Memaparkan catatan dengan label suara hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suara hati. Papar semua catatan

Ahad, 27 September 2009

MENDAPAT KEREDHAAN SUAMI

Oleh Cikgu Aliya Yeoh..


“U ni belajar la syukur, asyik tak puas hati je”
“I sebenarnya bersyukur, bukan tak syukur kerana kahwin dengan dia. Cuma… ”
“Pompuan la paling ramai tak masuk syurga”
“Ya, I tau.”
“Kalau suami tak redha pun dah jadi dosa, nak mengucap pun tak boleh masa nak mati tu, tak takut ke? kalau I, tu yang paling I takut jadi isteri. ”
“Memang I takut tapi I tak rasa apa yang I buat tu tak salah.I cuma pertahankan hak I, tu aje.”
“Habis,U nak teruskan juga?”
“Ya, demi masa depan I. Lagipun kalau isteri dah lakukan segalanya ikut hukum syarak, dan suami masih tak redha dengannya itu tak jadi hal. ”
“Siapa kata? Apa-apa hal pun isteri tak boleh buat gitu. Walaupun suami buat salah itu hal dia dgn Allah tapi isteri tetap kena jaga hati suami.”
“Maksud U?”
“Isteri kena patuh dan jaga hati suami supaya suami sentiasa redha dengannya. Jgn ambil mudah hal ni.”
“Tapi I tak nampak apa salah I. Cam yang I kata, I cuma pertahankan hak I sebagai isteri kerana selama ini I rasa dia kurang prihatin tentang hak I.”
“U ni tak faham atau buat-buat tak faham? Kalau dia tak berikan hak U seperti yang U rasa tu…tu antara dia dgn Allah swt. Tak ada kaitan dengan isteri. Isteri tetap kena taat pada suami.”
“Jadi apa isteri boleh buat? Takkan nak diamkan diri saja dan terus dianiaya? ”
“Isteri boleh mengadu kepada Allah dan kepada mahkamah syariah. Tapi kalau dua-dua buat silap dua-dua masuk neraka.”
“Bukankah isteri kena taat pada suami berdasarkan perkara-perkara ikut hukum Islam aje?”
“Betul la, masing-masing ada tanggungjawab”.
“Jadi apa masalah sehingga U tak sokong tindakan I ni? ”
“Isteri kena taat pd suami selagi tak menyalahi hukum agama. Yang hal suami tak taat pada hukum Allah, itu antara dia dgn Allah. Tak ada kaitan dengan isteri. ”
“I cuma luahkan rasa tak puashati I jer.”
“Pada dia .. luahkan perasaan itu bukan salah. Tapi kena betul cara yang U buat tu. Jangan sampai melukakan hatinya dan menyebabkan dia benci. Ingat, keredhaan untuk isteri masuk syurga ada 2…satu dgn Allah, 1 lagi dgn suami. ”
“Jadi apa yang patutnya I lakukan?”
“Cara bagi tau rasa tak puas hati pun kena cara yg betul agar suami U tak kecil hati. Kalau dia terasa hati dengan U, U dah jadi derhaka tau. ”
“Jadi apa harus I buat sekarang? I sayangkan suami I tu, bukan I sengaja nak sakitkan hati dia pula. I pun tau berdosa isteri yang sakitkan hati suami. ”
“Tau tak pe. Ingat, isteri yang suaminya tidur dalam keadaan marah padanya akan dilaknat malaikat sehingga dia memohon ampun pada suaminya, dan menebus kesilapannya tu.”
“I tau tu. ”
“Lagi satu, kalau suami U mati dalam keadaan dia marah pada U, U takkan dapat cium pintu syurga walaupun U buat banyak amal jariah semasa hidup U. ”
“Ishhh.. takkan sampai begitu sekali. ”
“U ingat I main-main ker? Isteri yang berdosa pada suami walaupun sekecil-kecil zarah akan ditolak doanya oleh Allah swt.”
“Tapi I bukan hamba suami I. I isteri dia.”
“I taulah U isteri. Tapi nak dapat gelaran isteri solehah U kena penuhi 2 syarat yang sekarang ni dah semakin kurang di kalangan para isteri. ”
“Apa 2 syarat tu? ”
“Pertama, U kena taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kedua, U kena taat kepada suami.”
“Contoh taat kepada suami? ”
“Perbetulkan niat U tu ketika melakukan setiap perkara. Niat yang sempurna itu tidak lain dari melakukan sesuatu untuk dapatkan keredhaan Allah. ”
“Jadi I kena sentiasa melayan suami dengan baik demi mendapat keredhaan Allah?”
“Rasullah paling kasihkan Khatijah kerana dia yang paling berjasa pada suami. Ingatlah.. berbuat baik kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama.”
“Tapi bagaimana pula dengan hak I sebagai isteri? ”
“U takkan rugi apa-apa kalau U memelihara kewajipan U pada suami. Janji Rasulullah kepada kita, yakni mana-mana perempuan yang taatkan suaminya, patuh dan setia, apabila meninggal dunia dan suami redhainya, maka dia dijamin masuk syurga.”
“Ok, I dah faham. Mekacih kerana menegur I.”
“Sama-sama. Di dalam Islam, suami hanyalah jalan untuk isteri memperoleh redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan rasulNya. Ia berlainan dengan cinta sesama manusia tanpa ketaqwaan pada Allah, yang sering dihebohkan dalam media hari ni.”
“Doakan kebahagiaan rumahtangga I. ”
“InsyaAllah. Sentiasalah hormat dan melayan suami dengan baik. Bila suami kasih, Allah akan redha dengan kita.”

Sabda Rasulullah, “Khatijahlah yang memberi kebahagiaan ketika orang lain mencelakakanku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberi seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya.”(Shahih Bukhari dan Shahih Muslim)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat manfaat di akhirat, Kami akan memberinya tambahan pada manfaat yang dikehendakinya dan sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan ia tidak akan memperoleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”(al-Syura: 30)


Ahad, 26 Julai 2009

SEINDAH NAMA TERUKIR DIBIBIR

Ya Allah !!!!! ...................

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Ar-Rahman,ayat 29:
"Semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu Dia berada dalam aktivitNya".


Apabila laut bergelombang, ombak bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak: "Ya Allah!"

Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya; dan para kafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru:"Ya Allah!"

Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut "Ya Allah!"

Apabila pintu ditutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru:"Ya Allah!"

Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru:"Ya Allah!"

Telah kukhabarkan kepadaMu segala hal seperti cercaan. Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu.Lalu kupanggil jelas namaMu diwaktu Subuh menanti dan fajar menyinsing selalu terdengar namaMu terucap.

Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang indah, doa yang ikhlas,bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan dan ratapan derita yang membingungkan.

Hanya kepadaNya kedua telapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang Subuh iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertonganNya dan tatapan mata hamba yang penuh harapan dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.

Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya, memohon,mengharap dan memanggil.Dengan menyebutNya dimana hati akan menjadi damai,jiwa akan terasa tenang,perasaan menjadi tenteram,saraf tidak lagi menegang,aqal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.


Allah Maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; ia memberi rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan Yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.(Asy-Syua'ra:19)

Allah:Sebaik-baik nama,susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus dan kata yang paling bernilai.
Allah:BagiNya segala kekayaan dan keabadian,kekuasaan dan kekuatan,keagungan,kemampuan dan kebijaksanaan.
Allah:BagiNya kebijaksanaan,pertolongan,keringanan,bantuan,cinta dan kebaikan.
Allah: Pemilik segala keagungan,kebesaran,kewibawaan dan keperkasaan.
Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang mengembirakan dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.
Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.
Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam.Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.
Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu; bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.
Ya Allah,lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.
Ya Allah,Hindarkan kami dari segala kesedihan;hilangkan kesengsaraan; dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.
Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan, kecuali hanya takut kepadaMu. Kami berlindung dan tawakkal hanya kepadaMu. Kami berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepadaMu, Kami meminta hanya kepadaMu, memohon pertolongan hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai Pelindung kami kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.