Rabu, 12 November 2008


MAJLIS BACAAN YASIN RAWATAN

Bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan kekuatan berfikir dan bertindak, yang membolehkan kita merancang dan menjayakan setiap aktiviti ilmu dan kemasyarakatan kita secara bersama.
Pada kebanyakan tempat sama ada di kampung-kampung atau di bandar-bandar, membaca Yasin beramai-ramai merupakan satu amalan yang lazim dilakukan, terutamanya pada setiap malam Jumaat di masjid –masjid, surau-surau atau dari rumah ke rumah . Kaedah amalan ini merupakan kaedah biasa, yang selalunya diketuai oleh orang –orang tertentu seperti imam dan sebagainya. Satu amalan baik yang perlu diteruskan disamping untuk menghubungkan silaturrahim di antara penduduk setempat.
Namun demikian , kaedah-kaedah membaca Yasin untuk sesuatu hajat , terutamanya hajat-hajat besar kurang dimaklumi. Oleh sebab itu penerangan yang jelas perlu disebarkan kepada umum.
Syukur kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Syukur kepada zat agung yang memberi taufik serta meletakkan harapan dan kepercayaan pada jiwa-jiwa orang Islam yang memahami tentang kebesaran wahyu Allah, yang diyakini boleh digunakan untuk kemakbulan.
Terdapat banyak hadis yang menjelaskan fadilat Yasin; iaitu untuk keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Agak banyak kitab yang dikarang oleh ulamak trenama dan muktabar yang membicarakan fadilat Yasin. Namun demikian , pembicaraan tentang kaedah membaca Yasin secara khusus untuk untuk sesuatu hajat tertentu seperti untuk kesembuhan penyakit atau menangani sesuatu masalah boleh dikatakan kurang ditulis.
Kaedah membaca Yasin itu sebenarnya banyak. Namun maklumat mengenainya boleh dikatakan tidak tersebar , dan hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu , misalnya mereka yang melibatkan diri dengan ilmu rawatan pesakit yang menggunakan ayat-ayat Quran dan doa-doa, di kalangan alim ulama, guru-guru agama dan sebagainya.
Bukti-bukti Quran Sebagai PenyembuhTerlalu banyak bukti daripada ayat-ayat al Quran juga hadis yang menyatakan Quran sebagai rahmat, penyembuh penyakit-penyakit dan mengatasi masalah. Antara ayat-ayatnya:
Surah al Isra’ : 82:
Dan Kami turunkan daripada Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan Quran itu tidaklah menambah kepada orang zalim selain kerugian.
Surah as Syua’ra’ : 80;
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan daku.
Surah Fussilat : 44;
Katakanlah, Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman. Dan orang yang tidak beriman, pada telinga mereka ada sumbatan, sedangkan Quran itu sesuatu kegelapan bagi mereka. Mereka adalah seperti orang yang dipanggil dari tempat yang jauh.
Allah s.w.t menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah s.a.w seperti yang tersebut dalam Quran ( al Hasyr : 7 ). Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan, Rasulullah s.a.w ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan Quran. Baginda bersabda :
Hendaklah kamu semua sentiasa menjadikan dua kesembuhan ini, iaitu dengan menggunakan madu dan Quran.
Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar penyakit fizikal dan rohani. Padanya ada rahsia ketenangan jiwa dan petunjuk, dengan syarat bahawa seseorang itu beriman dan yakin kepada Pencipta yang maha agung yang menurunkan Quran sebagai rahmat, petunjuk dan penawar penyakit.
Sebahagian ulama menafsirkan bahwa Quran itu adalah penawar dan petunjuk secara menyeluruh , berdasarkan kepada zahir ayat-ayat Quran di atas. Penyembuh bagi penyakit dan derita, kesembuhan bagi sebahagian sakit fizikal kerana keyakinan dan beriman kepada Allah itu akan melahirkan natijah-natijah yang tidak dapat difikiri oleh akal bagaiaman ia boleh berlaku. Akal manusia begitu cetek untuk memahami rahsia-rahsia di sebalik qada’ dan qadar ketentuan ilahi.
Dalam penghidupan ini, setiap mausia itu memerlukan yang lainnya, sama ada pertolongan bebentuk material ataupun moral. Manusia perlukan teman untuk berbual, mengadu dan meluahkan persaan agar segala yang terbuku dan tersirat itu terkeluar tidak memendam dalam perasaan seumpama sekam dalam api. Setiap orang perlu memberikan pertolongan kepada saudaranya. Orang yang berilmu menuturkan kata-kata melalui lidah. Dari rangkaian kata ini manusia akan faham dan memikirkan sama ada yang dituturkan itu betul atau sebaliknya. Orang yang berharta perlu mengorbankan sebahagian daripada harta yang dimilikinya, demi meringankan beban yang sedang menindih saudaranya. Begitulah seterusnya dilakukan, termasuk yang jahil, yang miskin dan yang daif menurut keupayaan masing-masing.Orang yang miskin tidak semestinya jahil. Begitulah sebaliknya. Justeru itu di mana kita tinggal kita hendaklah menyuburkan sifat-sifat permuafakatan, kerjasama, bertolak ansur, jujur, ikhlas dan sentiasa penuh kesetiakawanan. Aktiviti membaca Yasin rawatan secara beramai-ramai yang dilakukan ini disamping ianya untuk memohon kesejahteraan dan kesembuhan penyakit daripada Allah, ianya juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sifat-sifat tersebut di dalam diri anggota masyarakat kita.
Apabila seseorang itu ingin menggunakan surah Yasin untuk tujuan rawatan atau sesuatu hajat tertentu , orang yang berkenaan hendaklah mengetahui kaedahnya, supaya sesuatu yang dihajatinya insyaallah diberkati dan kemakbulkan Allah s.w.t. Kaedah yang kita lakukan ini adalah untuk semua tujuan. Sama ada tujuan rawatan gangguan makhluk-makhluk halus, sakit biasa, untuk kemakbulan hajat-hajat yang lain yang berkaitan denagn rumahtangga, seperti anak atau pasangan yang keras hati, anak-anak sering bergaduh sesama sendiri, penerang hati, keresaan jiwa, tekanan perasaan dan lain-lain hajat.
Bahan utama Dalam bacaan Yasin rawatan ini, air merupakan bahan utama yang diperlukan .Firman Allah s.w.t. Dan kami ciptakan dari air sesuatu yang hidup ( al Anbia’ : 30 )
Sebaik-baik air ialah air zamzam, dituruti air hujan malam Jumaat, air kolah masjid, mineral water dan air masak. Air yang sudah dibaca surah Yasin dan doa jangan dibiarkan terdedah atau dilangkah. Hendaklah disimpan di tempat yang elok. Apabila berkurangan anya boleh ditambah dengan air lain. Selain air, garam dan lada hitam boleh digunakan untuk memagar rumah, kampung halaman, premis perniagaan, memelihara harta benda dan sebagainya jika perlu. Kita juga menggunakan madu lebah asli bagi tujuan penyembuhan penyakit kerana ianya telah terbukti melalui Quran, hadis dan kajian saintifik.
Khasiat AirApabila kita renungkan berpuluh-berpuluh ayat Quran tentang air, kita akan terpegun bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap oleh manusia. Islam adalah agama yang paling sinonim dengan air. Menyucikan najis, bersembahyang , memegang Quran, mandi hadas dan mandi jenazah; semua itu dengan menggunakan air.
Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5%. darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air. Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Alah, pesanan tadi akan dilaksanakan oleh tubuh tanpa kita sedari.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
Air zam-zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang meminumnya.
Sesiapa meminumnya untuk kenyang, dia akan merasa kenyang. Sesiapa yang meminumnya untuk kesembuhan penyakit, dia akan sembuh.

Kajian Saintifik ke Atas Air

Seorang ilmuan Jepun Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah merintis kajian saintifik tentang molekul air. Beliau dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molukel air. Hasil kajiannya mendapati air ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti krsital yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkapkan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.
Beliau juga telah telah membuat kajian ke atas air-air yang dibacakan ayat-ayat suci Quran dan mendapati hasilnya molekul air tadi seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.
Mengikut hasil kajiannya juga, antara molukel air yang paling cantik bercahaya ialah air zam-zam. .Molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebihi dua belas warna ! Tidak hairanlah air zam-zam menjadi begitu berkhasiat kerana ianya menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Demikianlah juga dengan air kolah masjid yang telah merakam suara azan, bacaan ayat-ayat Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut.
Semakin kuat konsentrasi orang yang berkata-kata atau berdoa pada air, semakin kuat kesannya yang terhasil pada molekul air. Air boleh memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan kenapa air biasa yang dioakan boleh menyembuhkan penyakit.
Semoga amalan kita membaca Yasin dan kombinasi doa-doa para anbia’ dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad s.a.w. kepada air biasa dapat mengubah molekulnya menjadi lebih cantik dan seterusnya berkesan dapat menyembuhkan penyakit atau melindungi dan mencegah kita daripada terkena penyakit sama ada fizikal atau rohani.

Sabtu, 8 November 2008

SAAT DITALKINKAN
Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran. InsyaAllah... Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku dipegang kuat."Mengucap sayang....mengucap........Asyhaduallailahaillallah........." ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha." Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.! Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga, haus, panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi." Ayah.......kau datang ayah....... "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah......." Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun....Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......". "Assalamualaikum......" "Siapa yang memberi salam itu?" "Aku" "Kau siapa wahai pemuda???" Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya...... jijik, loya, aku rasa........teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?" "Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini." "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari." "Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini." "Akulah amalanmu yang keji.........." Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong...rimas....panas........" Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. "Kotak apa ini?" Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya aku?" Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!" Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar........". Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.......
-------------------------------------------------------------------

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:
1) Siti Khadijah- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi
4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik
utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah anda tergolong antara Siti2 ini?
Tepuk dada tanya iman. Sama2 lah kita lelaki@wanita tingkatkan ilmu utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

Jumaat, 7 November 2008


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? Moga-moga anda sentiasa dalam keadaan yang terbaik untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa yang terhebat. Jika anda belum berumahtangga elok juga mula mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk menjadi ibu bapa mithali tidak lama lagi.

Untuk menjadi ibu bapa yang hebat memerlukan kita mempunyai ilmu. Biasakan kita dengar orang berkata... "alangkah baiknya kalau setiap anak yang lahir itu keluar bersama-sama manual bagaimana untuk mendidiknya... yealah macam buku panduan mengendalikan TV atau komputer tu...". Kalau lah macam tu tentu mudah, bukan? Tetapi realitinya tidak begitu.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang kira-kira maksudnya... setiap anak itu dilahirkan seumpama kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Malah seorang pakar psikologi kanak-kanak (saya lupa nama dia... nanti kena buka balik buku isteri saya "Children Physcology") ada mengeluarkan kenyataan yang selari dengan sabda Rasulullah. Kata beliau... "berikan kepada saya 10 orang bayi yang sihat... dan saya akan jadikan mereka Peguam, Doktor, Pencuri atau Peminta Sedekah".

Moralnya di sini kanak-kanak mampu dibentuk menjadi apa sahaja... dan kita sebagai ibu bapa bertanggung jawab membentuknya. Jika si anak berjaya menjadi insan cemerlang, ibu bapalah yang menjadi pengaruh besar kepada kejayaannya. Dan jika si anak berperangai "tidak serupa orang" maka ibu bapa jugalah yang pertama sekali perlu dipertanggungjawabkan.
Kenapa saya katakan begitu? Sebab mengikut kajian para ulama dan pakar mendapati lebih 70% keperibadian anak-anak sebenarnya dipengaruhi daripada apa yang dia lihat dan belajar dari ibu bapanya. Selebihnya barulah kesan dari pengaruh-pengaruh lain di sekitarnya.

Bila berbicara tentang peranan kita sebagai ibu bapa... ramai mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Ada yang berpendapat kita perlu sangat tegas kepada anak sehingga dengan "menjegilkan" mata pun sudah cukup membuat anak "menikus". Ada pula yang merasakan pendekatan secara lembut dan "reasoning" lebih berkesan. Apa pun pendapat yang diberikan saya lebih suka berpandukan langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:
TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.

Kesimpulannya... lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk "amanah Allah" yang telah dikurniakan kepada kita. Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibu bapaan, belajar dari pengalaman orang terdahulu dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga... iaitu anak anda.
Yakin dan percayalah... anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang cemerlang juga, insyaAllah.
Kita berbicara lagi nanti...
-------------------------------
cara nak memagari diri dari terkena sihir

Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya.Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.Waktunya..Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah. Caranya.
1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekaligus,buat berasingan).
3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja.Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4)Ulangi perbuatan yang ke 3 tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.
5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minute sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.
Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula.Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar.
Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluarBagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah)..

Apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga dgn sempurna.fikir-fikirkanlah sebelum terlambat..