh itu, mereka percaya seperti diberitakan dalam beberapa hadis berkaitan akhir zaman, bangsa Yahudi akan dikalahkan oleh umat Islam sehingga batu pun berkata kepada tentera Islam: “Wahai pejuang Islam! Di sebalik aku ada orang Yahudi maka bunuhlah.” Antara hadis itu adalah yang bermaksud: “Tidaklah akan berlaku kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah dia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu daripada pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya).” (Hadir riwayat Bukhari dan Muslim) Kepercayaan bangsa Yahudi termasuk umat Kristian terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW dan terhadap apa yang dibawa Baginda termaktub dalam sebuah ayat al-Quran yang maksudnya: “Orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) seperti mereka mengenali anak mereka sendiri. Sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan demikian.” (Surah al-Baqarah: 146) Mengapa mereka mengetahui sifat Nabi Muhammad dan kebenaran Islam yang dibawa Baginda. Al-Quran membuktikan maksudnya: “Iaitu orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad) Nabi Ummi yang mereka dapati tertulis (nama dan sifatnya) dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara baik dan dia melarang daripada melakukan perkara keji; dia menghalalkan bagi mereka segala benda baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda buruk; dan dia juga menghapuskan daripada mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya.” (Surah al-A’raf: 157) Bangsa Yahudi dan umat Kristian mengimani Nabi Muhammad dan mempercayai kebenaran Islam, tetapi mereka tidak mahu menjadi pengikutnya. Jika bangsa Yahudi menang dalam perang menentang Arab, maka barang rampasan perang itu tidak lagi mereka bakar seperti diajarkan Taurat tetapi mereka memanfaatkannya seperti yang diajarkan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.
Ini satu contoh pentafsiran ayat di atas khasnya perkataan “dan dia juga menghapuskan daripada mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka.” Mereka percaya tetapi tidak ikut. Sebaliknya, umat Islam harus menjadi kuat dan tinggi martabatnya seperti ditegaskan al-Quran maksudnya: “Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan jangan kamu berduka cita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran: 139) Syarat kekuatan dan kemenangan dalam ayat ini ialah beriman. Inilah yang membezakan umat Islam dan ahli kitab.
Mereka mempercayai kebenaran Islam, tetapi tidak mengikutinya. Sebaliknya, kita pengikut Islam, tidak mempercayai kebenarannya. Inilah yang sedang kita perhatikan di Gaza, Palestin serta kawasan yang sama dengannya. Ghufranak, Ya Rabb!

Selasa, 23 Disember 2008

Erti Seorang Sahabat

"" Sahabat, Jika hari ini aku terlalu gembira....Sedarkan lah aku dengan amaran-amaran Allah, Jika aku bersedih tanpa kata...Pujuk lah aku dengan tarbiah Pencipta, Jika aku lemah sedarkan lah agar aku berubah, Dan jika esok ku lena tanpa terjaga...Iringlah lena ku dengan kalungan doa... Berjanji lah sahabat ku...ukhwah kita untuk selamanya..... Jika engkau sebenar-benarnya seorang sahabat ...."""





Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata



"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..." Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR. Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG. Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN. Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR. Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA. Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH. Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT. Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT.Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah... asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..Bersederhanalah... dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.. · Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau. · Orang yang terlalu kuat.. kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya.. Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta. Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah. Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar. Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.." Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya.

Khamis, 18 Disember 2008



Percaya ramalan karut BOMOH boleh merosakan akidah
Oleh: Da'ei Cyber



Solat tak diterima 40 hari jika seseorang bertemu dan bertanya sesuatu kepada tukang tilik(BOMOH). di negara ini perlu diberi penilaian semula sama ada kerja mereka sesuai dengan akidah dan syariah Islam atau sebaliknya. Kita sering mendengar sesetengah bomoh bertindak liar di luar batas kemanusiaan dan kesopanan. Bagaimanapun masih ramai masyarakat Islam menggunakan khidmat mereka. Menurut takrifan, bomoh, dukun dan pawang mempunyai kerjaya yang sama iaitu mengubat atau merawat orang sakit. Pawang pula diertikan sebagai mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan sesuatu menggunakan kuasa ghaib.

Selain itu, pawang ialah orang yang pandai mengubati orang sakit menggunakan jampi mantera. Dalam sejarah tamadun Islam, ahli perubatan dikenali sebagai tabib. Mereka mengubati penyakit menggunakan ubat dipercayai boleh melawan penyakit sama ada berpunca daripada kuman atau perubahan suhu badan dan sebagainya. Ubat itu daripada bahan semula jadi seperti madu, tumbuh-tumbuhan, hidupan di darat atau laut yang dikenal pasti melalui al-Quran, hadis atau pengalaman.
Tabib Muslim meyakini setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Allah tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan sama ubatnya." Adakah bomoh boleh disamakan dengan tabib dan khidmat mereka direstui Islam? Di sinilah perlu dikaji khidmat bomoh dan dukun sama ada mempunyai unsur syirik atau tidak. Pada hemat kita jika bomoh atau dukun itu mengubat pesakit hanya menggunakan jampi berupa doa kepada Allah atau ayat al-Quran, berkemungkinan tidak menyalahi ajaran Islam. Itupun dengan syarat ayat yang dibaca sesuai dengan isyarat Rasulullah SAW bahawa sebagai penawar untuk penyakit tertentu. Begitu juga mengubat dengan menggunakan akar kayu dan sebagainya.
Sementara bomoh, dukun atau pawang yang mengubat pesakit menggunakan kuasa ghaib, maka dia tidak dapat disamakan dengan istilah tabib tetapi boleh disenaraikan termasuk kahin (tukang tenung) atau arruf (tukang tilik) yang dilarang dalam Islam. Tukang tenung sebelum mengubati pesakit meramal punca penyakit melalu air dalam mangkuk, keris atau dengan cara menurun kononnya roh masuk ke dalam diri yang sebenarnya ialah jin atau syaitan. Kemudian dia memberitahu pelanggannya penyakit yang dihadapi berpunca daripada perbuatan orang atau terkena sampuk jembalang. Nabi Muhammad SAW dilahirkan di tengah masyarakat jahiliah yang mempunyai sekumpulan manusia dikenali sebagai tukang tenung atau telek. Mereka mendakwa dapat mengetahui perkara ghaib (yang di luar kemampuan akal dan pancaindera) sama ada yang sudah berlaku atau akan datang melalui interaksi dengan jin. Dakwaan itu adalah dusta dan Nabi SAW memerangi mereka habis-habisan. Baginda SAW membacakan kepada mereka wahyu Allah yang bermaksud: "Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semata-mata." (Surah al-Naml, ayat 65) Rasulullah SAW juga menegaskan mengenai dirinya dengan perintah Allah yang bermaksud: "Kalaulah saya dapat mengetahui perkara ghaib, nescaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; saya tidak lain hanya seorang Nabi yang membawa khabar duka dan khabar gembira untuk kaum yang mahu beriman." (Surah al-A'raf, ayat 188) Seterusnya Allah menerangkan mengenai jin Nabi Sulaiman dengan firman yang bermaksud: "Sungguh andai kata mereka (jin) itu mengetahui perkara ghaib nescaya mereka tidak kekal dalam seksaan yang hina." (Surah Saba', ayat 14) Berdasarkan nas itu jelaslah bahawa ramalan atau tilikan oleh tukang tenung yang dikenali sebagai bomoh oleh masyarakat Melayu dikira dusta. Dengan keberanian mereka membuat ramalan itu bermakna mereka mendustakan Allah. Utusan pernah datang berjumpa Nabi SAW menganggap Baginda antara yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangan mereka dan berkata kepada Nabi: "Tahukah tuan apakah ini? Nabi SAW menjawab: Aku bukan tukang tenung kerana sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di Neraka." Islam tidak menghadkan dosa hanya kepada tukang tenung tetapi sesiapa saja yang membabitkan diri dengan kegiatan itu, turut dihukumkan berdosa. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang datang menemui `arraf (tukang tilik) kemudian menanyakan mengenai sesuatu maka solatnya tidak diterima selama 40 hari." (Hadis riwayat Muslim) Kegiatan bomoh menimbulkan beberapa gejala buruk antaranya:
· Merosakkan akidah, mengheret pelanggannya untuk mensyirikkan Allah kerana mereka mempercayai ramalan hasil bisikan jin dan syaitan yang kononnya mengetahui rahsia serta perkara ghaib padahal ia milik mutlak Allah.
· Kebanyakan bomoh menimbulkan permusuhan sesama saudara Islam di kalangan pelanggannya. Bomoh meramalkan punca sakit yang dihadapi pelanggan kononnya akibat perbuatan jin atau sahabat terdekat, malah ada yang dikatakan daripada saudara kandung sendiri.


Islam memang mengakui adanya sesetengah penyakit disebabkan sihir dan Islam mempunyai cara tersendiri untuk menjauhkan diri daripada terkena sihir atau cara merawatnya iaitu mencari doa, ayat serta surah tertentu bersumberkan Al-Quran.




Wallahu a'lam